Waktu masih lagi PKPB ni, elok juga kita rajin-rajinkan diri buat bekal makanan ke pejabat. Tak perlulah kita kerap keluar membeli makanan untuk dimakan pada waktu rehat.
RASA berikan dua idea untuk dimasak sebagai hidangan makan tengah hari di pejabat. Resipi ini ringkas je. Bukannya kita nak makan beria-ia makan lunch di pejabat kan?
Ads
BEBOLA MI
BAHAN-BAHAN
2 keping mi kering (celur dan tos)
1 biji telur ayam
1/2 cawan isi ayam (rebus dan carik-carik)
1/2 cawan hirisan daun bayam
Sedikit hirisan cili benggala
Sedikit potongan dadu lobak merah
1 sudu kecil serbuk perasa ayam
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil garam
1/2 cawan serbuk roti
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Masukkan mi yang telah dicelur tadi dalam pengisar bersama telur. Kisar hingga sebati.
2. Keluarkan bahan kisar tadi ke dalam mangkuk adunan. Kemudian campurkan dengan daun bayam, cili benggala dan lobak merah.
3. Seterusnya masukkan serbuk perasa ayam, lada sulah dan garam. Gaul rata.
4. Campurkan serbuk roti sedikit demi sedikit hingga menjadi doh lembut.
5. Bulat-bulatkan doh hingga habis.
6. Panaskan minyak, kemudian goreng bebola hingga kuning keemasan.
7. Bebola mi sedia dihidangkan dengan sos cili atau mayones.
Ads
SOSEJ MI GULUNG
Ads
BAHAN-BAHAN
2 keping mi kering (celur dan tos)
1/2 sudu teh garam
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil serbuk perasa ayam
1 sudu makan tepung ubi
5-6 biji sosej ayam (potong dua)
Lidi sate secukupnya
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
CARA MEMASAK
1. Masukkan mi dalam mangkuk, kemudian campurkan dengan garam, lada sulah dan serbuk perasa ayam. Gaul rata.
2. Taburkan tepung ubi atas campuran mi dan gaul rata.
3. Lilitkan mi pada koktel yang telah dicucuk pada lidi sate. Lakukannya hingga habis.
4. Panaskan minyak. Goreng koktel yang telah bersalut mi sehingga garing.
5. Angkat dan toskan minyak.
6. Setelah siap hidangkan bersama sos kegemaran anda.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Anak-anak memang suka makan pizza. Bagi ibu-ibu yang nak cuba buat sendiri secara homemade tapi tak ada ketuhar, resipi perkongsian saudari Mass Isnaini ni boleh dicuba. Hanya masak guna periuk nasi elektrik. Sangat mudah & hasilnya mengagumkan. Jom cuba.
PIZA HOMEMADE GUNA RICE COOKER
BAHAN DOH:
1 paket mauripan
500gm tepung gandum
1- 1½ cawan air
2 sudu makan gula
1/2 sudu makan garam
1/3 sudu makan minyak masak
BAHAN INTI ( boleh diubah ikut citarasa):
Sos tomato
Sos lada hitam
Daging burger – dihandurkan dan digoreng terlebih dahulu
Sosej – digoreng terlebih dahulu
Lada benggala
Bawang Holland
Keju cheddar
Keju Mozarella
Oregano secukupnya
CARA MEMASAK:
Satukan bahan doh dan uli hingga sebati. Kemudian simpan selama 45 minit hingga doh kembang.
Ambil periuk nasi dan sapukan marjerin atau mentega didasarnya.
Masukkan doh yang sudah dileperkan ke dalam periuk. Cucuk dengan garpu untuk memudahkan doh masak.
Sapu sos tomato dan sos lada hitam pada doh dengan secukupnya.
Kemudian tabur daging nurger, sosej, bawang Holland dan lada benggala dengan secukupnya.
Seterusnya taburkan keju dan oregano.
Tutup periuk nasi dan petik suis. Biar hingga masak.
Bancuhan doh tadi boleh dapat 3 keping pizza saiz M.
Resipi perkongsian saudara Amir Zarith ni memang bagus anda cuba lebih-lebih lagi jika anak-anak jenis yang suka makan snek. Hanya menggunakan bahan-bahan mudah dan berkhasiat, anda boleh sediakan sajian enak untuk si kecil. Malah melalui cara ni juga, roti sandwic yang dibeli pasti tak membazir. Jom cuba! Anda pasti sukakannya.
PIKAT SELERA ANAK DENGAN SNEK ENAK MENGGUNAKAN ROTI SANDWIC
BAHAN-BAHAN:
5-6 keping roti
Sayuran ikut suka tapi saya guna :
1/2 biji bawang besar – potong dadu
1 lobak merah – diparut ( boleh juga guna kacang peas atau jagung) ikut kreativiti sendiri
Daun bawang – hiris kecil
1 kiub pati ayam
1 biji telur
1/2 cawan susu atau air biasa
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan gaul sebati bersama dengan roti.
2. Tambahkan susu atau air. Jika tak cukup masin,boleh tambah garam secukup rasa.
3. Adun hingga sebati.
4. Ambil adunan dan gumpal bulat.
5. Panaskan minyak dan goreng hingga keperangan. Siap. Enak dinikmati bersama Sos Cili Thai. Memang terbaik!
Tidak perlu sudah payah ke Kelantan untuk merasa keropok ikan locking. Buat sendiri baru puas hati dapat buat kuantiti banyak untuk famili anda. Jadi tidak ada yang berebut sebab tidak cukup.
SATE IKAN LOKCING
BAHAN-BAHAN:
6 ekor ikan selayang (saiz besar)
1 cawan tepung ubi
1 sudu kecil soda bikarbonat
Garam secukup rasa
Serbuk perasa
1 biji bawang besar
CARA MEMASAK:
Kisar isi ikan yang sudah di buang tulang dengan bawang besar letak sedikit garam dan serbuk perasa sampai lumat.
Masukkan adunan yang dikisar ke dalam mangkuk. Masukkan tepung ubi yang di campur dengan soda bikarbonat. Masukkan sedikit demi sedikit dan uli sehingga adunan tidak melekat dekat tangan.(kalau adunan masih melekat boleh tambah sedikit tepung ubi lagi sehingha adunan tidak melekat di tangan).
Gentel adunan menjadi bulat-bulat kecil.
Goreng sekejap dengan api yang sederhana. Angkat dan tos kn.
Cucuk pada lidi satay dan bakar sedikit. Siap. Boleh makan dengan sos manis/ pedas.
BAHAN-BAHAN SOS:
5 biji cili kering
2 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
6 sudu gula (ikut citarasa anda lebihkan jika hendak lebih manis)
5 sudu tepung ubi
3 cawan air
Pewarna merah
Garam
CARA MEMASAK:
Kisar halus bawang merah, bawang putih, gula, garam dan cili kering.
Masukkan bahan kisar dalam periuk. Masak menggunakan api kecil.
Bancuh tepung ubi dengan air dan letakkan sedikit pewarna merah
Masukkan tepung yang sudah bancuh ke dalam periuk tadi. Kacau sehingga sos menjadi pekat dan warna berkilat.
Perasakan gula dan garam ikut kesukaan masing-masing. Siap boleh hidang dengan sate tadi. Kalau anda mahu rasa pedas tambah cili padi semasa kisar bahan-bahan awal tadi.
Ketahui kebaikan belimbing buluh yang menakjubkan untuk kesihatan — dari menurunkan tekanan darah hingga membantu detoks hati. Superfood tempatan yang kecil tapi penuh khasiat!