Saban tahun, Aidilfitri menjelma bakal di sinari pelbagai jenis biskut raya. Tentunya ramai yang mula menyenaraikan jenis biskut yang bakal menghiasi meja di pagi syawal nanti. Biskut berasaskan coklat dan milo sentiasa memenuhi senarai resepi yang digemari tetamu. Khas untuk anda, rasa tampilkan pelbagai biskut bertemakan coklat dan milo untuk tetamu yang bertandang.
1. MILO CORNFLAKES CRUNCHIES
BAHAN-BAHAN:
180gm mentega
1/3 cawan gula kastor
½ cawan susu pekat
1 ½ cawan tepung naik sendiri
½ cawan serbuk milo
3 cawan bijirin milo
CARA MEMASAK:
Pukul mentega, gula kastor dan susu pekat sehingga menjadi krim.
Masukkan tepung dan serbuk milo. Gaul hingga sebati.
Sudukan ke dalam cawan kertas.
Bakar pada suhu 180C selama 15 minit.
Hiaskan biskut dengan serbuk milo dan milo crunchdi bahagian atas.
INFO CHEF: Boleh gunakan cawan kertas pelbagai warna untuk lebih menarik kerana biskut berwarna gelap.
Saiz hidangan: 80-100 biji
2. SEMPERIT MILO
BAHAN-BAHAN:
½ cawan mentega
¼ cawan susu pekat manis
2 cawan tepung jagung
1 sudu makan tepung kastard
2 sudu makan nutella
2 sudu makan serbuk milo
BAHAN HIASAN:
Coklat urai
CARA MEMASAK:
Satukan mentega dan susu pekat manis sehingga sebati.
Masukkan tepung jagung dan tepung kastard ke dalam adunan tadi.
Uli sehingga menjadi doh kepada 2 bahagian sama banyak.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Jika adunan terlalu lembik, tambahkan sedikit tepung jagung.
Ambil satu bahagian doh dan campurkan dengan nutella dan serbuk milo.
Canai adunan memanjang (dua-dua adunan buat yang sama)
Cantumkan kedua-dua adunan dan masukkan dalam acuan semperit.
Taburkan coklat urai ke atas biskut.
Bakar pada suhu 160C selama 20 minit
INFO CHEF: Selain cip coklat, boleh juga menggunakan kismis atau ceri sebagai hiasan.
Saiz hidangan: 80-100 biji
Ads
3. MILKY MILO
BAHAN A:
130gm mentega
70gm gula
¼ sudu teh esen vanilla
Secubit garam
BAHAN B:
170gm tepung gandum
20gm tepung jagung
20gm tepung beras
1/8 sudu teh serbuk penaik
20gm cornflakes
20gm serbuk badam
20gm badam | cincang
20gm milo crunch | dikisar
30gm serbuk koko
BAHAN HIASAN:
Coklat
Gula aising
CARA MEMASAK:
Satukan bahan-bahan A dalam mixer dan pukul hingga sebati.
Satukan bahan B dan kemudian masukkan ke dalam adunan bahan A.
Canai dan terapkan dengan menggunakan acuan bintang. Letakkan sebiji coklat di atas biskut.
Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 150C selama 20 minit.
Ayak gula aising di atas biskut.
INFO CHEF: Boleh bentukkan mengikut selera anda sendiri.
Saiz hidangan: 80-100 keping
4. CHOCOLATE OATS & MILO COOKIES
BAHAN A:
250gm mentega
90gm gula halus
90gm gula perang
1 sudu teh esen vanilla
½ sudu teh esen mentega
BAHAN B:
1 biji telur saiz A
1 biji kuning telur
20ml susu cair/ susu UHT
BAHAN C:
350gm tepung rose
½ sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh baking soda
100gm serbuk milo
Bahan D:
250gm coklat cip
80gm oats
30gm cornflakes
30gm badam | cincang
CARA MEMASAK:
Sebatikan bahan A.
Campurkan bahan B ke dalam adunan bahan A.
Ayak bahan C dan masukkan ke dalam adunan.
Masukkan semua bahan D ke dalam adunan. Gaul sehingga sebati.
Susun di atas dulang pembakar.
Bakar dalam ketuhar pada suhu 160C selama 15-20 minit dengan api atas bawah.
INFO CHEF: Alas dulang pembakar untuk elak biskut melekat ketika di bakar.
Saiz hidangan: 80-100 keping
5. MILO RED VELVET CHOCOLATE CHIP COOKIES
BAHAN-BAHAN:
120gm mentega
10gm minyak sapi
100gm gula halus
120gm tepung gandum
50gm tepung beras
50gm badam | cincang
1 biji kuning telur
1 sudu makan serbuk koko
½ sudu teh esen vanilla
½ sudu makan pewarna merah
30gm coklat chip putih
30gm coklat chip
3 sudu makan serbuk milo
BAHAN HIASAN:
Milo nugget | dikisar kasar
CARA MEMASAK:
Ayak tepung gandum, tepung beras, serbuk koko dan milo.
Satukan mentega, minyak sapi, gula hingga adunan menjadi kembang dan berwarna kuning pucat.
Tambah telur ke dalam adunan dan putar sehingga sebati.
Tambah esen vanilla dan pewarna merah.
Masukkan bahan ayak ke dalam adunan.
Tambah badam dan ½ cip coklat dan cip coklat putih.
Gaul adunan sehingga sekata.
Sudukan adunan ke dalam dulang. Hias permukaan doh dengan milo nugget yang dikisar kasar.
Bakar dalam ketuhar pada suhu 150C. Bakar selama 20 minit.
INFO CHEF: Boleh paipkan dengan coklat masakan cair di atasnya jika suka.
Saiz hidangan: 80-100 keping
6. BUTTERSCOTCH MILO COOKIES
BAHAN-BAHAN:
150gm mentega
80gm gula perang
80gm gula halus
2 sudu makan esen vanilla
1 biji telur saiz A
225gm tepung gandum
½ sudu makan soda bikarbonat
¼ sudu teh garam
200gm cip coklat butterscotch
3 sudu makan serbuk milo
CARA MEMASAK:
Pukul mentega dan gula sehingga sebati.
Masukkan esen vanilla dan telur dan pukul sehingga rata.
Masukkan tepung, soda bikarbonat, garam dan serbuk milo. Gaul menggunakan senduk kayu sehingga sebati.
Masukkan cip coklat butterscotch dan gaul sehingga rata.
Sudukan adunan menggunakan sudu teh dan susun di atas dulang.
Bakar selama 8-10 min pada suhu 190C.
INFO CHEF: Jika suka, letak hirisan badam diatas biskut sebagai hiasan.
Saiz hidangan: 80-100 keping
7. BISKUT MILO PELANGI
Ads
BAHAN-BAHAN:
125gm mentega
30gm gula aising
140gm tepung gandum
¼ sudu teh serbuk penaik
4 sudu makan serbuk milo
1 sudu teh esen vanilla
BAHAN HIASAN:
Gula berwarna-warni
CARA MEMASAK:
Putar mentega dengan gula aising sehingga putih.
Masukkan tepung, serbuk penaik dan serbuk milo sedikit demi sedikit hingga sebati. Masukkan vanilla esen sekali.
Rehatkan doh di dalam peti ais selama 15-30 minit.
Bentukkan adunan mengikut kesukaan masing-masing.
Taburkan gula berwarna-warni ke atas adunan.
Bakar pada suhu 160C selama 15-20 minit
INFO CHEF: Biskut boleh dibentuk mengikut cita rasa masing-masing.
Saiz hidangan: 80-100 keping
8. ALMOND HEAVEN COOKIES
BAHAN-BAHAN:
226gm mentega
2 ½ cawan tepung gandum | diayak
½ sudu teh baking soda
½ sudu teh garam
1 cawan gula halus
1 biji telur | dipukul sikit
2 sudu teh esen vanilla
BAHAN HIASAN:
Badam
CARA MEMASAK:
Masukkan mentega ke dalam bahan kering.
Masukkan telur dan esen vanilla dan gaul sehingga sebati
Sudukan adunan dan susun di atas dulang.Hiaskan sebiji badam di atas setiap adunan.
Bakar selama 12-15 minit pada suhu 170C.
INFO CHEF: Jika mahu, boleh tambah cip coklat atau guna walnut menggantikan badam.
Saiz hidangan: 80-100 keping
9. CHOCOLATE BALLS
BAHAN-BAHAN:
¾ cawan mentega | dilembutkan
¾ cawan gula perang
1 biji telur saiz A
¼ cawan susu segar
1 sudu teh esen vanilla
2 cawan tepung gandum
½ cawan serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh garam
¼ sudu teh baking soda
Ads
CARA MEMASAK:
Krimkan mentega dan gula perang sehingga kembang.
Masukkan telur, susu dan esen vanilla dan gaul sehingga sebati.
Masukkan tepung, serbuk koko, garam dan baking soda yang telah diayak terlebih dahulu.
Pukul rata.
Tutup adunan dengan plastik dan simpan di dalam peti ais semalaman.
Bentukkan bulat seperti bebola dan letak di dalam cawan kertas. Taburkan coklat urai di atasnya.
Bakar pada suhu 170C selama 7-8 minit.
INFO CHEF: Boleh tambah hiasan berwarna di atasnya untuk lebih menarik.
Saiz hidangan: 80-100 keping
10. MILO CRUNCH COOKIES
BAHAN-BAHAN:
4 cawan cornflakes
200gm coklat masakan | dicincang kasar
3 sudu besar golden syrup
50gm mentega
BAHAN HIASAN:
Buah Ceri
CARA MEMASAK:
Hancurkan cornflakes (hancur kasar)
Masukkan coklat masakan, golden syrup dan mentega ke dalam kuali.
Kacau di atas api yang perlahan sehingga adunan sebati.
Sudukan adunan ke dalam cawan kertas dan letak buah ceri sebagai hiasan.
Sejukkan ke dalam peti ais semalaman.
INFO CHEF: Agak mudah dibuat kerana tidak memerlukan ketuhar untuk membuatnya.
Saiz hidangan: 80-100 biji
Resipi: Terima kasih @shehezcookies
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Enaknya bila menjamah masakan air tangan bonda. Sementelah lagi bila sajian yang disajikan adalah masakan kampung yang sememangnya menjadi idaman anak-anak tatkala berada di perantauan. Biarpun resipi trending bertukar ganti, gulai lemak cili padi, asam rebus daging, dan opor nangka ibu tetap jadi pilihan . Untuk membangkitkan nostalgia, Bonda Jaoyah tidak kedekut berkongsi resipi air tangan beliau untuk kita semua.
1. UDANG MASAK LEMAK CILI API BERSAMA DAUN SELOM
BAHAN-BAHAN:
10 ekor udang saiz besar |bersih dan tos
1 batang serai |titik
2 ulas bawang merah |kisar
1 keping asam gelugur
2 sudu kunyit hidup | kisar
Seikat daun selom | potong
10 biji cili padi | kisar
1 mangkuk santan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan kesemua bahan kecuali udang dan daun selom.
Kemudian didihkan kuah atas api sederhana hingga mendidih.
Sentiasa kacau agar santan tidak pecah.
Masukkan garam, udang dan daun selom.
Biarkan lebih kurang lima minit. Tutup api
Hidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Jangan masak udang terlalu lama kerana ia akan menjadi sedikit keras.
2. TELUR MASIN LEMAK CILI API
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur masin
1 batang serai | titik
1 ulas bawang merah | kisar
1 keping asam gelugur
2 sudu kunyit hidup |kisar
10 biji cili padi |kisar
1 mangkuk santan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan kecuali telur.
Didikan kuah sehingga mendidih.
Kecilkan api, masukkan telur satu persatu.
Biarkan telur agak keras, perasakan dengan sedikit garam jika tidak berapa masin.
Tutup api dan hidangkan.
INFO CHEF: Jika tidak mahu telur masin boleh juga menggunakan telur itik biasa.
Musim rumah terbuka masih berlanjutan, hidangan apa yang nak di buat selain menu tradisi wajib rendang, lemang dan ketupat. Apa kata cuba buat sendiri pizza 100% homemade mesti teruja tetamu, keluarga dan saudara mara untuk merasainya. Selamat mencuba!
PIZZA HOMEMADE
Penyediaan ada 3 bahagian :
1. Doh
2. Sos
3. Topping
Ikut langkah-langkah di bawah untuk setiap bahagian.
Bahan-bahan untuk doh:
1. 3/4 cawan air
2. 1 sk yis mauripan
3. 2 cawan tepung gandum, lebih jika perlu
4. 1 1/2 sk garam
Cara-cara:
1. Campur yis dengan air, tunggu hingga yis mengembang
2. Gaul tepung dengan air bercampur yis tadi
3. Masukkan garam
4. Uli tepung 10 minit (kalau tak pakai mixer)
5. Masukkan adunan ke dalam bekas dan tutup dengan kain – biar 2 jam
6. Selepas 2 jam, dh bole start guna
7. Tips – bole buat lebih dan simpan dalam freezer, kira macam doh segera la nanti, boleh tahan 3 bulan
Bahan-bahan untuk sos:
1. 2 ulas bawang putih (chopped)
2. 1/2 biji bawang holland (chopped)
3. 1/2 tin sos prego tradisi
4. 1 sk oregano (kering)
5. 1 sk basil (kering)
6. 1 helai daun bay
7. 1 sb butter
8. Chicken stock
Cara-cara:
1. Cairkan butter
2. Tumis bawang putih dan bawang holland
3. Bila dah lembut, masukkan sos prego
4. Masukkan oregano dan basil
5. Lepas 5 minit masukkan chicken chicken stock
6. Gaul, rasa, ngam? Ok dah siap
Topping (ikut selera)
Sy peminat super supreme, jd di bawah adalah topping pilihan :
1. Cheese mozarella
2. Cendawan shitake (hiris)
3. Bawang holland (potong dadu)
4. Capsicum hijau dan merah (hiris)
5. Beef pepperoni
6. Black olive (saya tak letak sebab tak jumpa kat kedai)
Penyedian untuk 3 bahagian dah pun selesai.
Cara-cara untuk start mempizza, ikut turutan yang betul:
1. Pre heat oven 180°c
2. Sapu planta atas pan, canai doh letak atas pan, cucuk doh guna garfu
3. Sapu sos
4. Tabur cheese mozarella
5. Tabur cendawan shitake
6. Tabur bawang holland
7. Tabur capsicum hijau dan merah
8. Susun beef pepperoni
9. Tabur sikit je lagi cheese mozarella
10. Masuk oven 20 minit ke 30 minit
Bila cuaca panas gini, mulalah mengidam nak makan macam-macam. Teringin nak makan puding kastad jagung pula. Bila puding sejuk masuk tekak nyamannye terasa. Tengok bahan membuatnya , pasti semua boleh buat.
PUDING KASTAD JAGUNG
Bahan untuk puding:
1 cawan tepung kastard
1 tin jagung manis
3/4 cawan gula pasir
(boleh adjust kalau nak lebih atau kurang manis)
3 cawan air
1 kotak santan-BELI ONLINE DI SINI
1/2 sudu teh garam
Cara membuat:
1. Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk
2. Kacau sebati semua bahan.
3. Kemudian letak di atas api yang perlahan
4. Kacau terus-menerus hingga adunan pekat dan berkilat.
5. Tutup api.
Kemudian boleh ceduk kedalam bekas dan sejukkan.
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...