Bila sebut sahajaperia, pasti terbayang di mata anda sayur pahit yang biasa dinikmati oleh orang-orang yang ada masalah darah tinggi. Ia mudah didapati dan harganya tidak mahal. Walaupun begitu, nilai khasiat serta manfaatnya terhadap kesihatan sangatlah banyak.
Antara kebaikan Peria Katak adalah:
KHASIAT PERIA KATAK
1. Merawat darah tidak sihat seperti darah bertoksin. Caranya ialah dengan mencampurkan jus peria katak dengan sedikit jus limau.
2. Penyakit taun– Jika menghidapi taun yang diperingkat awal, ia boleh cuba dirawat dengan campuran jus daun peria katak dengan jus bawang merah dan jus limau.
Ads
3. Penyakit kencing manis– Peria katak mengandungi sebatian hypoglycemic (dikenali sebagai insulin tumbuhan) yang boleh menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing dengan berkesan.
4. Penambah tenaga – Bagi anda yang selalu rasa badan lesu-lesu, boleh cuba amalkan jus peria katak dapat menambah tenaga dan stamina. Malah ia juga boleh dicuba untuk mengurangkan masalah tidur yang tidak lena.
foto: http://www.thehealthsite.com
5. Membaiki masalah mata– Kandungan beta-karotene yang tinggi dapat membantu memperbaiki penglihatan serta menjaga mata.
6. Membersih dan memperbaiki masalah hati(hepa) yang disebabkan oleh pengambilan alkohol berlebihan dan dikatakan dapat mengatasi masalah jaundice.
Ads
7. Pengambila peria juga dikatakan boleh meningkatkan sistem imun serta daya ketahanan badan terhadap melawan jangkitan penyakit.
8. Selain itu, peria juga dikatakan dan merawat masalah buasir. Caranya ialah dengan mencampurkan jus daun peria katak dengan buttermilk dan diminum semasa perut kosong pada awal pagi.
Ads
9. Amalan meminum jus peria katak juga dikatakan dapat mengurangkan psoriasis ( Penyakit yang dikatakan berkaitan dengan masalah sistem imun yang berhubung rapat dengan sel badan di mana pertumbuhan sel kulit berlaku pada kadar abnormal yang luar biasa sehingga terkumpul dengan pantas di atas kulit) dan penyakit fungus yang lain, seperti kurap, fungus pada kaki ahli sukan dan lain-lain.
Psoriasis. foto: medicalnewstoday.com
10. Penyakit gangguan pernafasan – Campurkan jus peria katak dengan madu. Jika diminum setiap hari ia dikatakan dapat merawat penyakit seperti asthma dan penyakit paru-paru yang lain.
PERHATIAN:Wanita hamil tidak digalakkan minum jus peria katak terlalu kerap atau terlalu banyak kerana ia boleh merangsang pengecutan di uterus yang akan menyebabkan kelahiran bayi pra-matang.
Sarapan dengan pancake, dengar macam mudah dan ringkas je nak buat. Hakikatnya nak mendapatkan pancake yang lembut, gebu dan cantik seperti makan di hotel mewah tu memang susah, betul tak? Tapi korang jangan patah hati, sebenarnya ada beberapa perkara perlu korang buat supaya hasil pancake terbaik seperti diharapkan. Ini beberapa perkara perlu korang kalau nak pancake yang sedap, gebu gebas dan cantik:-
Pastikan baking powder dalam keadaan elok, segar dan belum expired. Ia penting kerana baking powder adalah agen untuk mengembangkan dan melembutkan pancake.
Asingkan Bahan Kering Dengan Bahan Basah. Tepung gandun, baking powder, serbuk garam dan gula dicampur bersama dan gaul dalam satu mangkuk. Dalam campurkan bahan basah seperti telur, mentega yang dicairkan dan susu dalam mangkuk lain dan kacau rata . Seterusnya tuangkan bahan basah dalam bekas bahan kering. Menggunakan spatula, kacau rata dan tambah sedikit air jika perlu. Jika terlalu pekat pancake akan keras dan kenyal.
Guna kuali leper dan non stick. Sapukan sedikit minyak pada permukaan kuali. Kemudian tuang dalam kuali yang telah dipanaskan. Penggunaan sendikit minyak membantu pancake mudah diterbalikkan dan warna lebih sempurna.
Gunakan penyukat untuk mendapatkan pancake yang sama saiz dan ketebalannya. Dan jika disusun dalam pinggang ia nampak cantik.
PANCAKE BLUEBERRY MAPLE SYRUP
BAHAN-BAHAN:
150gm tepung gandum
50gm cornflakes | ramas kasar
280ml susu segar
30gm gula halus
1 biji telur | pukul sedikit dengan garpu
2 sudu makan mentega | cairkan
1 sudu teh serbuk penaik
Pes/jem blueberi secukupnya
Sirap Maple secukupnya
Buah blueberi secukupnya | hiasan
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk besar, satukan tepung, cornflakes, serbuk penaik dan gula halus. Gaul rata.
Tuang susu segar, telur dan mentega cair lalu kacau rata hingga menjadi adunan yang likat dan tidak terlalu cair. Ketepikan.
Panaskan kuali non stick. Ambil sesenduk adunan dan letakkan di dalam kuali. Letakkan sesudu pes/jem blueberi dan tutup dengan sedikit lagi bancuhan pankek.
Biarkan beberapa minit hingga pankek kekuningan. Terbalikkan dan masak bahagian yang satu lagi hingga kekuningan. Ulangi langkah hingga selesai.
Hidangkan pankek bersama sirap maple dan hirisan buah blueberi segar. dan krim putar jika suka.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kalau korang penggemar telur separuh masak atau kuningnya lembut, ini tip yang sangat mudah boleh korang cuba. Mudah sangat, sesuai untuk korang yang belajar nak merebus telur.
Caranya, korang hanya perlu sediakan periuk, Masukkan air di dalamnya dengan ketinggian air 3cm periuk.
Tutup periuk dan renehkan air. Bila air mendidih, masukkan telur dan tutup semula periuk. Kemudian masak selama enam minit untuk telur setengah masak dan 11 minit jika ingin telur masak sempurna.
Angkat telur dan rendam dalam air sejuk, kemudian kupas telur dan ia sedia dimakan. Senangkan cara memasaknya? Penggemar telur separuh masak boleh cuba ni.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ikan bilis goreng yang rangup memang lagi sedap cuma biasa berlaku selepas goreng rangupnya cuma sekejap. Bila dah sejuk ikan bilis pun jadi liat dan tak sedap dimakan.
Disebabkan itu ramai yang cuba macam-macam petua sampai ada yang sanggup tak basuh bilis untuk memastika ia rangup.
Tapi cara yang dikongsi oleh Chef Rizal ini senang sangat untuk memastikan ikan bilis rangup dan kerangupannya kekal lama. Caranya hanya menggunakan tepung jagung.
Tip goreng ikan bilis jadi rangup dan kerangupan kekal lama
1. Basuh ikan bilis hingga bersih kemudian tos sehingga semua airnya turun.
2. Masukkan ikan bilis yang ditos ini dalam bekas dan letak beberapa sudu tepung jagung.
3. Gaul ikan bilis ini dengan tepung jagung hingga rata. Pada masa yang sama panaskan kuali bersama minyak yang banyak.
4. Bila minyak panas goreng ikan bilis, jangan gunakan api besar supaya tak cepat hangus.
5. Goreng sambil kacau supaya ikan bilis masak rata. Bila dah garing angkat dan tos. Hasilnya ikan bilis akan rangup dan kerangupan ini kekal lama.
Dalam pada itu kata Chef Rizal bila menggoreng dengan cara ini, ikan bilis berbau wangi sampai rumah jiran.
Nikmati Final Muzikal Lawak Superstar 2025 dengan tema “Clash of Empire”, gabungan komedi, muzik dan persembahan epik untuk tontonan keluarga. Jangan terlepas malam paling lucu musim ini!