Bila Min bertemu dengan barisan chef yang diketuai oleh Eksekutif Chef Muhammad Fadhil Annamalay atau lebih senang dipanggil Shan jelas ketara kemesraan terjalin erat di antara mereka. Sepanjang temuramah kerap diselangi gelak ketawa dan saling menyakat di antara ketua pasukan Chef Shan dengan ‘anak buah’nya.

Chef Shan ‘Ketua’ Hebat Pacu Kejayaan Pasukan Chef, Hotel The Pearl, KL.
Kiri sekali (duduk) Chef Shan

Keserasian kerja berpasukan inilah antara jadi faktor kejayaan dan keenakan sajian di sini. Ikuti kisah menarik di sebalik pasukan Chef di hotel The Pearl, Kuala Lumpur.

Chef Pastri Wan Kaisa Ibrahim, Chef de Partie Mohd Salem Suhaili dan Demi Chef Sawariah Yahya, ketiganya begitu menyenangi ‘ketua’ mereka yang walaupun tegas tetapi apabila masa santai cukup ramah dan ‘happy go lucky’. Dilihat dari personalitinya yang ceria dan mudah mengukir senyuman tidak hairanlah jika Eksekutif Chef Shan cukup disukai oleh pasukan kerjanya.

Chef Shan ‘Ketua’ Hebat Pacu Kejayaan Pasukan Chef, Hotel The Pearl, KL.

 

Ads

“Bagi saya sebagai ketua saya perlu mendekati mereka untuk mengetahui potensi setiap individu. Di sini saya perlu memantau prestasi kerja dan kelancaran operasi di dapur hinggalah kepada penyediaan hidangan. Keadaan menjadi makin mencabar apabila ada majlis dan bankuet. Terdapat lebih 50 kakitangan di dapur termasuk ‘cold kitchen’, ‘butchery’, Malay Kitchen dan pastri yang memerlukan bimbingan dan perhatian,

Saya juga perlu memastikan sentiasa ada pembaharuan dalam makanan dengan ciptaan resipi baru dari Chef yang bertugas. Bagi saya dalam cara bekerja tiada kompromi dalam kualiti ,bermula dari pemilihan ramuan yang berkualiti hinggalah kepada penyajian hidangan.

Saya mahukan mereka sentiasa mencuba dan meneroka ilmu baru dalam masakan dan elakkan diri dari berada di zon selesa ‘comfort zone’, rajin belajar, banyak bertanya dan bersedia menerima teguran dan memperbaiki kemahiran dan sikap kerjasama dalam setiap tugasan yang diarahkan,” tegas Chef Shan mengenai cara kerja yang disemai dalam pasukan kerja.

Chef Shan ‘Ketua’ Hebat Pacu Kejayaan Pasukan Chef, Hotel The Pearl, KL.

Chef Shan memulakan kerjayanya dari pembantu dapur dan kini sudah 22 tahun dia ‘bergelumang’ dalam bidang ini. Shan mempunyai pengalaman berkerja di Ireland selama empat tahun yang turut memberinya inspirasi menyediakan sajian Eropah ‘with Asian Twist’.

Chef Shan ‘Ketua’ Hebat Pacu Kejayaan Pasukan Chef, Hotel The Pearl, KL.

Bagi Wan Kaisa Ibrahim pula banyak meraih pengalaman daripada Chef berbangsa Perancis semasa bertugas di hotel terkemuka sebelum ini. Mempunyai kemahiran penyediaan menu barat (Amerika) dan Eropah terutamanya Perancis mengakui bahawa pengalaman dua tahun belajar dari Chef Perancis banyak mempengaruhi kepakarannya dalam penyediaan makanan.

Chef Shan ‘Ketua’ Hebat Pacu Kejayaan Pasukan Chef, Hotel The Pearl, KL.

“Seronoknya bekerja dengan Chef Shan adalah dia mahu kita berfikir lebih dan mencabar diri melaksanakan tugasan. Walau pun masih baru saya sudah diberi tanggung jawab menyediakan masakan Mexico. Segalanya perlu cepat, saya diminta untuk membuat ‘twist taste’ sajian pencuci mulut Perancis tetapi dengan selera Asia ‘Asian Flavour’.

Ads

Masuk aje kerja saya juga diberi tanggungjawab untuk menukar menu bufet sarapan. Apabila menu diterima itu sudah dikira saya ‘survive, tetapi Chef Shan tidak akan memuji atau berkata bagus, paling tidak senyumannya sahaja sudah memberi maksud dia bersetuju dengan menu yang dihasilkan,” luah Wan Kaisa mengenai cabaran dan realiti kerjayanya kini.

Chef Shan ‘Ketua’ Hebat Pacu Kejayaan Pasukan Chef, Hotel The Pearl, KL.

Demi Chef Sawariah Yahya yang kini bertugas bahagian cold kitchen adalah pekerja yang paling lama bertugas iaitu selama 12 tahun di hotel The Pearl berbanding rakan kerjayanya yang lain. “Saya perlu memimpin ‘anak buah’ membuat hidangan yang terbaik terutamanya dalam bahagian ‘dressing’ salad dan pembuatan sos. Cabarannya bukan sahaja pada ramuan salad dan kerabu yang perlu rangup dan lazat tetapi ‘persembahan’ atau food presentation juga perlu menarik.

Saya juga perlu membuat Salad Cina, salad Western ,Salad Melayu (kerabu) dan tugasan ini memerlukan saya berfikir bagaimana hendak mengadunkan pelbagai jenis bahan yang mencecah hingga 10 bahan,” celah Sawariah yang lebih mesra dikenali sebagai Wawa di kalangan rakan sekerja.

Menurutnya lagi walaupun sudah lama bekerja, tetapi seorang Chef perlu selalu banyak bertanya dan mengikut piawaian hotel dan Chef Shan. Buat Wawa kejayaannya memenangi Pertandingan Mengukir Buah-buahan adalah antara kenangan manis sepanjang kerjaya dalam bidang ini.

Ads

Chef Shan ‘Ketua’ Hebat Pacu Kejayaan Pasukan Chef, Hotel The Pearl, KL.

Chef De Partier Mohd Salem Suhaili pula walau pun baru bertugas selama dua tahun di hotel The Pearl tetapi pengalaman bekerjanya sudah mencecah sepuluh tahun lamanya. Merangkap tugas Eksekutif Lounge tugasnya adalah untuk memastikan setiap tugasan yang diberikan Eksekutif Shan berjalan lancar oleh semua staf.

“‘Kerjaya Chef ini memakan waktu kerja yang panjang, walaupun ada syif tetapi apabila ada tuntuan majlis atau bankuet , saya perlu bertugas dari tujuh pagi hingga 12 malam. Alhamdulillah kami ada pasukan kerja yang mantap untuk memberi hidangan terbaik buat pengunjung,” akhiri Salem dengan ceria.

Chef Shan ‘Ketua’ Hebat Pacu Kejayaan Pasukan Chef, Hotel The Pearl, KL.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI