Roti sandwic yang hampir tamat tempoh biasanya sudah sedikit keras dan tidak enak dimakan. Nak dibiarkan begitu sahaja, sayang pula lebih-lebih lagi jika roti masih lagi banyak. Usah buntu kerana ada pelbagai sajian yang anda boleh hasilkan menggunakan roti ini. Bukan yang biasa-biasa tau. Semuanya enak belaka. Jom cuba!

 

1. LASAGNA ROTI

BAHAN-BAHAN:

  • 1 buku roti Gardenia – digelek
  • 400gm daging kisar
  • 2 biji bawang besar/bawang Holland potong dadu
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 botol Sos Spageti Leggo’s ( napoletana) 575gm
  • Sayur campur (ikut selera suka byk mana)
  • Sedikit lada hitam
  • Sedikit lada putih
  • Sedikit gula
  • Sedikit tepung gandum
  • 1 sudu kecil oregano/mix herbs (optional)
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak utk menumis
  • Sedikit tepung jagung
  • Air
  • 2 keping Keju cheddar
  • Keju mozarella untuk topping

CARA MASAK KUAH LASAGNA:

  1. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu.
  2. Masukkan daging kisar, kacau hingga masak / berubah warna.
  3. Masukkan sos spagetti. Tambah air dlm botol sos spageti td 1 botol dan tuang skali..
  4. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk lada putih dan oregano/mix herbs. Setelah mendidih, masukkan sayur campur..tambah tepung jagung yg di bancuh dgn air utk pekat kan sikit kuah td.. Perasakan dengan garam dan gula.
  5. Masak skejap. Tutup api, ketepikan.

CARA MASAK SOS PUTIH:

  1. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu.
  2. Masukkan sedikit tepung gandum..kacau sampai warna sedikit perang.
  3. Masukkan air.
  4. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk lada putih, garam dan gula.
  5. Masukkan 2 keping keju cheddar. Optional. Cik letak sebab tak ada susu. Jadi cik gantikan dengan keju cheddar.
  6. Masak sekejap sampai mendidih dan pekat. Tutup api, ketepikan.

CARA MEMASAK LASAGNA ( guna loyang 8×8):

  1. Letak kuah lasagna dalam loyang.Kemudian sedikit sos putih.Susun roti yang digelek atas kuah dan sos tadi.
  2. Letak semula kuah lasagna, kemudian sos putih atas roti yang disusun dalam loyang.
  3. Ulang lagi langkah ni hingga roti, kuah lasagna dan sos putih habis.Pastikan lapisan atas sekali ditutup dengan kuah lasagna dan sos putih.
  4. Taburkan keju mozarella di atas lapisan terakhir.

5. Bakar dalam oven selama kira2 20-30 minit ( suhu tu ikut pada oven masing-masing).

6. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Mis Julie Biz

 

2. APPLE PIE

BAHAN INTI:

  • 4 biji epal merah (dadu)
  • 1 sudu besar gula (gula perang lebih sedap)
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 batang kayu manis (seeloknya guna yang serbuk)
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)

BAHAN LAIN:

  • Roti sandwic
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan semua bahan kecuali air dan tepung jagung. Agak-agak dah wangi dan sedikit lutsinar, masukkan 1 cawan air dan tutup. Biarkan mereneh.
  2. Bila air dah agak kering, rasa epal, kalau dah lembut boleh masukkan tepung jagung. Kacau sebati & tutup api. ( Nota : kalau ada perahan lemon masuk akhir sekali. (optional)
  3. Leperkan roti putih dan letak inti epal di antara roti (letak di tengah membukit) & tekap guna cawan.
  4. Goreng 1 persatuhingga keperangan.
  5. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Hasliza Abu Hassan

 

3. AISKRIM GORENG VIRAL

BAHAN-BAHAN:

  • Roti sandwic
  • Aiskrim ( apa-apa perisa).

CARA MEMASAK:

  1. Ambil2 keping roti, bentukkan bulatan dengan gelas. Ia supaya senang nak masuk aiskrim.
  2. Lepas tu ambil 1 sudu aiskrim letak kat tengah. Ambil gelas sekali lagi pusingkan sampai membentuk bulatan. Buang lebihan roti tadi.
  3. Masukkan aiskrim ke dalam minyak panas. Agak-agakdah kekuningan,angkat terus.
  4. Nikmati segera.

Kredit resipi & foto: Rebecca Melessa

 

4.PIZZA ROTI SIMPLE

BAHAN-BAHAN:

  • Roti gardenia
  • Cheese mozarella
  • Sosej / isi ayam / isi ketam ( direbus )
  • Lada benggala
  • Mayonis
  • Sos cili

CARA MEMASAK:

  1. Sapukan sos cili atas roti dan susunkan dalam loyang.
  2. Aturkan sosej / isi ayam dan lada benggala diatas roti tersebut mengikut kesukaan sendiri.
  3. Sapukan mayonis dan taburkan cheese mozarella.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskn 200ºc selama 5 minit.

Kredit resipi & foto: Nurin Sorfina

 

5. PUDING ROTI PELANGI

BAHAN-BAHAN:

  • 10gm agar-agar tali
  • 3 cawan air

BAHAN KISAR:

  • 4 keping roti | dicarik
  • 1 cawan susu cair
  • 1 1/2 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan gula halus
  • 2 biji telur
  • 2 sudu makan marjerin
  • Beberapa pewarna pilihan

CARA MEMASAK:

  1. Masak agar-agar tali bersama air hingga larut.
  2. Kemudian masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk berisi larutan agar-agar. Masak hingga pekat.
  3. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Warnakan menggunakan pewarna pilihan.
  4. Tuang adunan yang telah diwarnakan tadi ke dalam bekas bersesuaian secara berselang-seli. Tuang perlahan-lahan.
  5. Sejukkan dalam peti sejuk. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & gambar: Norlida Salleh