Belajar memasak pasti melecehkan jika kamu tidak tahu tips dan triknya. Nah untuk membantu kamu yang sedang berjinak-jinak nak belajar memasak supaya semakin disayang dengan calon mertua, berikut RASA berikan beberapa tips dan trik mudah saat berperang di dapur.
1. Cara memarut keju dengan elok.
Sumber Gambar: southernfoodways.org
Simpan terlebih dahulu keju ke dalam peti sejuk, kemudian barulah kamu memarut sehingga menghasilkan parutan yang lebih rapi.
2. Mengupas kentang agar lebih mudah.
Sumber Gambar: storyfox.de
Potong nipis melingkar di kulit kentang, kemudian rebus kentang tersebut selama lima minit. Selesai direbus, terus masukkan ke dalam mangkuk air sejuk dan tunggu lagi selama lima minit. Dijamin kulit kentang lebih mudah dikupas dan kentang tidak akan menjadi coklat.
3. Menyimpan beras agar tidak berbau hapak dan bebas dari kutu.
Sumber Gambar: hargasumut.org
Ambil dua helai daun pandan, kemudian letakkan ke dalam tempat penyimpanan beras.
Ads
4. Memarut kelapa agar menghasilkan banyak santan.
Sumber Gambar: lejusdorange.wordpress.com
Ada lagi yang memarut sendiri kelapa untuk mendapatkan santan? Atau dapat terus dari kedai? Tetapi jika berkesempatan untuk memarut kelapa sendiri, cuba dengan memegangnya secara horizontal atau melintang. Lihat hasilnya!
5. Mengurangi rasa kuah yang masin.
Kamu boleh meletakkan satu kentang yang sudah dipotong-potong agak besar ke dalam kuah masakan yang sedang dimasak. Dijamin rasa masinnya akan berkurangan.
Ads
6. Memasak sayur peria yang pahit agar tetap sedap.
Sumber Gambar: metodesehat.com
Potong dan rendam peria dengan air selama 5-10 minit. Ambil dan perah peria beberapa kali sampai airnya keluar. Kemudian peria yang telah direndam diberi perahan limau nipis.
Cuba masak pasti tak terlalu pahit.
7. Membuat daging lebih empuk.
Sumber Gambar: guylavoipierre.com
Saat merebus daging, jangan lupa memasukkan nanas atau daun betik biar cepat empuk.
Ads
8. Menghilangkan bau hanyir ikan.
Sumber Gambar: joriskitchenrecipebook.blogspot.com
Siapa yang suka makan ikan jika masih ada bau hanyirkan?.. Apa yang perlu kamu buat ialah dengan melumurkan air perahan limau nipis pada ikan yang akan kamu masak.
9. Mengupas kulit halia.
Sumber Gambar: foodwhirl.com
Cara mudah untuk mengupas kulit halia adalah dengan menggunakan sudu dan bukannya pisau. Cuba lakukan terbukti memang mudah!
10. Mengurangi buih saat air/kuah mendidih.
Sumber Gambar: rumahku.com
Saat memasak air atau kuah dan tidak ingin buihnya melimpah, kamu boleh mencuba meletakkan senduk kayu diatas periuk.
Semoga tips di atas berguna ya!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Selalu kan bila kita goreng ikan masin, bila keluar dari kuali kepalanya tertanggal. Isinya juga mudah hancur. Sudahnya ikan masin goreng tu tak molek rupanya bila dihidang atas pinggan.
Ada teknik dan petuanya kalau nak hasil ikan goreng masin nampak sempurna. Ni min kongsikan petua turun temurun yang diamalkan oleh Norlaili Hashim dari Pekan, Pahang ini. Senang aje petuanya.
PETUA 1 :
BAHAN-BAHAN :
Ikan gelama masin Tepung gandum
Langkah petuanya ; 1. Bersihkan ikan dan buang siripnya
2. Ambil satu sudu tepung dan letakkan pada ekor ikan masin.
3. Ratakan sapuan pada ekor
4. Kemudian barulah panaskan minyak dan goreng ikan masin hingga garing.
Foto : shipton-mill.com
PETUA 2 :
BAHAN-BAHAN :
Ikan masin
Langkah petuanya : 1. Setelah dibuang siripnya basuh ikan masin pada air mengalir.
2. Usah merendam ikan masin. Cara ini akan membuatkan ikan masin jadi lembut dan apabila digoreng akan hancur.
Senang kan, jom ikut petua ini.
Sumber : Norlaili Hashim
ANDA SEDANG MENCARI AIR FRYER TERBAIK, JOM LAYARINYA DI SINI.
Tahukan anda dengan cara ini, kerja mengupas bawang putih jadi mudah dan senang.
Caranya ! Langkah pertama leraikan setiap ulas bawang putih. Caranya letakkan bawang di bawah mangkuk,kemudian tekannya supaya setiap ulas bawang putih lerai. Kemudian masukkan dalam bekas bertutup dan goncang beberapa kali, pasti kulit dan isi bawang putih akan terpisah.
Mudahkan?
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Baki kulit popia biasa kita simpan dalam bahagian sejuk beku. Tapi bila dikeluarkan untuk guna kembali ia kulit popia ini jadi keras dan kering.
Sudahnya ramai yang membuangnya walaupun belum sampai tarikh luput. Sebenarnya kulit popia yang kering dan keras ini boleh dilembutkan semula. Tak perlu buang! Caranya dikongsi oleh Bee Keng.
Cara lembutkan kulit popia yang keras & kering
1. Dalam kuali atau periuk stim/pengukus lapiskan lubang-lubang dulang pengukus dengan kain bersih yang lembap (bukan basah). Maksudnya ia perlu diperah hingga betul-betul kering tiada air menitis langsung.
2. Letakkan kulit popia tersebut dan tutupkan dengan satu lagi kain bersih yang lembap.
3. Pastikan air tidak terlalu banyak atau dekat dengan dulang pengukus, kalau tak semasa air mendidih basah pula kulit popia tersebut. Stim selama 10-15 minit.
4. Buka penutup stim dan pastikan ia betul-betul lembut, kalau tak stim sekejap lagi.
Hasilnya…Dah boleh guna!
INFO
Sewaktu alihkan kulit popia ke pinggan, angkat sekali kain atas bawah tersebut ke dalam pinggan bagi mengekalkan kelembapannya.
Namun ia tidak boleh dibiarkan terlalu lama sehingga berseharian, sebab kain lembap boleh menyebabkan kulit popia tersebut basi.
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!