Demam Rumah Terbuka masih meriah, apa kata kali ini anda sediakan lauk yang berasaskan sambal sebagai pencicah juadah seperti nasi impit, ketupat, lemang dan nasi sebagai hidangan tetamu. Empat resipi sambal ini mungkin berbaloi anda cuba kerana ia senang dan tidak banyak bahan tapi rasa menang sedap.
SAMBAL DAGING MERAH
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | rebus
4 sudu makanpes cili kering
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan air asam jawa
1 biji bawang besar hiris
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
1 batang serai
CARA MEMASAK:
Hiris daging kecil-kecil, ketepikan.
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
Kemudian masukkan pes cili kering, terus kacau hingga pecah minyak.
Tambahkan air asam jawa, sos cili, sos tomato dan hirisan daging.
Gaul rata hingga sekata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Jika terlalu kering tambahkan sedikit air.
Kecilkan api dan biarkan sambal terus mereneh dan timbul minyak.
Tutup api, Sambal Daging sedia dihidangkan.
SAMBAL DENDENG
Ads
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | rebus
4 sudu makan pes cili kering
2 biji bawang besar | potong dadu
5 sudu makan kicap manis
3 sudu makan kicap pekat
Garam dan gula jika perlu
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm halia
2cm lengkuas
2 batang serai | hiris
BAHAN REMPAH PENUMIS
1 batang serai
1 kuntum bunga lawang
4 ulas buah pelaga
CARA MEMASAK:
Daging yang telah direbus empuk dihiris kecil, kemudian tumbuk.
Gaulkan daging bersama kicap manis, kicap pekat dan bahan kisar. Perapkan daging 30 minit.
Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis bersama bawang besar.
Setelah wangi masukkan pes cili kering tadi, kacau rata hingga pecah minyak.
Masukkan pula perapan daging bersama air asam jawa.
Kacau rata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api terus kacau hingga timbul minyak.
Tutup api sambal dendeng sedia dihidangkan .
Ads
SAMBAL SERAI ISI AYAM
BAHAN-BAHAN:
500gm isi dada ayam | hiris kecil
1 biji bawang besar | hiris
1 biji limau nipis | jus sahaja
Garam dan gula secukup rsa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2cm halia muda
3 batang serai | hiris
3 helai daun limau purut | carik-carikkan
3 biji cili hijau
10 biji cili padi
CARA MEMASAK:
Gaulkan isi ayam dengan garam dan serbuk kunyit, goreng separuh masak, angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit. Tumis bahan kisar.
Setelah naik bau, tambahkan dengan hirisan bawang besar.
Kemudian masukkan isi ayam. Kacau rata.
Perasakan dengan jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api, terus kacau seketika.
Setelah cukup rasa. Tutup api dan sambal sedia dihidangkan dengan nasi impit atau ketupat.
Ads
SAMBAL DAGING BERKACANG
BAHAN-BAHAN:
250gm daging | hiris nipis dan kecil
150gm kacang tanah | goreng sangai & kisar kasar
1 sudu makan air asam jawa
4 sudu makan pes cili kering
250ml air
200ml santan
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm halia
2cm lengkuas
2 batang serai
REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 ulas buah pelaga
CARA MEMASAK:
Bancuh kacang yang telah dikisar dengan air. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar bersama rempah penumis.
Setelah wangi masukkan pes cili, terus kacau hingga pecah minyak.
Masukkan pula daging, terus kacau hingga daging layu.
Tambahkan ke dalamnya bancuhan kacang tanah tadi.
Selepas beberapa minit masukkan pula santan.
Setelah mereneh perasakan dengan garam dan gula secukup rasaaa.
Kecilkan api dan sentiasa kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak.
Tutup api, Sambal Daging Berkacang sedia dihidangkan bersama nasi impit atau ketupat nasi.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nasi goreng ekspres ini cukup mudah disediakan. Tak perlu masa yang lama nak masak. Kalau nak masak untuk sahur, sesuai sangatlah. Tapi, kalau nak masak untuk berbuka pun boleh je.
Bahan boleh disediakan sebelum tidur. Letak dalam peti sejuk. Bangun terus masak. Ikuti resipi yang disediakan oleh puan Sheena ini.
Jangan kerana inginkan kelainan, mendapat nama dan ilmu yang sedikit, makanan yang dihasilkan boleh menjadi racun. Tidak perlu terikut -ikut jika ianya boleh memudaratkan walaupun bukan dalam serta merta mungkin ia mengambil masa lama.
Saya rasa makin menjadi-jadi la kes2 macam ni. Dengan ilmu sedikit dalam Natural Products (Sebatian semulajadi) yang telah Allah amanahkan ini, maka ingin saya ulas sedikit isu *telur dadar bunga kertas* ni.
Ini perkongsian dari Dr Fatimah Salim berkaitan ‘TELUR DADAR BUNGA KERTAS’
Ini kompilasi kajian2 yang sudah dibuat pada bunga kertas ni. Walaupun ada kesan positive seperti yang digembar gemburkan namun hanya diuji pada tikus makmal dan tidak banyak pada bahagian bunga. Kita juga sangat2 sayangkan dan mahu pakai lama badan kita ni, pastinya kita tidak mahu jadi seperti tikus makmal ☺️.
Nasihat saya, kalau tidak berkeperluan, tidak perlulah makan buat sayur. Bunga kertas ini ada sedikit bahan yang menyumbang kepada kebaikan badan, tapi harus diingat bahan yang tidak elok juga ada banyak akan memberi kesan sampingan seperti kerosakkan buah pinggang, keracunan pada hati juga masalah pernafasan. Sebab tu ianya tidak menjadi makanan harian kita . Banyak lagi makanan ruji yang ada dan banyak maanfaatnya.
Dr Fatimah Salim
– PhD in Natural Product
-Fellow Research di Atta-ur-Rahman Institute for Natural Product Discovery (AuRIns), UiTM Puncak Alam
– Youth Scientist Network Academy Science Malaysia (YSN-ASM) Affiliates
– Member of Malaysian Natural Product Society (MNPS)
– Ahli Kimia berdaftar, Institut Kimia Malaysia
Kredit to Dr fatimah salim.
LAGI VIRAL TELUR DADAR BUNGA MAWAR
Kredit gambar: Yatie Tie
Jika tadi viral pasal telur dadar bunga kertas, timbul pulak insan kreatif menjadikan bunga mawar pula sebagai bahan campuran dalam telur dadar..
Sumber mengatakan, “kelopak bunga mawar mengandungi sekilar 95 peratus air. Kelopaknya tinggi dengan vitamin dan rendah kalori. Perubatan Cina kuno mendapati kelopak bunga mawar boleh digunakan untuk mengubati gangguan pencemaan, menyembuhkan luka dan kitaran haid yang tidak lancar,” petik laman tersebut.
Bukan itu sahaja konsumsi kelopak mawar boleh meningkat kesihatan mental dalam Journal Psychology Today menjelaskan mengambil kelopak mawar akan membangkitkan rasa gembira dari dalam badan secara spontan.
Mungkin masih asing di kalangan orang kita, namun di negara Timur Tengah mereka menggunakan air mawar atau kelopak mawar dalam pelbagai hidangan mereka.
Sumber: bm.cari.com.my
Jika kamu yakin akan khasiatnya dan tidak memudaratkan kesihatan tidak mengapa untuk mengambilnya, tetapi jika ragu-ragu lebih baik bertanya pada mereka yang lebih arif dan pakar dalam bidang ini. Jadi tepuk dada tanya selera dan jangan mudah terikut dengan sumber yang belum pasti khasiatnya.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sedapnya kalau dapat makan aneka lauk pauk kampung. Tak jemu, tak muak dan sangat membuka selera. Di musim PKP ni, susah nak balik ke kampung halaman untuk menghadiri majlis kenduri kendara. Jadi bagi anda yang teringin sangat nak makan, bolehlah cuba masak sendiri di rumah guna resipi perkongsian Puan Norasida Yasin ni. Sesekali makan lauk kenduri simple macam ni, memang buka selera. Jom cuba!
ANEKA RESIPI LAUK KENDURI SELERA KAMPUNG MUDAH & ENAK
1. GULAI DAGING KERISIK
BAHAN-BAHAN: 1kg daging | hiris nipis 300ml santan Air secukupnya 3 sudu makan kerisik 3 batang serai | titik 2 keping asam gelugor Garam,gula dan perasa secukupnya 4 sudu makan minyak masak | untuk menumis
BAHAN KISAR: 8 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 8 tangkai cili kering 2 tangkai cili merah 3cm halia 3 cm lengkuas 4cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Daging dibersihkan dan tos.
Panaskan minyak, tumiskan serai titik hingga wangi.
Tambah ke dalamnya bahan kisar, kacau rata hingga pecah minyak.
Masukkan dagiang, kacau hingga layu. Tambahkan air dan biarkan mereneh hingga empuk.
Setelah daging empuk dan air kering, masukkan asam gelugor serta santan.
Biarkan mereneh dan perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Akhir sekali masukkan kerisik, dan kecilkan api.
Selepas mereneh lebih kurang lima minit, tutup api.
Gulai daging merisik sedia dihidangkan.
2. DAGING KISMIS
BAHAN-BAHAN: 1kg daging batang pinang | hiris nipis, cuci bersih dan tos 3 sudu makan kerisik 5 sudu makan pes cili kering 1/2 cawan kicap pekat 1/2 cawan kicap manis 1/4 cawan kicap masin 4 sudu makan puri tomato 1 keping gula melaka 200 ml santan Garam dan gula secukupnya 1/2 cawan minyak masak
BAHAN KISAR: 3 biji bawang besar 1 labu bawang putih 3cm halia 5 batang serai 1 cawan kismis
BAHAN PENUMIS: 5 ulas bawang merah| hiris 4 kuntum bunga lawing 1 batang kulit kayu manis 5 kuntum bunga cengkih 5 ulas buah pelaga
CARA MEMASAK:
Campurkan daging yang telah dihiris dan dibersihkan bersama bahan kisar, puri tomato, semua jenis kicap, kerisik, pes cili, gula melaka dan santan.
Gaul rata hingga sebati, masukkan dalam bekas bertutup dan perapnya semalaman di dalam peti sejuk.
Panaskan minyak, tumis hirisan bawang hingga wangi kemudian masukkan rempah penumis.
Setelah harum, masukkan daging yang telah diperap tadi, kacau rata.
Jika daging agak liat tambah sedikit air dan biarkan mereneh hingga empuk.
Setelah daging empuk, keringkan kuah dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Apabila cukup rasa dan timbul minyak, bolehlah tutup api.
Daging Kismis boleh dihidangkan.
INFO CHEF: Selain kismis, anda boleh tukar dengan buah prune. Atau campurkan kedua-dua bahan ini dalam masakan.
3. DAGING SOS TIRAM & CENDAWAN SHITAKE
BAHAN-BAHAN: 1 kg daging batang pinang | hiris nipis, cuci dan tos 3 sudu teh serbuk lada sulah 3 sudu teh garam halus 6-8 biji cendawan shitake | hiris 1 biji lada banggala merah | hiris 1 biji lada banggala hijau | hiris 2 biji bawang besar | hiris bulat 5 ulas bawang putih |titik 4cm halia muda | hiris batang mancis 3 sudu makan sos tiram Garam dan sedikit gula secukup rasa 1/2 cawan minyak masak
CARA MEMASAK:
Campurkan hirisan daging bersama lada sulah dan garam, gaul rata.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng daging hingga bertukar warna.
Angkat dan ketepikan.
Menggunakan minyak yang sama tumis, hirisan bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
Seterusnya, campurkan hirisan cendawan dan cili benggala merah dan hijau ke dalamnya.
Kacau rata, masukkan pula daging yang telah digoreng sekejap tadi bersama sos tiram.
Setelah cukup rasa, angkat dan hidangkan panas-panas.
4. DAGING TUMIS KARI
BAHAN-BAHAN: 1kg daging | hiris, cuci dan tos 1 biji bawang besar | hiris 2 batang serai | titik 3 tangkai daun kari 3 sudu makan rempah kari 2 sudu makan pes cili kering 1/2 cawan yogurt Garam dan gula secukup rasa 1/2 cawan minyak masak
BAHAN KISAR: 6 ulas bawang merah 6 ulas bawang putih 3cm halia 3cm kunyit hidup
REMPAH PENUMIS: 1 batang kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 5 kumtum bunga cengkih 5 ulas buah pelaga
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bahan rempah penumis bersama serai titik, bawang besar.
Setelah wangi masukkan daun kari, kacau seketika masukkan bahan kisar serta pes cili.
Kacau rata, setelah pecah minyak masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air.
Apabila tumisan timbul minyak, masukkan yogurt dan daging, kacau rata.
Jika daging agak liat tambahkan air, biarkan hingga masak.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api, terus kacau hingga daging garing dan timbul minyak.
Tutup api dan daging sedia dihidangkan.
5. DAGING GULAI LEMAK BERSAMA CENDAWAN HITAM
BAHAN-BAHAN: 1 kg daging | hiris nipis, cuci dan tos 1 litter santan 4 batang serai |titik 2 keping asam gelugor 3 hirisan lengkuas | titik 1 mangkuk cendawan hitam | rendam dan hiris Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS: 4cm kunyit hidup 25-30 cili padi 5 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
Masukkan ke dalam periuk hirisan daging bersama bahan kisar.
Gaul rata dan letakkan atas api dapur, kacau hingga air daging kering.
Masukkan pula santan dan serai, biarkan gulai mereneh atas api sederhana.
Setelah daging empuk masukkan asam gelugor, cendawan.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah masak, tutup api dan gulai daging sedia dihidangkan.
6.AYAM MASAK TOMATO
BAHAN-BAHAN: 1 ekor ayam (bebih kurang1.5 kg) potong kecil 3 biji tomato| buang biji dan potong dadu 1 biji bawang besar | hiris bulat 1 tin puri tomato 1 tin susu cair 4 sudu makan pes cili kering 3 batang serai | titik Garam dan gula secukup rasa Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR: 1 biji bawang besar 4 ulas bawang merah 6 ulas bawang putih 3cm halia 3cm lengkuas 4 biji cili merah 4 biji buah keras
CARA MEMASAK: 1. Ayam yang dipotong kecil tadi dicuci bersih dan toskannya. 2. Gaulkan bersama sedikit serbuk kunyit dan garam halus. 3. Panaskan minyak , goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan. 4. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis. 5. Tumiskan hirisan bawang besar bersama serai hingga wangi. 6. Kemudian masukkan pula bahan kisar dan pes cili kering. 7. Tumis hingga pecah minyak, baru masukkan puri tomato. 8. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi. 9. Kacau rata dan masukkan santan dan tomato yang dipotong dadu, biarkan mereneh. 10. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 11. Setelah cukup rasa, tutup api dan Ayam Tomato sedia dihidangkan.
7. AYAM KICAP SERAI CILI PADI
BAHAN-BAHAN: 1 ekor ayam (lebih kurang 1.5kg) | potong kecil dan bersihkan. 1 biji bawang besar | hiris bulat 2 biji cili merah | hiris memanjang 2 biji cili hijau | hiris memanjang 6 batang serai |titik kasar 25-30 biji cili padi |titik 2 sudu makan kicap pekat 3 sudu makan kicap manis 1 sudu makan sos tiram Garam dan gula jika perliu Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR KASAR: 6 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 3 cm halia
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
Panaskan minyak, goreng ayam tetapi tidak terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit.
Tumiskan serai dengan hirisan bawang besar hingga wangi.
Kemudian baru masukkan bahan kisar dan cili padi yang dititik.
Kacau hingga pecah minyak baru masukkan sos tiram, sos tomato, kicap pekat dan manis.
Gaul rata dan masukkan ayam.
Kecilkan api, dan terus gaul sebati. Tambah garam dan gula secukupnya jika perlu.
Setelah sekata, masukkan hirisan cili merah dan cili hijau.
Tutup api, dan sedia dihidangkan.
8.KARI AYAM DENGAN NANGKA MUDA ALA UTARA
BAHAN-BAHAN: 1 kg ayam | potong kecil 500gm nangka | potong dadu saiz sederhana dan rebus 3 sudu makan rempah kari 2 sudu makan pes cili kering 250gm santan kotak 2 sudu makan air asam jawa Garam dan gula secukup rasa. Minyak secukupnya untuk menumis
BAHAN HIRISAN: 8 ulas bawang merah 6 ulas bawang putih 3cm halia
BAHAN REMPAH PENUMIS: 1 batang kulit kayu manis 2 tangkai bunga lawang 5 ulas buah pelaga 3 tangkai daun kari
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bahan hirisan hingga wangi.
Masukkan pes cili, kacau rata .
Kemudian masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.
Setelah tumisan garing dan pecah minyak.
Masukkan ayam, gaul rata dan biarkan ayam kecut.
Masukkan nangka dan sedikit air rebusan nangka serta air asam jawa.
Biarkan mereneh atas api sederhana hingga ayam empuk.
Masukkan santan, kemudian perasakan dengan garam dan gulu secukupnya.
Setelah masak, kecilkan api.
Masa yang sama, panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan rempah penumis serta daun kari hingga wangi.
Tutup api dan tuangkan rempah penumis ini ke dalam periuk kari ayam dengan nangka tadi.
Kacau rata, tutup api kari dan, ia sedia dihidangkan.
9. UDANG MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN: 1 kg udang | saiz L atau XL 5 sudu makan pes cili kering 3 sudu makan sos tomato 3 sudu makan sos cili 1/2 cawan yogurt 1 biji bawang besar | hiris bulat 2 batang serai | titik Garam dan gula secukup rasa Minyak secukupnya untuk menumis dan menggoreng
BAHAN KISAR: 1 biji bawang besar 5 ulas bawang putih 2 cm halia 5 biji cili merah 1 biji tomato 1 pokok daun ketumbar
CARA MEMASAK:
Udang dibersihkan, kemudian gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
Panaskan minyak, kemudian goreng udang hingga bertukar warna kemerahan.
Angkat dan ke tepikannya.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumis hirisan bawang besar bersama serai hingga wangi.
Masukkan bahan kisar serta pes cili kering.
Tumis hingga pekat dan pecah minyak, kemudian masukkan sos cili dan tomato.
Masukkan pula udang yang telah digoreng tadi dan lengkapkan rasa dengan garam dan gula.
Setelah cukup rasas, tutup api.
Udang Masak Merah sedia dihidangkan.
10. SAMBAL TEMPOYAK PUCUK KAYU
BAHAN-BAHAN: 1 cekak daun pucuk ubi | hiris halus 4 helai daun kunyit | hiris halus 20 helai daun kaduk | hiris halus 5 papan petai | ambil isi dan hiris 8 batang serai | hiris halus 300 ml santan pekat 1 cawan tempoyak 1 cawan ikan bilis | kopek dan cuci bersih Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR: 1/2 cawan cili padi | buang tangkai 4 cm kunyit hidup Segenggan ikan bilis
CARA MEMASAK:
Cuci besih bahan hirisan di bawah air mengalir, kemudian tos.
Masukkan bahan kisar dalam periuk bersama tempoyak serta santan pekat.
Seterusnya masukkan ke dalamnya semua bahan hirisan serta ikan bilis tadi.
Masak atas api sederhana hingga dedaun dan petai lembut
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Masak hingga kuah pekat.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!