Kali ini, Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung episod 15 membawakan Raja Azura berjalan ke tempat penyanyi Dato’ Hattan di Seri Menanti, Negeri Sembilan.
Tapi Hattan bukanlah keseorangan kerana ditemani adik tersayangnya, Lin. Lemah lembut je perwatakan adik Hattan ni.
Amboi, bukan meriah lagi Raja Azura berborak dengan Hattan. Macam-macam cerita yang keluar. Cerita dari zaman kecil Hattan hinggalah ke kisah terkini.
Paling menarik, Hattan bercerita tentang kisah lucu ketika balik raya dengan bas. Mengekek gelaknya.
Namun suasana bertukar menjadi sedikit sayu apabila Hattan memberitahu suasana hari raya tahun ini tidak lagi sama kerana ibu dan abangnya telah meninggal dunia.
Berkongsi resipi yang menjadi kegemaran Hattan, iaitu Ketam Masak Lemak Cili Api, memang berbiso bonar menu ini.
Rasa terliur meluap-luap bila tengok kuah ketam masak lemak cili api ni. Tengok cara masak yang ditunjukkan pun mudah sangat.
Ads
Kalau lauk utama dah ada, kenalah ada hidangan pencuci mulut. Kali ini, Hattan dan Lin berkongsi cara nak buat kuih puteri mandi atau Hattan menyebutnya kuih pusat. Aduh, nakal sungguh Hattan ni ye.
KETAM MASAK LEMAK CILI API
BAHAN-BAHAN:
4-5 ekor ketam segar 1 mangkuk besar santan 1 cawan air 1 batang serai | diketuk Garam kasar secukup rasa 3-4 helai daun limau 1 sudu kecil Aji-no-moto®
BAHAN-BAHAN (A): DIKISAR/TUMBUK
2 inci kunyit hidup 5-6 biji cili api 2 biji cili merah
CARA MENYEDIAKAN:
1. Bersihkan ketam dan leraikan bahagian kaki yang bersepit. Ketuk kulit ketam dengan lesung batu sehingga kulit sedikit pecah supaya senang dimakan kemudian. 2. Masukkan ketam bersama bahan kisar atau tumbuk dan serai ke dalam kuali. Gaul-gaul bagi sebati.
3. Apabila dah sebati, barulah dimasukkan santan. Gaul lagi bagi sebati rasanya.
4. Kemudian, apabila kuah sudah mendidih, masukkan daun limau purut yang dikoyak-koyakkan. Kacau-kacau lagi supaya santan tidak berketul.
5. Perasakan dengan Aji-no-moto® dan juga sedikit garam. Gaul sebati. Renehkan sehingga ketam masak.
PUTERI MANDI
BAHAN KUAH:
Ads
1 cawan nisse @ gula melaka (2 keping saiz kecil) – atau dipanggil gula anau di Negeri Sembilan ½ cawan air 2 helai daun pandan (disimpul)
BAHAN DOH:
2 cawan tepung pulut 1 sudu kecil garam 1 cawan air daun pandan (kisar: 4 helai daun pandan + air, ditapis) 2-3 titik pewarna hijau
CARA MENYEDIAKAN:
1. Gaul tepung pulut, tepung gandum dan garam di dalam bekas. Tambahkan air daun pandan sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga tepung tak melekat di tangan dan bekas. Tambahkan pewarna hijau dan uli menjadi doh.
2. Kemudian, ambil sedikit doh tadi dan gentel bulat-bulat sebesar ibu jari dan tekan sedikit di tengah-tengahnya. Ketepikan.
3. Sementara itu, untuk buat kuah, masukkan santan dan nissey @ gula melaka @ gula anau ke dalam kuali atau periuk. 4. Masak sehingga nissey @ gula melaka hancur. Akhir sekali, masukkan daun pandan. Gaul hingga sebati.
3. Akhir sekali, masukkan doh yang sudah siap digentel tadi ke dalam adunan kuah gula melaka. Gaul perlahan-lahan bagi sebati. Tutup api. Siap.
Ads
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN BALIK KAMPUNG SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 22 orang selebriti dan juga 7 orang pengacara terkenal tanah air, mereka akan berkongsi pelbagai resipi yang menjadi nostalgia indah bila pulang ke kampung.
Pastikan sangat mengujakan. Maklumlah jarang dapat tonton artis memasak di dapur. Biasa lihat aksi mereka menyanyi dan berlakon sahaja. Malah boleh cuba resipi yang artis kesayangan anda kongsikan juga.
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 1 April 2022 pada jam 7 malam di Astro Prima.
Moga resipi-resipi ini boleh membantu memberi idea buat anda di sepanjang bulan Ramadan ini.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung kali ini giliran Achey dan Cat Farish pula yang akan masak bersama.
Bukan main lagi tau gelagat Achey dan Cat Farish dalam episod kali ini. Siap masuk sungai lagi nak tangkap ikan patin tau! Tapi apa yang kelakarnya, ikan patin yang ditangkap dah siap disiang rupanya. Ajaib kan!
Tapi mereka berdua ni nak masak apa ye dengan ikan patin? Haa, Cat Farish kongsikan resipi Tempoyak Ikan Patin! Memang sedap bila tengok hidangan ni. Habis tertelan air liur tau.
Untuk hidangan pencuci mulut pula, Cat Farish kongsikan cara nak buat Puding Karamel. Senang sangat sebabnya hanya perlu sejukkan di dalam peti sejuk je.
Tapi Cat Farish tak keseorangan memasak dengan Achey, sebaliknya turut ditemani adiknya iaitu Dina.
Jom kita tengok resipi dan cara-cara memasak dalam episod kali ini. Jangan lupa cuba tau resipi yang sedap dan mudah ini.
TEMPOYAK IKAN PATIN
BAHAN-BAHAN:
1 kg ikan patin | dipotong 2 keping asam keping Air secukupnya Tepung gandum secukupnya 1 sudu kecil AJI-NO-MOTO® ½ sudu besar garam 2 sudu besar gula (bergantung pada tahap masam tempoyak)
BAHAN-BAHAN (A): DIKISAR
10 biji cili padi 2 inci kunyit hidup @ 2 sudu besar serbuk kunyit
BAHAN-BAHAN (B):
1 cawan tempoyak 2 batang serai | diketuk ½ helai daun kunyit 1 batang timun tua | dipotong memanjang anggaran 4 inci
CARA MENYEDIAKAN:
1. Bersihkan ikan patin dan rendam bersama asam keping selama 15 minit. 2. Bilas dan tabur dengan tepung gandum dan biarkan seketika sebelum dibasuh bersih. 3. Satukan bahan-bahan kisar (A) dan bahan-bahan (B). Gaul rata. 4. Tuang 1 liter air sedikit demi sedikit mengikut kepekatan cita rasa. 5. Setelah mendidih, masukkan ikan patin dan perlahankan api. 6. Reneh sehingga keluar minyak ikan dan perasakan dengan AJI-NO-MOTO®, garam dan gula secukup rasa. 7. Sedia untuk dihidangkan.
PUDING KARAMEL
BAHAN-BAHAN: GULA KARAMEL
1/4 cawan gula 1 cawan air
BAHAN-BAHAN: PUDING
5 biji telur saiz B 1 tin susu cair 150 ml air ¼ cawan gula 1 sudu kecil esen vanilla
CARA MENYEDIAKAN: GULA KARAMEL
1. Panaskan gula dan air di dalam periuk di atas api perlahan sehingga warna bertukar keperangan, kemudian baru kacau sekata. 2. Tuang dalam loyang berukuran 6 inci dan ketepikan.
CARA MENYEDIAKAN: PUDING
1. Satukan kesemua bahan di dalam periuk dan panaskan. Gaul sebati menggunakan whisk sehingga gula cair dan jangan terlebih pukul sehingga adunan berbuih. 2. Tapiskan adunan ke dalam loyang gula karamel. Tuang dengan berhati-hati supaya lapisan bawah karamel tidak terjejas. 3. Tutup loyang dengan aluminium foil supaya air tidak bertakung sewaktu dikukus. 4. Kukus selama 30-35 minit minit, atau sehingga puding menjadi pejal. Boleh juga menggunakan kaedah waterbath dan bakar di dalam ketuhar pada suhu 170°C, selama anggaran 40-45 minit.
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN BALIK KAMPUNG SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 22 orang selebriti dan juga 7 orang pengacara terkenal tanah air, mereka akan berkongsi pelbagai resipi yang menjadi nostalgia indah bila pulang ke kampung.
Pastikan sangat mengujakan. Maklumlah jarang dapat tonton artis memasak di dapur. Biasa lihat aksi mereka menyanyi dan berlakon sahaja. Malah boleh cuba resipi yang artis kesayangan anda kongsikan juga.
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 1 April 2022 pada jam 7 malam di Astro Prima.
Pejam celik pejam celik dah ramadan yang ke 27 kita harini. Episod Rasa Nostalgia Ramadan pun dah episod ke 21. Dah nak raya ni mestilah terfikir nak masak rendang style apa ye tak? Macam Mama Lan Solo ni pilihan hatinya Rendang Tok. Kalau korang nak ikut resipi Mama Lan Solo ni pun boleh sangat untuk juadah Raya nanti. Ramuan paling penting mestilah kena ada AJINOMOTO barulah lengkap rasa masakan kita. Macam episod sebelum ni, wajib ada pencuci mulut, kalini resipi yang dikongsikan adalah Bubur Pulut Hitam.
RENDANG TOK
BAHAN-BAHAN:
1 kg Santan segar pekat
3 sudu besar Kerisik
1 keping Gula melaka, 90 gm
1 sudu kecil AJI-NO-MOTO
1 sudu kecil Gula
2 sudu kecil Garam
1 ½ helai Daun kunyit, dihiris
1 keping Asam keping
BAHAN A:
1 kg Daging, dipotong kiub saiz sederhana
4-5 sudu besar Cili kering kisar – ikut pedas disukai
3 kuntum Bunga lawang
1 batang Kulit kayu manis
3 biji Buah pelaga
5 biji Bawang merah, dihiris
3 ulas Bawang putih, dihiris
BAHAN KISAR:
5 biji Bawang merah
3 ulas Bawang putih
1 inci Halia
1 inci Lengkuas
5 batang Serai
BAHAN-BAHAN SANGAI:
1 sudu besar Jintan kasar/jintan manis
1 sudu besar Jintan halus/jintan putih
1 sudu besar Biji ketumbar
CARA PENYEDIAAN:
Satukan bahan A, B dan C ke dalam periuk dan perap selama 4 jam.
Masak atas api perlahan sehingga air kering. Kemudian, masukkan santan. Kacau atas api perlahan selama 3-4 jam
Masukkan kerisik, gula melaka dan perasakan dengan AJI-NO-MOTO, gula dan garam secukup rasa.
Kacau sehingga daging mula empuk dan berwarna agak hitam dan kering tetapi tidak hangit.
Akhir sekali masukkan daun kunyit dan asam keping. Gaul sebati dan masak seketika.
Rebus pulut hitam dengan air dan daun pandan sehingga lembut.
Pulut hitam akan pecah kembang apabila lembut.
Biarkan pulut masak dan kuah menjadi pekat.
Masukkan santan cair, garam, gula putih dan gula melaka.
Masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan pula 1 cawan santan pekat.
Pada waktu ini anda boleh sesuaikan rasa manis dan masin ikut selera sendiri.
CARA KUAH SANTAN:
Masak baki 1 cawan santan tadi di atas api yang kecil sehingga mendidih.
Perlu selalu kacau supaya santan tidak berketul.
Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan dalam santan.
Kemudian masukkan AJI-NO-MOTO dan garam secukup rasa.
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN BALIK KAMPUNG SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 22 orang selebriti dan juga 7 orang pengacara terkenal tanah air, mereka akan berkongsi pelbagai resipi yang menjadi nostalgia indah bila pulang ke kampung. Pastikan sangat mengujakan. Maklumlah jarang dapat tonton artis memasak di dapur. Biasa lihat aksi mereka menyanyi dan berlakon sahaja. Malah boleh cuba resipi yang artis kesayangan anda kongsikan juga.
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 1 April 2022 pada jam 7 malam di Astro Prima.
Wah-wah, episod kali ini Rasa Nostalgia Ramadan membawa anda menikmati pemandangan sawah di utara! Lagi meriah, pengacara Amy Mastura bukan main lagi menyanyi di tengah-tengah bendang kan.
Amy Mastura tidak keseorangan kerana dia ditemani penyanyi, Ezad Lazim dan juga anak saudaranya, Sabrina.
Bukan main kecoh mereka saling mengusik antara satu sama lain, sebelum memasak.
Resipi yang Ezad kongsikan kali ini ialah Bihun Sup Sambal Merah dan juga kuih Onde-Onde Gula Melaka.
Memang seronok dan asyik memasak dengan angin sepoi-sepoi bahasa di ladang sawah padi kan.
Meskipun Ezad banyak bercakap sambil mengusik Amy dan Sabrina, namun tangannya tetap laju menolong di dapur.
Resipi ini sangat mudah dan cepat untuk disiapkan. Jangan lupa mencuba resipi ini tau.
1. BIHUN SUP SAMBAL MERAH
BAHAN-BAHAN:
1 peket bihun 1 sudu kecil serbuk kunyit 1 kg ayam 2 sudu besar TUMIX Perencah Pati Ayam 1 batang kayu manis 5 biji bawang merah kecil | ditumbuk 5 ulas bawang putih | ditumbuk 1 inci halia | ditumbuk 1 biji bunga lawang 3 biji buah pelaga Air secukupnya 2 sudu besar rempah sup 3 tangkai daun sup | dihiris 2 tangkai daun bawang | dihiris 2 batang serai | diketuk Bawang goreng secukupnya (sebagai hiasan) Lobak masin secukupnya (sebagai hiasan)
BAHAN B: SAMBAL MERAH (CABAI MERAH)
5 biji bawang merah kecil 5 ulas bawang putih ½ peket cili boh 2 sudu besar serbuk cili 3 asam keping ½ sudu besar gula merah ½ sudu kecil AJI-NO-MOTO Garam 1 cawan air
CARA MENYEDIAKAN: KUAH/SUP
1. Mula sekali, rendam 1 peket bihun dengan serbuk kunyit. Jika sudah bertukar warna, celur sehingga lembut, tapis dan ketepikan. 2. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia. 3. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumbuk sehingga naik bau bersama rempah sekawan (kayu manis, bunga lawang dan bunga pelaga). 4. Kemudian masukkan air (agak-agak sahaja). Kacau sampai sebati. 5. Kalau sudah sebati, masukkan 1 kg ayam. Masak sehingga ayam masak dan lembut. 6. Kemudian perasakan dengan TUMIX Perencah Pati Ayam. 7. Sedia untuk dihidang.
CARA MENYEDIAKAN: SAMBAL MERAH / CABAI MERAH
1. Kisar bawang merah kecil dan bawang putih dan tumis sehingga naik bau. 2. Masukkan serbuk cili dan cili boh, kacau dan masukkan air. 3. Tumis cabai sehingga mendidih dan masukkan asam keping. 4. Tumis sehingga pecah minyak dan masukkan gula merah. Gaul sehingga gula merah cair. 5. Perasakan dengan AJI-NO-MOTO dan garam. 6. Kacau sehingga sebati dan tutup api. Siap.
2. ONDE-ONDE GULA MELAKA
BAHAN-BAHAN:
6 helai daun pandan | dihiris 1 cawan air 1 cawan tepung pulut 2 sudu besar tepung beras ¼ sudu kecil pewarna hijau Gula nisan/ gula melaka secukupnya | dipotong kiub ½ biji kelapa parut segar ¼ sudu kecil AJI-NO-MOTO Secubit garam
CARA MENYEDIAKAN:
1. Kisar daun pandan bersama air, tapis dan ambil airnya. 2. Gaul tepung pulut dan tepung beras bersama air pandan. 3. Masukkan AJI-NO-MOTO dan pewarna hijau (optional) dan gaul rata. 4. Uli sehingga menjadi doh dan ketepikan. 5. Sementara itu, gaulkan kelapa parut dengan garam secukup rasa untuk membangkitkan rasa berlemak kelapa parut (boleh kukus dulu kelapa parut untuk tahan lebih lama). 6. Kemudian ambil secubit doh, uli bulat dan leperkan. 7. Letak gula ditengah, tutup rapat dan bulatkan sekata. 8.Panaskan air, air perlulah dalam jumlah yang banyak supaya tak padat sangat dan ada ruang untuk buah melaka timbul bila masak nanti. 9. Api sederhana, tak perlu kuat sangat takut inti gula keras lagi dah terapung kat atas. 10. Bila dah terapung, bolehla angkat dan gaul dengan kelapa parut ketika masih lagi panas.
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN BALIK KAMPUNG SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 22 orang selebriti dan juga 7 orang pengacara terkenal tanah air, mereka akan berkongsi pelbagai resipi yang menjadi nostalgia indah bila pulang ke kampung.
Pastikan sangat mengujakan. Maklumlah jarang dapat tonton artis memasak di dapur. Biasa lihat aksi mereka menyanyi dan berlakon sahaja. Malah boleh cuba resipi yang artis kesayangan anda kongsikan juga.
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 1 April 2022 pada jam 7 malam di Astro Prima.
Pertandingan Teh Tarik King & Queen tajaan OKI Malaysia yang berjaya mengumpulkan ramai pengunjung hadir menyaksikan aksi menarik penuh gaya oleh para peserta.