Nak buat daging goreng, masalah utamanya adalah daging itu liat. Tak lembut macam daging yang dimasak berkuah. Kalau kuah, bolehlah kita masak lama supaya daging makin lembut.
RASA ingin kongsikan cara buat daging goreng atau tumis yang betul supaya daging tidak liat walaupun dimasak tak terlalu lama.
Lagipun tak lama lagi Hari Raya Aidiladha. Bolehlah cuba masak daging guna petua ni. Daging lembut dan sedap.
TIP PERTAMA: HIRIS NIPIS-NIPIS
Anda perlu hiris daging nipis-nipis, jika hadapi masalah untuk membuat hirisan nipis, bekukan daging separuh beku kemudian proses menghiris akan menjadi lebih mudah. Selain itu anda boleh gunakan pisau tajam dan dikhaskan untuk daging sahaja. Semasa membuat hirisan, sebolehnya, saiz hirisan daging adalah sama supaya daging akan masak sekata dan sempurna.
Ads
TIP KEDUA: JANGAN DICUCI
Selepas dihiris, jangan cuci daging, kerana ia akan hanya membuat daging menjadi hanyir ketika dimasak. Cukup sekadar mengelapnya dengan tisu dapur. Kalau nak cuci, cuci daging sebelum dihiris.
TIP KETIGA: PERAP
Anda juga boleh perap daging dengan bahan perencah seperti campuran bahan kisar, rempah ratus serbuk, sos, kicap, garam dan gula. Selepas digaul rata dengan bahan perapan. Perap daging sekurang-kurangnya satu jam, atau sebaik-baiknya semalaman. Proses perapan membantu menjadikan tekstur daging lebih empuk.
PETUA KEEMPAT: MASAK SEKEJAP
Langkah terakhir, anda boleh tumis atau goreng menggunakan api besar selepas bahan tumisan garing dan wangi. Kacau rata lebih kurang 5 minit supaya daging tidak bertukar keras atau liat. Semasa proses memasak juga anda perlu sentiasa kacau supaya daging masak sekata.
Diharapkan dengan tip ini daging yang anda tumis atau goreng bukan hanya tidak liat tetapi juga lebih cepat dan sedap. Tak tau nak masak daging dengan resipi apa, jangan risau RASA turut kongsikan resipi masakan daging di sini.
JOM CUBA RESIPI DI BAWAH!
DAGING GORENG KAILAN
Ads
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Daging:
300 gram daging | hiris nipis
1 sudu kecil kicap
2 sudu kecil minyak sayur
1 sudu kecil tepung jagung
Sedikit garam dan gula
Bahan Sos:
2 sudu besar air
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil tepung jagung
Bahan Tumis:
3 pokok anak kailan | potong, celur dan angkat
2 sudu besar minyak masak
1 biji cili merah | hiris serong
2 biji bawang merah | hiris
6 ulas bawang putih | cincang kasar
3 sudu besar minyak masak
Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan daging bersama semua bahan perapan ke dalam mangkuk. Gaul dan perap lebih kurang 30 minit.
Sambil itu sediakan sos. Di dalam mangkuk kecil campurkan semua bahan sos. Kacau rata dan ketepikan.
Panaskan air dalam periuk, kemudian celur anak kailan lebih kurang satu minit, angkat dan toskan.
Untuk menumis daging, panaskan sedikit minyak masak, Masukkan bawang putih, bawang merah hingga wangi.
Kemudian masukkan daging yang telah diperap tadi.
Gaul rata, sehingga daging masak dan bertukar warna keperangan.
Seterusnya, masukan hirisan cili dan kailan yang telah dicelur tadi, kacau seketika.
Masukkan sos yang telah disediakan tadi, sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Simpan dalam bekas, alas dengan tisu, letak bawang putih ini antara petua simpan cili api yang biasa kita dengar dan buat. Memang menjadi, berminggu-minggu boleh tahan.
Tapi ada lagi satu petua yang boleh membuat stok cili kita bertahan berbulan-bulan. Malah sampai lapan bulan pun elok lagi. Rare sangat petua ini.
Caranya adalah simpan cili dalam botol. Kaedah ini dipraktikkan oleh Puan Haslinda yang diakui beliau memang tahan lama.
Tip simpan cili, 8 bulan pun masih segar
“Jiran berkebun tuai berkilo kilo cili besar. Dia beri saya cili bulan Januari. Saya letak dalam botol mineral dan simpan dalam peti sejuk. Sekarang dah hampir 8 bulan, semuanya masih segar.”
Ujar beliau selain cili besar, cara ini juga boleh digunakan untuk simpan cili api. Ini langkah yang perlu dilakukan untuk simpan cili;
1. Basuh dan tos cili supaya kering.
2. Sediakan botol mineral kosong kemudian masukkan cili tadi di dalamnya. Tak perlu buang tangkai.
3. Selepas masukkan cili, tutup botol dengan penutup.
4. Simpan botol berisi cili dalam peti sejuk di ruang letak sayur.
Selain cili tahan lama, boleh juga guna semula botol mineral.
Ramai tahu tepung jagung berfungsi membantu memekatkan kuah dan sos. Namun pernahkah ada waktunya bila korang ingin menggunakan tepung jagung tapi kehabisan pulak. Jangan risau atau tak jadi masak hanya kerana kehabisan tepung jagung. Sebenarnya boleh saja tukar dengan tepung lain yang ada dalam dapur korang. Berikut beberapa tepung yang boleh digunakan sebagai ganti tepung jagung :-
Tepung Ubi
Tepung yang diperbuat dari ubi kayu ini mempuyai rasa dan warna hampir sama dengan tepung jagung, Sebab itu kalau anda gunakan sebagai penganti tepung jagung, ia tidak akan mengubah rasa. Cara penggunaannya, anda hanya perlu larutkan tepung ubi dalam air mendidih, Jangan guna air sejuk kerana ia tidak larut dalam air sejuk. Namun pastikan nisbah airnya adalah betul, jika kurang hasil bancuhan akan menjadi pekat kenyal. Tepung ubi juga tidak sesuai untuk makanan yang dimasak lama kerana ia boleh mengeras, sebab itu ia lebih sesuai sebagai campuran dalam tumisan dan sup.
Tepung Beras
Tepung beras adalah alternatif terbaik penganti tepung jagung. Teksturnya lebih pekat padat tidak lembik atau kenyal seperti tepung ubi. Untuk menggunakannya, satu sudu makan tepung jagung bersamaan 3 sudu makan tepung beras. Ia sesuai digunakan untuk campuran dalam sos atau tumiasan, jika dicampurkan dalam bahan gorengan ia akan memberikan tekstur rangup.
Tepung Serbaguna
Tepung gandum serba guna adalah campuran tepung gandum rendah protein dengan tinggi protein. Namun tepung ini ada sedikit bau tepung, oleh itu ia sesuai anda gunakan untuk makanan yang kuat bau supaya dengan bau tepung tidak akan begitu ketara. Sifatnya hampir sama dengan tepung jagung, ia boleh membantu memekatkan kuah masakan. Jika ingin menggunakan tepung ini nisab penggunaannya adalah satu sudu makan tepung jagung bersamaan dua sudu makan terpung serba guna.
Tepung Sagu
Tepung ini berasal dari batang pokok sagu. Pati sagu yang menjadi tepung ini mudah menyerap cairan semasa dipanaskan, sebab itulah tepung ini boleh memekatkan masakan. Jika digunakan dalam kuih muih seperti biskut ia akan memberikan tekstur yang rapuh.
Tepung Kentang
Tepung ini diperbuat dari kentang, namun ia tidak berbau atau memberi kesan rasa kentang. Ia antara tepung paling sesuai sebagai penganti tepung jagung. Nisbah penggunaannya sama sahaja, anda boleh selaraskan ikut cita rasa. Namun semasa mencampurkannya dalam masakan, perlulah menggunakan api sederhana.
Diharapkan dengan info ini anda boleh manfaatkan dalam mengolah pelbagai jenis masakan kegemaran anda.
Ada 9 jenis makanan yang ada di dapur dapat membantu kita untuk menguruskan badan. Tentu risau kan kalau berat badan bertambah-tambah bimbang terjerumus ke arah obesity. Lemak berlebihan pastinya mengundang bentuk badan yang tak menawan. Tapi lebih parah kalau pemakanan yang berlebihan boleh menjadi punca utama penyakit 3 serangkai iaitu diabetes, darah tinggi dan sakit jantung.
Jadi kalau kamu risau tapi takut nak makan pil ubat-ubatan untuk kurus nak sihat tapi membahayakan nyawa dan kesihatan, Nah! 9 jenis makanan yang boleh di amalkan untuk turun kan berat badan secara selamat.
Smoga perkongsian ini bermanfaat.
1. MADU
Madu adalah makanan terbaik utk membakar lemak.
Amalkan menambah madu dalam air suam pada awal pagi setiap hari
2. BAWANG PUTIH
Kandungan Allicin dalam bawang putih mempunyai antibakteria membantu mengurangkan lemak dan membuang kolestrol
3. CILI HIJAU
Cili hijau mengandungi capsaicin yg membantu membangunkan sel-sel pertumbuhan badan & bertindak balas membakar kalori dgn cukup pantas.
4. OAT
Oat adalah sejenis bijirin yg bukan sahaja mempunyai rasa hebat, malah juga mampu mengurangkan rasa lapar. Oat mempunyai serat yang membantu & menstabilkan tahan kolestrol & mengurangkan risiko penyakit jantung.
5. TELUR
Telur adalah sumber kaya protein. Selain itu telur juga rendah kalori. Ia membantu Membina otot & membangunkan kolestrol baik utk badan.
6. EPAL HIJAU
Epal di perkaya dgn antioksidan yang kuat dgn makanan tambahan lain. Keistimewaan epal adalah kandungan pectin yg membantu utk mengurangkan sel-sel elmak dalam badan.
7. TOMATO
Tomato bertindak membakar lemak dlm masa cepat. Ia juga mencegah penyakit kanser. Di tambah dgn vitamin A , Vitamin C kalsium dan kalium yg tinggi termasuk kaya dgn beta karotena yg sgt berguna utk mata.
8. DARK CHOCOLATE
Dark choc mengandungi flavonoid, ciri2 antiradang yang mebantu mengurangkan tahap kolsetrol dlm darah. Ia merangsang pertumbuhan serotonin dlm darah & juga membakar lemak.
9. TEH HIJAU
Teh hijau adlh salah satu sumber yang paling berkesan utk mengurangkan berat badan. Ia mengandungi antioksidan yang membantu menstabilkan berat badan uols. Minum 2 cawan teh hijau setiap hari untuk kesan yang lebih baik.
Cinnamon roll memang sedap jadi hidangan waktu petang. Memang boleh buat sendiri tapi mengenangkan nak membuatnya kena uli doh bagai ramai yang lebih suka...