Nama-nama seperti latte, espresso, cappucino mungkin anda biasa dengan dan cuba. Tapi tahukah anda terdapat pelbagai lagi cara bancuhan kopi di luar negara? Namanya pun berbeza dan ada yang guna bahan tambahan seperti lemon dan keju. Macam menarik kan? Jom tengok apa lagi kopi yang ada.
1. DRIP COFFEE, AMERIKA SYARIKAT
Di Amerikat Syarikat, kopinya kebanyakannya dibancuh menggunakan biji kopi Arabica berbanding biji kopi lain. Kajian menunjukkan memanggang biji kopi apabila kopi sedang dibru sebenarnya boleh meningkatkan tahap antioksidan dalam kopi. Teknik drip ini juga bermaksud kopi dituang atas penapis dan dibiarkan menitik ke dalam kole atau mug.
2. TURKISH COFFEE, TURKI
Rasa kopi ini bukan sembarangan orang yang boleh meminumnya. Hanya penggemar kopi pekat, mungkin akan suka rasanya. Kopi tradisional ini lebih hitam dan rasanya juga lebih kuat. Jadi kalau anda bukan pencinta kopi sejati, pilihlah minuman lain.
Kopi ini dibuat dengan teknik mendidih (dimasak) dan bukan dibru (air panas dituang atas kopi dan dibiarkan mesra seketika). Disebabkan ia dididih katanya minuman ini mengandungi nutrisi sihat untuk jantung yang melindungi arteri.
3. EGG COFFEE, VIETNAM
Lupakan pencuci mulut, cubalah Vietnamese Egg Coffee. Seperti namanya ia dibancuh dengan kuning telur, susu pekat manis dan sudah tentulah kopi panas. Seakan tiramisu, gabungan susu dan kuning telur memberi khasiat protein.
4. KAFFEOST, FINLAND
Ads
Kopi dengan keju ? Itulah hidangan kopi yang akan anda jumpa bila melancong ke sana. Dihidang cara tradisional, kopi rakyat Finland ini akan dituang ke atas keju dipanggil ‘juustoleipa’ dan dibiarkan mesra seketika. Setelah habis kopi anda boleh makan keju tu. Menarik bukan?
5. CAFE’ DES E’PICES, MOROCCO (MAGHRIBI)
Dibuat dari campuran rempah seperti buah pala, lada hitam , biji bijan yang memberi rasa berempah. Sebagai antioksidan yang ‘power’, kajian mendapati buah pala juga boleh menenangkan perasaan dan meredakan tekanan.
6. CAFE’LAGRIMA, ARGENTINA
Dibuat dari susu yang distimkan berserta buih dan sedikit kopi. Cara terbaik mendapatkan khasiat kalsium . Ia seakan cappuciono tetapi tanpa rasa pahit espresso (kopi pekat hitam yang dibru dengan menekan air panas yang dituang diatas biji kopi yang dikisar halus).
7. CAFE’DEL OLLA, MEXICO
Ads
Kopi Mexico yang dibru dalam periuk tanah bersama kayu manis dan ‘piloncillo’(gula tebu mentah). Tapi berwaspada kerana minuman ini mengandungi kandungan gula yang agak tinggi untuk menenggelamkan rasa pahit kopi.
8. CAFE’ AU LAIT, PERANCIS
Bancuhan 1/2 kopi yang dibru dan separuh susu suam. Terdapat sedikit buih susu diatas kopi. Ini bermaksud kopi dicairkan dengan jumlah susu berkrim yang banyak. Tidak seperti kopi lain yang menggunakan susu sejuk atau creamer.
9. CAFE’BOMBON, SEPANYOL
Kopi popular rakyat Sepanyol. Bancuhannya adalah 1/2 kopi pekat dan 1/2 susu pekat manis. Hanya dua bahan ini diperlukan dan Cafe’bombon tidak memerlukan gula tambahan. Lihatlah lapisan yang terhasil. Nampak menarik bukan?
10. ESPRESSO ROMANO, ITALI
Ads
Satu perkara yang disetujui oleh penggemar kopi seluruh dunia adalah penduduk Itali memang arif dengan kopi mereka. Cubalah cara masyarakat Roman menikmati kopi iaitu dengan hirisan nipis Lemon digosok di keliling rim cawan untuk mengeluarkan rasa. Unik!
11. FLAT WHITE, AUSTRALIA DAN NEW ZEALAND
Dipopularkan oleh Starbucks, menu kopi ini telah menjadi terkenal di Amerika Syarikat. Dibuat dari espresso tapi hanya menggunakan 2/3 susu . Ia menjadi opsyen terbaik bagi mereka yang ingin mengurangkan penggunaan bahan tenusu.
12. YUAN YANG , HONG KONG
China dan Hong Kong terkenal dengan teh. Tetapi mereka juga ada minuman kopi popularnya tersendiri. Kopi terkenal Hong Kong ini dibuat dari campuran bru kopi kisar dengan teh hitam bersusu. Wow..Macam mana rasanya tu ya?
13. CAFE CUBANO, CUBA
Kopi ini ‘kuat’ dan bebas susu. Dibuat dari kopi hitam ekstra (pekat hitam) dan gula, menjadi kopi kegemaran masyarakat Cuba, Amerika Selatan. Biji kopi hitam (ekstra) yang dipanggang sebenarnya mengandungi 15 hingga 20 peratus pengurangan kafein berbanding kopi yang cair dan kurang pekat.
Himpunan resipi Kek Minyak dari blogger popular yang selalu mendapat perhatian. Antara kek yang paling mudah untuk di sediakan dengan bahan yang tidak remeh dan yang paling best kesemua resipi ini menggunakan sukatan cawan. Untuk yang sedang berjinak nak buat kek, inilah masanya pilih saja yang mana kamu suka!
RESIPI KEK MINYAK
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur
1/2 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
3/4 cawan susu pekat
1 sudu besar ovallate
1 cawan minyak masak
perasa nenas atau pisang
1 sudu teh esen vanila
Pewarna yg disukai
CARA MEMASAK:
Satukan tepung dan baking powder kemudian di ayak, ketepikan.
Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang dan gebu. Sy putar dlm 5 minit.
Masukkan susu pekat dan esen vanila, pukul sebati.
Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
Akhir sekali masukkan tepung gandum yang telah di ayak.
Kaup balik adunan dengan spatula hingga rata
Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 bekas
Letakkan pewarna dalam setiap bekas mengikut kesesuaian & gaul rata.
Sediakan loyang 8 inc.(Sy guna loyang 9 inc)
Lapik dasar loyang dengan kertas minyak.
Tuangkan adunan berselang seli warna sehingga habis
Suhu 170 C bergantung kepanasan oven masing-masing
Bakar selama 45 minit ~ 60 minit. Sy bakar sejam. Siap.
Ayak tepung gandum bersama baking powder. Ketepikan. Lenser loyang kek dengan mentega. Alaskan dengan baking paper.
Pukul telur bersama gula dan ovallate sehingga kembang. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap. Masukkan minyak dan perisa sambil dipukul sekadar untuk adunan bergaul rata.
Akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit sedikit. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan kepada 3 adunan lebih kurang 320 gram setiap warna. Tuangkan ke dalam loyang saiz 8 atau 9″ dan corakkan warna ikut kreativiti masing masing.
Bakar hingga masak pada suhu 170C selama 50 minit atau sehingga masak. Saya bakar selama 40 minit sahaja. Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan.
Satukan tepung dan baking powder kemudian di ayak, ketepikan
Dalam mesen pemutar, Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang dan gebu.
Masukkan susu pekat dan esen vanila dan pukul sebati
Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
Akhir sekali masukkan tepung gandum yang telah di ayak.
Kaup balik adunan dengan spatula hingga rata
Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 bekas
Letakkan pewarna dalam setiap bekas mengikut kesesuaian
Gaul rata
Sediakan loyang 8 inc
Lapik dasar loyang dengan kertas minyak dan sapukan butter.
Tuangkan adunan berselang seli warna secara lingkaran hingga habis
Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal
Suhu 170 C bergantung kepanasan oven masing-masing
Bakar selama 45 minit ~ 60 minit
Lepas 45 minit cucuk dengan lidi, jika ia keluar licin bermakna kek telah di bakar sempurna. Jika masih basah, tutup permukaan kek dengan kertas aluminuim dan bakar semula hingga ia masak sempurna
Keluarkan daripada ketuhar setelah kek masak dan letakkan atas redai
sedikit pewarna saya guna merah jambu, hijau, kuning
sedikit perisa ikut suka – saya guna perasa nenas
CARA MEMASAK:
panaskan oven pada suhu 170″ C kemudian ayam tepung gandum bersama baking powder dan ketepikan. siapkan loyang dan lenserkan butter diatasnya. lepas tu alaskan dengan baking papper.
pukul gula bersama telur dan ovalatte hingga kembang, masukkan esen vanilla dan susu pekat. pukul lagi sekejap. masukkan perisa mengikut yang anda suka dan minyak jagung. dan gaul adunan hingga rata.
masukkan tepung gandum yang sudah diayak dan gaul lagi hingga rata. bahagikan adunan kepada 3 warna. tuangkan adunan kedalam loyang dan corak warna mengikut kreativiti masing-masing.
akhir sekali, bakar adunan ke kedalam oven selama 50 minit atau hingga masak. bila sudah maska angkat dan sejukkan. potong-potong dan hidangkan.
biasanya saya makan kek minyak ini ketika masih panas-panas kerana sudah tidak sabar menunggu ianya sejuk. tapi memang lebih sedap bila ianya dimakan sejuk-sejuk dengan disimpan terlebih dahulu dalam peti ais selama beberapa jam.
Saya suka masak sup di rumah. Biasanya saya akan hidangkan bersama sambal kicap dan sedikit taburan bawang goreng. Masalahnya, saya kurang gemarkan bawang goreng yang dibeli kerana kadang-kadang terbeli yang sudah agak lama. Rasanya kurang sedap dan berbau hapak. Macam mana nak buat bawang goreng yang sedap sendiri?
Persoalan ni pastinya pernah terlintas di fikiran anda kan? Bila buat sup, selain daun sup yang membangkitkan aroma, ramai yang suka menikmatinya bersama bawang goreng. Biasanya kita hanya akan menggunakan bawang goreng segera yang boleh dibeli di kedai.
Ada juga yang lebih suka membuat bawang goreng sendiri. Macam mana cara yang sebenar untuk membuat bawang goreng yang rangup dan rasanya enak ?Ada yang cuba buat bawang goreng homemade tapi akhirnya menjadi hangit kerana dibiarkan terlalu lama dalam kuali dengan harapan untuk menjadikannya rangup.
foto: pinchofblacksalt.com
Tak mengapa…Ada cara lain yang boleh anda cuba. Ini panduan membuat bawang goreng yang anda perlu tahu.
PANDUAN MASAK BAWANG GORENG YANG SEMPURNA
Cara paling mudah untuk membuat bawang goreng adalah:
1. Kupas bawang. Kemudian direndam di dalam air garam selama 10 minit.
foto: http://itsallaboutpurple-debbie.blogspot.my
2. Bilas bersih sebelum dihiris nipis.
foto: industryeats.com
3. Masukkan tepung gandum ke dalam hirisan bawang dan gaul rata.
4. Goreng bawang atas api sederhana sehingga garing.
foto: meetmehereandthere.wordpress.com
5. Kemudian simpan dalam bekas kedap udara supaya tahan lebih lama dan lebih wangi dan rangup.
INFO CHEF: Untuk hasil bawang goreng yang terbaik, pilih bawang merah yang berkualiti dan tidak layu. Selain itu, sebaik-baik bawang merah yang sesuai digoreng adalah yang bersaiz sederhana.
Kuali Tak Lekat (Non Stick) merupakan antara peralatan memasak kesayangan mak-mak. Selain memudahkan kerja memasak didapur, kuali sebegini boleh tahan mahal harganya, nak-nak kalau jenis yang berjenama dan di import daripada luar negara. Namun satu perkara yang mak-mak perlu tahu, walau macam mana sayang sekalipun dengan kuali non stick tersebut, awas! elak daripada menggunakannya sekiranya lapisannya telah bercalar, kerana ia boleh membahayakan kesihatan.
Penggunaan Kuali Non Stick yang telah calar adalah tidak bagus.
Saya adalah antara penggemar kuali tahan lekat atau kuali non stick yang memudahkan untuk kerja-kerja memasak di dapur. Andai nak goreng telur tak melekat, andai nak sauté bahan-bahan pun mudah.
Namun satu perkara yang perlu kita ambil berat sekiranya kita menggunakan kuali non stick ini, adalah untuk elakkan daripada ianya tercalar.
Ya CALAR yang merbahaya.
Kredit gambar: athirahassin
Calar pada permukaan kuali non stick ini akan menyebabkan lapisan yang digunakan untuk menjadikan permukaan kuali itu tidak melekat akan terdedah ke dalam masakan yang kita ingin masak.
Bermakna, ada bahan-bahan yang tidak sesuai untuk kita makan, akan bercampur dengan masakan yang kita masak, tanpa kita sedar.
Adalah penting untuk kita gunakan peralatan yang sesuai seperti sudip kayu atau sudip yang tidak mencalarkan permukaan kuali ini.
Andai telah tercalar? apa perlu kita buat adalah untuk melupuskan sahaja kuali tersebut walaupun mungkin ianya kuali kesayangan kita.
Atau bolehlah buat hiasan di dinding-dinding bukannya untuk digunakan sebagai peralatan memasak.
Jika sebelum ni kita belum tahu, mungkin kita akan terus gunakan, selepas ini, silalah tukar kepada kuali baru.
Kesihatan kita lebih berharga. Rugi kiranya kita sediakan bahan-bahan berkualiti tinggi untuk memasak, tetapi kesudahannya menggunakan kuali yang berbahaya.
Sekadar berkongsi untuk manfaat bersama.
6 Tip Guna Kuali Non Stick
Untuk elakkan kuali non stick daripada calar balar mahupun rosak permukaannya dan tahan lebih lama, sebenarnya mak-mak boleh ikut 6 tip ini.
1. Jangan Biar Kuali Terbiar Panas
Sebaik meletakkan kuali diatas dapur, tuang minyak dengan segera dan jangan biarkan kuali panas sehingga berasap. Ini kerana jika kuali non stick dibiarkan panas begitu, ia akan menghasilkan toksik yang boleh membahayakan kesihatan.
Menurut Professor Robert L. Wolke, dari University of Pittsburgh kuali non-stick selamat digunakan selagi ia tidak dibiarkan terlalu panas.
2. Masak Guna Api Sederhana
Gunakan api perlahan atau api sederhana jika menggunakan kuali jenis ini. Elakkan menggunakan api besar dan masak dalam jangka masa yang lama. Pastikan suhu kuali anggaran dibawah 500C bagi mengelakkan lapisan non stick yang menyadur kuali rosak.
3. Jangan Keringkan Air Dalam Kuali
Jangan biarkan air dalam kuali tersejat ketika panaskan kuali. Sebaiknya selepas kuali dicuci, lap menggunakan kain lembut bagi mengeringkan air didalam kuali tersebut.
4. Elak Guna Peralatan Logam
Perlu tahu satu ‘kepantangan’ bagi kuali jenis non stick ini menggunakan senduk, sudip atau sudu sekalipun yang diperbuat daripada logam. Ini kerana bila bergesel, ia akan menghakis permukaan kuali dan mengakibatkan kuali bercalar. Sebaiknya gunalah alatan memasak yang diperbuat daripada kayu atau plastik tahan panas.
5. Cuci Guna Span Lembut
Salah satu kelebihan kuali non stick ialah ia cukup mudah dicuci tak perlu disental dengan kasar. Memadai menggosok perlahan permukaan kuali dengan span lembut, kotoran cukup mudah ditanggalkan. Jangan sesekali menggunakan berus dawai besi pulak iya!Rosak kuali nanti.
6. Elak Susun Secara Berlapis
Sewaktu mahu menyimpan kuali jenis ini, elakkan daripada menyusun kuali non stick ini secara bertindan-tindan atau berlapis-lapis. Sebaiknya gantung atau biarkan tanpa ada benda lain yang disusun diatasnya.Jika mahu susun berlapis juga, pastikan alas dahulu permukaan kuali dengan tuala lembut atau apa-apa sahaja lapi agar permukaan non sticknya tidak tercalar.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!