Hujung tahun seperti sekarang selalu dijadikan peluang untuk bercuti sambil menziarahi teman-teman. Kalau ada tetamu nak datang datang rumah,
korang jangan pening nak masak apa. Nah, RASA kongsi resipi mudah yang mesti buat tetamu teringat-ingat keenakan masakan korang nanti.

Pastri Puff Kastard Buah-Buahan

3 Idea Jamu Selera Tetamu Yang Pasti Buat Mereka Teringat-Ingat

Bahan Pastri Puff
2 peket Square Pustry Puff
1 biji kuning telur-untuk sapuan
Serbuk gula (hiasan)
Buah-buahan (kiwi, anggur dan strawberi)

IKLAN

Bahan Filling Kastard
400 ml susu segar
100 gm gula kaster
60 gm tepung kastard
1 biji kuning telur
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu besar mentega

Cara memasak
1.  Pastri Puff: Ambil sekeping pastri lipat menjadi segitiga. Gunting atau potong 1/2 inci kedua bahagian sisinya dengan pisau tajam tetapi jangan
sampai putus.
2.  Buka semula lipatan, ambil bahagian yang putus dan lipat ke arah bertentangan, temukan kedua bahagian hujungnya.  Tekan sedikit atau sapu sedikit
air supaya hujungnya tidak terbuka.
3. Sapu dengan kuning telur dan bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 25-30 minit.  Ketepikan.
4. Filling Kastad: Satukan semua bahan filing kastard kecuali mentega.
5. Masak atas api sederhana hingga kental.  Masukkan mentega dan kacau hingga licin dan berkilat.
6. Masukkann ke dalam mangkuk, biarkan seketika.
7. Masukkan ke dalam piping bag dan picit ke dalam pastri puff, hias dengan hirisan buah kiwi, anggur dan strawberi.
8. Akhir sekali hiaskannya dengan serbuk gula.

Pulut Dendeng

3 Idea Jamu Selera Tetamu Yang Pasti Buat Mereka Teringat-Ingat

IKLAN

Bahan-bahan
1 kg pulut susu
3 cawan santan
1 sudu kecil serbuk kunyit
Secubit garam dan gula
1 helai daun pandan
2 mangkuk serunding dendeng

Cara memasak
1. Cuci beras pulut, kemudian gaulkan dengan serbuk kunyit dan rendam sekurang-kurangnya satu jam.
2. Panaskan pengukus. Kukus pulut bersama daun pandan hingga masak lebih kurang 20 minit.
3. Keluarkan pulut dari pengukus dan masukkan dalam bekas.
4. Gaul pulut dengan santan yang dicampurkan dengan sedikit garam dan gula.
5. Setelah sebati, masukkan semula dalam pengukus dan kukus lebih kurang 5-10 minit lagi.
6. Cara melapis pulut: Alaskan loyang dengan plastik empat segi (agar mudah dikeluarkan dari dalam loyang).
7. Masukkan pulut dalam loyang, tekan dan padatkannya lebih kurang ½ inci.
8. Kemudian lapiskan pula dengan serondeng daging dendeng di seluruh permukaan pulut.
9. Seterusnya, lapiskan pulut sekali lagi di atas lapisan serondeng daging dendeng.
10.Kemaskan seperti membuat lapisan pertama tadi.
11. Akhir sekali potong bentuk empat segi tepat dan hidangkan.

Roti Jala

3 Idea Jamu Selera Tetamu Yang Pasti Buat Mereka Teringat-Ingat

IKLAN

Bahan Roti Jala
500 gm tepung gandum
1 biji telur
2 sudu besar minyak masak
Secubit garam
Air secukupnya
Sedikit pewarna kuning

Bahan Kari Ayam
1 kg ayam-potong kecil, bersih dan tos
3 cawan santan
3 sudu besar rempah kari
Rempah penumis-kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
1 sudu pes cili kering
4 ulas bawang putih-hiris
5 ulas bawang merah-hiris
3cm halia-hiris
1 batang serai-titik
1 tangkai daun kari
Sedikit air asam Jawa
Garam gula dan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara memasak roti jala
1. Campurkan semua bahan dalam pengisar kecuali pewarna.
2. Kisar hingga halus, kemudian titikan beberapa titik pewarna kuning dan jika terlalu pekat tambahkan sedikit air dan kisar semula.
3. Tapiskan adunan dalam bekas.
4. Panaskan kuali leper non stick atas api kecil. Untuk pertama kali sapukan dengan sedikit minyak.
5. Dengan menggunakan acuan roti jala mulakan proses menjala dan melipat sehingga habis. Ketepikan.
6. Kari Ayam: Panaskan minyak, tumis hirisan bawang merah, putih dan halia hingga naik bau, diikuti pula rempah penumis dan daun kari. Kacau lagi.
7. Masukkan pes cili dan kacau seketika, kemudian masukkan pula rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.
8. Setelah pecah minyak masukkan ayam, gaul rata dan tutup periuk seketika hingga ayam kecut.
9. Masukkan santan dan serai. Seketika kemudian masukkan air asam jawa, garam, gula dan perasa secukupnya.
10. Kecilkan api dan biarkan kari mereneh lebih kurang lima minat atau sehingga pecah minyak.
11. Angkat dan hidangkan bersama roti jala.

Selamat mencuba!

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI