Keracunan makanan boleh berlaku bila makanan yang hendak dimasak tu sudah tercemar. Pencemaran dari bakteria, virus dan parasit boleh menyebabkan kita merasa sakit perut, cirit birit, mual dan dalam kes teruk boleh pengsan atau maut.
Bukan itu sahaja tau, malah cara penyediaan makanan yang salah, tidak mencuci dengan bersih, tangan yang kotor, menggunakan pisau yang sama untuk daging dan sayur atau memakan makanan mentah dan luput tarikh juga menyumbang kepada gejala keracunan makanan.
Jadi hati-hati ya, jom semak senarai makanan yang boleh meningkatkan risiko keracunan makanan:
1. Sayur-sayuran hijau
Sayur-sayuran hijau seperti buncis, kubis, sawi, bayam dan lain-lain memanglah sajian sihat. Tapi awas sayur-sayuran jika tidak dicuci dengan bersih ia boleh menjadi punca keracunanan makanan. Potensi keracunan adalah disebabkan sayuran ini mudah tercemar dengan kotoran dari tanah.
Makan dengan tangan yang kotor atau pencemaran kesan daripada penggunaan pisau yang sama dengan daging mentah boleh menyebabkan pencemaran silang.
2. Telur mentah
Telur mentah sering terdedah dengan pencemaran oleh bakteria salmonella. Cara untuk mencegah keracunan ini adalah dengan mencuci telur sebelum dimasak serta memasak telur hingga masak atau matang. Pastikan telur anda segar dan tidak melebihi tempoh luput.
3. Daging merah
Hidangan daging yang tidak dimasak sempurna seperti daging mentah mengandungi racun dari pencemaran bakteria E.colli. Bagi mencegah keracunan sebaiknya daging dinikmati dengan cara dimasak hingga matang.
4. Ikan tuna
Ikan tuna juga boleh meningkatkan potensi keracunan bila ia sudah tercemar dengan scombrotoxin. Masalah ini boleh menyebabkan anda rasa sakit kepala, cramp dan kemerahan pada seluruh tubuh.
Racun ini keluar pada masa penyimpanan tuna yang tidak betul atau disimpan dalam suhu lebih dari 60 darjah celcius.
5. Tiram
Tiram sering menyebabkan keracunan makanan kerana pencemaran dari virus dan bakteria berbahaya dari air penyimpan tiram. Bahkan cara pengendalian tiram yang salah sebelum dan saat dimasak juga meningkatkan risiko keracunan.
Tiram mentah sering mengandugi racun vibrio vulnificus. Reaksi yang teruk adalah seperti muntah, cirit birit dan mual yang berlebihan.
6. Udang dan makanan laut
Umumnya keracunan disebabkan makanan ini bukan merupakan keracunan makanan dalam erti kata sebenarnya sebenarnya tetapi lebih sering diakibatkan oleh alergi terhadap protein. Gejala keracunannya adalah pusing, mual, muntah. Badan terasa panas dan gatal. Timbul kemerahan pada kulit dan gatal.
Alergi yang teruk terjadi boleh menyebabkan rasa berdebar berpunca disebabkan pelebaran pembuluh darah. Udang dan makanan laut juga harus dimasak segera selepas dinyahbeku kerana ia mudah busuk dan tercemar bila terdedah lama di udara yang juga menyebabkan keracunan.
7. Kentang
Kentang yang sudah lama disimpan juga besar kemungkinan boleh terdedah kepada pencemaran silang dari Listeria, E.coli , Salmonella dan Shigella. Pencemaran ini boleh terjadi jika kentang disimpan bersama dengan jenis makanan lain seperti daging mentah.
8. Keju
Keju juga sering terkena pencemaran dari jenis bakteria listeria dan salmonella. Usah biarkan keju terdedah lama di luar peti sejuk.
9. Ais krim
Ais krim sering terkena pencemaran dari Staphylococcus dan salmonella. Ais krim biasanya mengunakan telur terutama ais krim yang dibuat di rumah risiko pencemaran kumannya adalah lebih besar. Namun ais krim yang dibuat di kilang sudah melalui proses pasteur jadi ia lebih selamat.
10. Termakan makanan basi
Keracunan ringan kerana makanan basi umumnya biasanya menyebabkan sakit perut, cirit birit dan kadang-kadang disertai demam. Merasa mual dan muntah. Keracunan yang teruk boleh menyebabkan pengsan. Pertolongan yang perlu dilakukan adalah membiarkan mangsa muntah. Cara ini akan mengurangi penyerapan racun. Baringkan mangsa dalam posisi mengiring.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI