Program kedua RASA Bubur Lambuk Warisan Anjuran Nu Ideaktiv sekali lagi telah diadakan dengan penuh meriah bagi sama-sama meraihkan kemeriahan Ramadan sambil berkongsi rezeki dengan orang ramai khususnya penduduk Shah Alam dan sekitarnya.
Rasa Bubur Lambuk Warisan yang dibawakan oleh Majalah Rasa dengan dengan kerjasama AEON kali ini telah ditaja oleh AJI-SHIO®.
Keenakan resipi bubur lambuk kali ini lebih istimewa kerana dilengkapkan dengan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa dan AJI-SHIO® Lada Berperisa. Dua jenis bubur lambuk iaitu ayam dan daging telah disediakan.
Seawal jam 8.30 pagi, pihak katerer dan barisan krew sudah sibuk melakukan persiapan memasak bubur lambuk di perkarangan AEON Mall Shah Alam. Sebanyak 5 periuk besar bubur lambuk disediakan bagi mengagihkan 1500 pek bubur lambuk kepada pengunjung mall dan surau terpilih.
Syamil Fahim, Ketua Pegawai Eksekutif, Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Nu Ideaktiv menyatakan kerjasama diantara Majalah Rasa dan AJI-SHIO telah berlangsung sejak lima (5) tahun yang lalu, walaupun pada badai COVID-19,
“Alhamdulillah ini merupakan tahun kelima Nu Ideaktiv melalui Majalah Rasa menganjurkan program bubur lambuk seperti ini bersama rakan penaja kami iaitu AJI-SHIO. Dan kali ini, kami berpadu tenaga bersama pihak AEON dalam merealisasikan Program Bubur Lambuk Warisan”
Ads
“Program memasak dan edaran bubur lambuk ini merupakan salah satu platform komunikasi di antara kami dengan masyarakat di sekeliling sempena bulan Ramadan yang mulia ini. Saya juga amat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan lebih banyak pihak dalam gabungan program untuk merealisasikan usaha-usaha menyantuni masyarakat di sekeliling kami,” ujar Syamil.
Kong Lay Ming, Pengurus Kanan Pemasaran AJI-SHIO® pula berkata, AJI-SHIO® amat berbesar hati dapat meneruskan kerjasama program bubur lambuk ini bersama Majalah Rasa di atas komitmen yang diberikan setiap tahun.
Ads
“Kami melihat inisiatif seperti ini sebagai sebuah platform untuk kami ketengahkan resipi bubur lambuk yang lazat dengan menggunakan resipi AJI-SHIO® untuk diraikan oleh semua rakan Muslim kami. Tahun ini merupakan tahun yang kelima kami menyantuni wira barisan hadapan negara dan masyarakat sekeliling yang memerlukan untuk mengimarahkan sambutan bulan Ramadan mereka. Kami amat berharap agar usaha ikhlas ini dapat lagi diteruskan untuk Ramadan mahupun hari-hari bermakna akan datang,” ujarnya.
Program memasak dan edaran bubur lambuk ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Azli Bin Yusof, Ahli Parlimen Shah Alam. Program turut dihadiri oleh SyamilFahim, Ketua Pegawai Eksekutif, NuIdeaktiv Sdn Bhd, Ani Nadila Pengurus Besar NuIdeaktiv Sdn Bhd, Kong LayMing, Pengurus Kanan Pemasaran AJI-SHIO®, Puan Munirah Azmi, Ketua Jabatan Operasi Mall, Leasing dan Pemasaran, AEON CO. (M) Berhad, Cik Nikki Lee, Ketua Jabatan Pemasaran Mall, Gig dan Pengurusan Acara, AEON CO. (M) Berhad, Encik Kamarul, Ketua Regional Wilayah Tengah AEON CO. (M) Berhad,ChefZam Akmal dan kumpulan-kumpulan motosikal berkuasa tinggi.
Ads
Sementara itu, Munirah Azmi, Ketua Jabatan Operasi Mall, Leasing dan Pemasaran AEON, melahirkan rasa syukur kerana dapat sama-sama menjayakan program Rasa Bubur Lambuk Warisan dan Ride Santai Ramadan yang dianjurkan bersama dengan Majalah RASA di bawah tajaan AJI-SHIO®.
“Sebagai sebuah pusat beli belah yang menjadi pilihan, AEON bukan sahaja menawarkan pilihan membeli belah yang eksklusif kepada pelanggannya, malah ia juga menjadi pusat aktiviti kemasyarakatan dan gaya hidup terkini yang sihat. Aktiviti ini membolehkan AEON mendekatkan lagi perkhidmatannya dengan komuniti setempat melalui program tanggungjawab sosial korporat di samping dapat menyerikan lagi suasana Aidilfitri yang bakal menjelang,” kata Munirah Azmi.
Ida Abd Aziz selaku Editor Pengurusan Rasa turut menambah bahawa program seperti ini dapat mengukuhkan lagi silaturahim antara warga kerja RASA dengan para pembaca kerana kesemua pembaca yang berdaftar atau pengikut laman sosial media turut dijemput ke program edaran bubur lambuk secara percuma ini.
Melalui kerjasama AEON juga, majlis tersebut dimeriahkan oleh kehadiran selebriti tempatan seperti Rahmad Mega, BaggioDamasutra, Iwan dan Krill Rashid serta kumpulan konvoi motorsikalHarleyDavidson oleh RespectBikers. Selebriti dan konvoi motorsikal akan menghiburkan pengunjung di AEON MALL Shah Alam sebelum turut serta di dalam proses agihan bubur lambuk di kawasan Padang Jawa.
Selain itu, Rasa turut menganjurkan sebuah rancangan masakan sebanyak 22 episod iaitu Rasa Nostalgia Kampung Style yang dibawakan oleh BABA’S – menampilkan chef-chef terkenal seperti Chef Adu Amran dan Chef Wan bersama beberapa artis tanah air seperti Ezzaty Abdullah Zizi Kirana, Namie Ubi, Sazzy Falak dan ramai lagi. Ketahui pelbagai resipi tradisional yang menarik, tonton rancangan ini setiap hari Rabu hingga Ahad, jam 7:00 malam di Astro Ria.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Bagi meraikan ketabahan wanita Malaysia MAGGI® melancarkan fasa kedua Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI®. Program ini menyusuli rintisan kejayaan program yang dilancarkan pada tahun 2020 yang menerima penyertaan oleh lebih 900 wanita, bertujuan untuk meningkatkan kemahiran wanita dan membina keyakinan diri mereka untuk mencuba sesuatu yang baharu – sama ada dalam masakan, kehidupan atau perniagaan.
Memahami keadaan ini, MAGGI® telah mengambil langkah pro-aktif untuk menilai perubahan dan keperluan kritikal wanita semasa pandemik COVID-19 serta mengumpul maklumbalas oleh peserta yang menyertai Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI® tahun lalu.
Berdasarkan maklumat ini, MAGGI® akan melancarkan sebuah modul baharu “Masterclass: Cara Menjayakan Perniagaan Makanan” untuk wanita yang berminat memulakan atau menambah baik perniagaan makanan mereka yang sedia ada.
Diterajui oleh usahawan dan mentor Program Mentor Wanita Cukup Berani 2021 MAGGI®, Anne Idris dan Chef MAGGI® , Chef Muluk, Masterclass ini adalah sesi eksklusif untuk memberi bimbingan mendalam dan tip bagi meningkatkan kemahiran memasak dan keusahawanan asas buat usahawan makanan serta mereka yang ingin memulakan perniagaan makanan sendiri.
Para peserta akan berpeluang untuk menyertai program bimbingan peribadi yang unik ini, menyampaikan idea perniagaan mereka dan akhirnya menerima modal benih dari MAGGI® Malaysia untuk merealisasikan impian perniagaan masing-masing.
Menurut Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad, “Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® bermula dengan hasrat untuk memberi inspirasi serta mendorong wanita Malaysia membina keyakinan serta memperkasakan kemahiran diri bagi mencuba sesuatu yang baru untuk memulakan perubahan yang positif, baik untuk diri sendiri dan juga keluarga. Sambutan menggalakkan dan maklumbalas positif yang kami terima pada 2020 memberi inspirasi dan mendorong kami untuk menggandakan lagi impak program ini.
Kami manfaatkan motivasi ini kepada tindakan dengan memperluaskan bengkel, menambah kandungan baharu yang relevan dan memperkenalkan modul Masterclass tahun ini. Inilah komitmen kami untuk terus membangunkan usaha yang memberi impak kepada lebih ramai wanita dan menangani pelbagai keperluan mereka kerana kami ingin semua peserta dalam program ini menjadi lebih berani baik di dapur dan juga perniagaan.”
MAGGI® memperluaskan kandungan bengkel tiga hari tahun ini dengan menampilkan modul digital yang dipertingkatkan melalui Jurulatih Bertauliah Google, untuk menyampaikan kemahiran digital yang praktikal dan cara-cara untuk menambahbaik penggunaan media sosial dalam perniagaan.
Peserta-peserta juga berpeluang untuk mengikuti sesi yang lebih interaktif bersama mentor kegemaran mereka, Datin Paduka Eina Azman, Sheila Rusly dan Anne Idris.
MAGGI® juga baru-baru ini telah melancarkan siri realiti TV enam episod terbarunya – Resipi Berani MAGGI®, yang memaparkan kisah transformasi dan kejayaan wanita yang menyertai Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® pada tahun 2020. Siri realiti TV enam episod ini akan disiarkan setiap minggu bermula pada 14 Julai 2021
Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI®akan diadakan pada 27 hingga 29 Julai 2021 dan 12 hingga 14 Oktober 2021. Untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran bengkel dan Resipi Berani MAGGI®, sila log masuk capaian https://www.maggi.my/ms/aktiviti-maggi/maggi-cukup-rasa/
“Saya Bukan Chef Tapi Insya-Allah, Ada Rezeki Boleh Menang”– Mastura Mohamad Nordin
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapalah tahu. Andai sudah tertulis rezeki yang ditentukan Allah, siapalah kita untuk menidakkannya. Perasaan gementar dalam diri memang tidak boleh disembunyikan, namun peserta wakil Zon Utara Pertandingan Riuh Rempah Baba’s, Mastura Mohamad Nordin tetap berusaha memberikan usaha terbaik untuk memenangi hati juri. Akhirnya, terpilih! Dengan masakan Udang Masak Berempah digandingkan dengan Nasi Tumis Kurma Babas, Mastura terpilih Top 2 mewakili Zon Utara ke peringkat separuh akhir. “Rasa takut tu memang tak boleh cakaplah, sebab saya tengok peserta-peserta yang datang semuanya hebat-hebat. Ada juga yang chef tapi saya ni bukan chef. Masak biasa-biasa je.” “Bila masuk berhadapan dengan juri, lagilah bertambah ketar. Sebab nak bagi mereka suka dan berminat dengan hidangan yang kita masak. Namun saya cuba yang terbaik. “Apa yang boleh saya ingat, juri suka kerana walaupun hidangan ini nampak biasa tapi Nasi Tumis yang membuatkan rasa lagi istimewa. Juri cakap, nasi ini rasanya lain daripada yang lain. Rasa simple tapi sedap,” ujar Mastura.
Menggunakan resipi asal daripada ibunya yang menggunakan daging tetapi diolah sendiri dengan gantikan udang dan ada sedikit pertambahan bahan-bahan lain serta rempah-ratus. “Sebab saya minat memasak dan penggunaan rempah Baba’s ini memang serasi dalam saya punya masakan. Sebab itulah saya tidak ragu-ragu untuk menyertai pertandingan ini,”katanya. Berasal dari Butterworth, Mastura tetap menaruh impian untuk memenangi hadiah utama yang bernilai RM10,000. “Jika ditakdirkan saya menang RM10,000, saya nak memajukan lagi perniagaan mee bandung yang sebelum ini hanya diusahakan di depan rumah dan membantu keluarga saya, insya-Allah,”kata Mastura.
UDANG MASAK BEREMPAH
BAHAN-BAHAN: 1kg udang besar 2 biji bawang besar | kisar 4 ulas bawang putih | kisar 1 inci halia | kisar Rempah 4 sekawan (bunga cengkih/bunga lawang/kayu manis/buah pelaga) 2 helai daun pandan 1 biji tomato | potong dadu 6 sudu besar Rempah Kari Daging BABA’S 1 sudu besar Serbuk Sup BABA’S 3 sudu besar kerisik 100ml santan
(HIASAN) OPTIONAL: 1 biji bawang besar | potong bulat 1 biji cili merah 1 biji cili hijau Sedikit daun ketumbar
CARA MEMASAK: 1. Tumiskan bahan kisar, daun pandan, dan rempah 4 sekawan sehingga naik bau dan keperangan. 2. Masukkan rempah kari dan rempah sup yang telah dibancuh dengan sedikit air, kerisik, tomato, dan santan. Masak sehingga pecah minyak dan rempah garing. 3. Setelah garing, masukkan sedikit air jika perlu, masukkan udang dan serbuk perasa mengikut citarasa. 4. Masukkan bawang yang dipotong bulat dan bahan hiasan, gaul sebati dan matikan api. 5. Hiaskan dengan daun ketumbar dan bawang goreng.
JAGOH RASA BABA’S
Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warga Malaysia dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang. Berkerjaya atau tidak, suri rumah, atau masih belajar, layak untuk menyertai pertandingan ini.
Pada peringkat awal, peserta hanya perlu menghantar gambar masakan berserta resipi penuh secara atas talian iaitu melalui laman web majalah Rasa. Selepas pemilihan awal, perserta yang layak perlu melalui sesi penjurian bagi mencari Top 12 yang diadakan di empat lokasi iaitu di Pulau Pinang, Kota Bharu, Johor Bahru dan Subang Jaya.
Seterusnya peserta Top 12 akan dipilih melalui undian secara atas talian bagi mendapatkan 4 tempat ke final dan seterusnya bakal bertanding secara berhadapan.
JAGOH RASA BABA’S menawarkan wang tunai dan trofi.
Tempat Pertama: RM10,000 Tempat Kedua: RM5,000 Tempat Ketiga: RM3,000 Tempat Keempat: RM1,000 Saguhati: RM500 x 8 peserta
Rojak untuk cicah buah dan sayur-sayuran ni lain sikit ramuannya. Ramuan kicap, gula Melaka, cili kisar menghasilkan rasa manis dan pedas.
Kalau ada sengkuang mau berderap derup menikmatinya. Kalau min suka makan dengan jambu air atau mangga muda. Bagi Farisha Sofeapula sengkuang menjadi pilihannya.
.
ara buatnya mudah sangat, walau pun ada dijual dalam botol, tapi tak sesedap buat homemade yang pastinya segar dan lazat. Jom semak resipi perkongsian daripada Farisha Sofea
CARA MEMASAK :
1. Masukkan air dan gula melaka ke dalam periuk .
2. Masak menggunakan api sederhana sehingga gula larut sepenuhnya .
3. Masukkan gula , kicap manis,cili kisar,sos cili,garam dan juga belacan .
4. Masak sehingga mendidih .
5. Kemudian masukkan air bancuhan tepung ubi dan masak sehingga pekat .
6. Sentiasa kacau agar kuah tidak hangus .
7. Setelah kuah menjadi pekat , masukkan kacang tanah dan juga bijan .
8. Kacau sebati dan biarkan kuah masak seketika .
9. Tutupkan api dan sejukkan seketika
.
* Simpan kuah rojak dalam bekas bertutup dalam peti sejuk.
FB : Farisha Sofea IG : _farisha_sofea
INGIN MEMBELI MESIN PENGISAR DAN GRINDER, JOM BELI DI SINI