12K Share Di FB. Ini Cara Buat Whipping Cream Homemade.

Share

Bagi yang biasa buat kek terutamanya Kek Keju Leleh, pasti kenal dan biasa menggunakan Whipping Cream ni. Harganya pun boleh tahan mahal. Menerusi perkongsian FB Soleh Fattah, beliau kongsikan cara-cara menghasilkan Whipping Cream secara homemade. Ia bertujuan membantu para bakers yang punya masa yang agak terhad untuk keluar mencari barang dan juga menjimatkan kos. Jom cuba.

 

RESIPI WHIPPING CREAM HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 1 sudu makan ovalette
  • 5 sudu makan susu pekat manis
  • 4 sudu makan susu tepung ( susu powder)
  • 3 sudu makan gula – boleh kurangkan kalau tak suka manis
  • 1 bekas ais – pastikan ais dalam ketulan kecil supaya senang nak pukul

CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan dalam bekas besar. Gaul hingga sebati.

2. Pukul campuran menggunakan mixer selama 1 minit menggunakan kelajuan paling rendah. Ia bagi mengelakkan ais terkeluar dari bekas.
3. Masuk minit kedua, tingkatkan kepada kelajuan sederhana. Pukul selama 3 minit sehingga tak nampak ais. Masa ni tekstur adunan sudah berkrim dan kembang.


4. Bila ais dah tak ada (boleh dengar bunyi ais masa sedang adun), boleh tingkatkan kelajuan pengadun kepada maksimum. Pukul selama 2 minit sahaja. Jangan overbeat
.

5. Siap dan bolehlah digunakan. Masa penyediaannya hanyalah 5-6 minit sahaja.

Kredit resipi & foto: Soleh Fattah

 

Tengah cari MIXER baru? Pilih je DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga lebih murah.

 

Nak lebih banyak resipi KEK HOMEMADE? Boleh cuba resipi di bawah ni:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN