Ada masanya bila membeli buah-buahan tak semuanya boleh dimakan terus. Ada yang masih muda dan perlu diperam beberapa hari sebelum boleh dinikmati.

Sebab itu kita kena tahu cara peram buah yang betul, supaya boleh digunakan membeli buah yang masih muda. Dikongsi oleh Ashraf Shuib ada tiga cara yang boleh kita dipraktikkan untuk peram buah.

3 cara peram buah-buahan

Saya suka makan buah-buahan tempatan. Kalau ke kedai buah, bukan semua buah yang dijual sedia untuk dimakan. Ada yang kena peram dulu.

Kalau ada pilihan, saya akan beli sedikit buah yang masak dan sedikit buah yang belum masak. Makan buah yang masak dulu, dan peram buah yang belum masak.
Jadi buah yang dibeli boleh dimakan dalam beberapa hari dan tak rosak.

3 Cara Peram Buah Yang Muda Supaya Masak Elok

IKLAN

 

Dalam proses untuk masak, buah-buahan akan keluarkan gas ethylene. Lagi banyak gas yang dihasilkan oleh sesuatu buah, lebih cepat buah tu akan masak. Biasanya buah yang kena peram dulu adalah pisang, mangga, betik, ciku, avocado, kiwi dan nanas.

Ini cara yang boleh dilakukan untuk peram buah:

IKLAN
Cara 1: Guna beg kertas

Masukkan buah yang ingin diperam dalam beg kertas dan diletakkan bersama dengan sebiji pisang yang dah masak. Kemudian tutup beg kertas. Jika tiada beg kertas, boleh gunakan kotak. Jangan letakkan dalam beg plastik.

Periksa buah yang diperam setiap hari untuk elakkan terlebih masak.
Pisang masak cepat ranum kerana banyak keluarkan gas ethylene. Jadi, bila diletakkan bersama buah yang belum masak, buah tersebut akan cepat masak.
Selain pisang, boleh juga digantikan dengan epal kerana epal juga keluarkan gas ethylene yang banyak.

Cara 2: Letak dalam beras

Basuh buah yang ingin diperam. Keringkan buah. Boleh lap dengan kain bersih atau tisu. Kemudian tanam keseluruhan buah di dalam beras. Periksa buah setiap hari.
Jangan lupa tengok dalam beras, nanti buah masak ranum, beras pula akan rosak.

IKLAN
Cara 3: Letak kabat

Letak calsium carbide (kabat) atas kertas surat khabar. Renjiskan kabat dengan sedikit air. Bungkus calsium carbide dengan surat khabar. Apabila calsium carbide terkena air, ia akan membebaskan gas acetylene. Gas acetylene juga berfungsi seperti gas ethylene,mempercepatkan proses buah masak.
(*Calsium Carbide mengandungi arsenic dan phosphorus, yang dikuatiri boleh menjejaskan kesihatan).

Tip simpan buah masak

Peram dulu buah dan hanya letakkan buah yang sudah masak ke dalam peti sejuk. Suhu sejuk akan melambatkan pengeluaran gas ethylene dan buatkan buah masak tersebut tahan lama.

Asingkan sayur-sayuran dan buah-buahan sebelum diletakkan di dalam peti sejuk.
Buah yang diletakkan di dalam peti sejuk masih lagi akan keluarkan gas ethylene dan akan menyebabkan sayur lebih cepat rosak.

Sumber: Ashraf Shuib

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI