Anda nak beli batang seleri satu atau dua pelepah je, masalahnya di kebanyakan pasar dan pasaraya menjualnya satu pokok dalam satu bungkusan. Tapi terpaksalah beli juga kerana nak guna, yang lebih tu tak tau bila nak guna lagi.
Sudahnya lebihan batang seleri terbiar begitu sahaja. Ehh jangan buang atau biarkan begitu saja, ada baiknya anda simpan batang seleri. Jika ia disimpan dengan cara yang betul, batang seleri boleh tahan hingga dua minggu. Tak percaya ikut tip ini.
Beli batang seleri yang segar.
Batang seleri yang segar akan tahan lebih lama bila disimpan. Batang seleri yang segar berwarna hijau dan mudah dipatahkan sifatnya rangup. Jika liat dan batang berwarna hijau pudar itu tanda tidak segar lagi.
Ads
Balut pangkal batang seleri dengan aluminium foil
Kesegaran pangkal batang seleri sangat mempengaruhi kesegaran pucuk. Oleh itu, potong sedikit pangkalnya kemudian balut dengan aluminium foil dengan kemas. Cara ini mengelak pangkal batang seleri menjadi kering bila kering batang akan cepat layu dan tidak tahan lama.
Simpan dalam peti sejuk
Seperti sayur lain, simpan batang seleri dalam peti sejuk adalah cara paling selamat untuk memastikan ia tahan lebih lama. Masukkan dalam plastik dan buat lubang pada plastik untuk ruang udara supaya tahan lama. Tetapi ingat! Jangan cuci batang seleri jika ingin disimpan ye, kerana ia akan menjadikannya lebih cepat layu.
Ads
Letakkan dalam bekas berair
Sama seperti pokok lain, batang seleri akan tahan lebih lama bila diletakkan dalam bekas berisi air dan tutup bahagian dengan plastik. Dengan cara ini batang seleri anda akan kekal segar, rangup dan tahan lebih lama.
Simpan dalam freezer.
Ads
Selain menyimpannya dalam peti sejuk, simpan dalam freezer menjadikan ia tahan lebih lama, kerana dalam keadaan beku aroma seleri akan tersimpan dengan baik, warna daunnya juga tidak akan berubah.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Kalau korang penggemar telur separuh masak atau kuningnya lembut, ini tip yang sangat mudah boleh korang cuba. Mudah sangat, sesuai untuk korang yang belajar nak merebus telur.
Caranya, korang hanya perlu sediakan periuk pengukus, Masukkan air di dalamnya dengan ketinggian air 3cm periuk.
Letakkan pengukus dan tutup. Bila air mendidih, masukkan telur dan tutup semula periuk pengukus. Kemudian masak selama enam minit untuk telur setengah masak dan 11 minit jika ingin telur masak sempurna.
Angkat telur dan rendam dalam air sejuk, kemudian kupas telur dan ia sedia dimakan. Senangkan cara memasaknya? Penggemar telur separuh masak boleh cuba ni.
Apalah ertinya hirup sup panas tanpa ditaburi bawang goreng. Kan? Bawang goreng selalu kita buat sebagai pelengkap pada hidangan. Tak lengkap rasanya kalau buat sup tak ada bawang goreng. Kalau buat nasi minyak pun, mesti letak bawang goreng. Selain menambah selera, aroma pun semakin wangi.
Hari ini RASA kongsi resipi membuat bawang goreng lebih rangup dan tahan lama. Resipi ini adalah daripada Puan Nooriah Abdullah.
BAHAN-BAHAN
1/2 kg bawang merah di hiris nipis
2-3 ulas bawang putih hiris nipis
2 sudu besar tepung jagung
Sedikit garam dan gula utk perasa
Minyak secukupnya untuk menggoreng
CARA MEMASAK
1) Bawang merah dan putih yang telah dihiris perapkan dengan tepung jagung, garam dan gula.
2) Biarkan selama 1/2 jam atau lebih.
3) Panaskan minyak agak banyak untuk tenggelamkan bawang kita.
4) Kalau sayang minyak masukkan sikit-sikit bawang tu dalam minyak.
5) Goreng sampai agak kuning saja angkat dan tos kan.
6) Gorenglah sehingga habis .
TIP MENGGORENG
Tujuan letak bawang putih adalah untuk merangupkan bawang goreng. Semasa menggoreng jangan sampai terlalu kuning di atas api sebab apabila kita angkat bawang tu akan lebih kuning. Jadi agak-agak je tau sebab kalau terlalu kuning di dalam minyak, apabila kita angkat akan menjadi oren kecoklatan dan agak pahit jadinya. Sedap diratah kalau yang homemade ni rangup krup krap krup krap. Biarkan sehingga sejuk dan minyaknya kering baru masukkan dalam bekas kedap udara.
Kredit resipi & gambar: Puan Nooriah Abdullah (http://nooriahnaim.blogspot.my/2015/10/bawang-goreng-ranggup-ala-kak-noor.html)
Kalau selama ini kulit telur selalunya kita buang saja, lepas ni simpan sikit untuk semai biji benih untuk bercucuk tanam.
Senang dan jimat, tak perlu beli bekas semaian. Nak ubah ke pasu pun mudah. Cuma pecahkan dan tanam. Penggunaan kulit telur ini juga ada kelebihan untuk tanaman.
Jika nak cuba kaedah ini boleh ikuti langkah yang dikongsi oleh Siti Yahya yang memang mempraktikkan cara semaian begini.
Cara semai biji benih guna kulit telur
1. Mula-mula bersihkan dulu kulit telur yang nak digunakan untuk buang lendir. Boleh jemur atau ;ebih mudah, masukkan dalam microwave dan panaskan selama 2 minit.
2. Seterusnya boleh masukkan tanah campuran dalam kulit telur. Tapi pastikan tanah ini dibasahkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan.
3. Letak satu biji benih saja dalam kulit telur.
4. Tempatkan kulit telur berisi biji benih ini di ruang yang teduh, tidak terkena matahari terus. Boleh juga letak atau tumpang di mana-mana pasu berisi tanaman supaya terlindung.
5. Siram sekali sehari saja. Memandangkan kulit telur ini kecil saiznya, boleh celupkan tangan dalam bekas air kemudian titiskan dalam bekas semaian telur tadi.
6. Bila biji benih bercambah dan keluar 4 helai daun bolehlah alihkan ke pasu. Caranya, angkat dan genggam kulit telur supaya pecah sedikit dan terus tanam dalam pasu bersama kulit telur tadi.
Penggunaan kulit telur ini sebenarnya ada kelebihan, baik untuk tanaman kerana kulit telur itu sendiri ada unsur kalsium untuk suburkan tanaman.