
Penambahan petai menaikkan lagi aroma dan rasa dalam masakan.
BAHAN-BAHAN:
- 4 keping tauhu | potong dadu dan goreng
- 15 biji telur puyuh | rebus dan kupas kulit
- 1 papan petai | ambil isi
- 1 cawan santan
- Gula dan garam secukupnya
BAHAN KISAR:
- 4 biji bawang merah
- 4 biji bawang putih
- 3 biji cili kering
- 4 biji buah keras
- 2.5cm halia
- 2.5cm lengkuas
- 2 batang serai
- 3 biji cili padi
CARA MEMASAK:
- Goreng tauhu separuh masah dan rebus telur puyuh. Ketepikan.
- Tumis bahan kisar hingga terbit wangi. Masukkan tauhu goreng, telur puyuh yang direbus dan petai. Gaul seketika dan masukkan santan. Masak hingga kuah pekat.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Sedia dinikmati.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Resipi Masakan India Asli Penuh Aroma. Memang Best!

Sebagai sebuah negara yang berbilang bangsa dan keturunan, makanan-makanan yang ada di negara kita juga pelbagai rasa. Kaum India misalnya cukup terkenal dengan masakannya yang berasaskan pelbagai jenis rempah ratus dan herba. Bahkan, kari mereka sangat sedap dan berbeza dengan kari ala Melayu. Kali ini, RASA kongsikan lima jenis resipi makanan India untuk anda cuba untuk kelainan. Yang pasti, rasanya dijamin lazat!
1. KARI MARUNGAI UDANG
BAHAN- BAHAN:
- 500gm udang saiz medium |dibersihkan
- 1 batang Marungai |dipotong
- ½ sudu teh serbuk cili
- 1 ½ sudu makan serbuk kari ikan
- ½ sudu teh serbuk kunyit
- 1sudu teh halia kisar
- 1sudu teh bawang putih kisar
- ¼ sudu teh biji sawi
- ¼ sudu teh jintan manis
- 1 biji bawang besar | dihiris
- 1 tangkai daun kari
- ½ cawan santan pekat
- 1batang cili hijau |potong memanjang
- 1sudu teh jus limau
- 3 sudu makan minyak masak
- Garam Secukupnya
CARA MEMASAK:
- Perap udang bersama serbuk cili, serbuk kunyit, serbuk kari ikan, halia kisar dan bawang putih kisar selama lima minit. Ketepikan.
- Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan biji sawi dan jintan manis. Selepas satu minit, masukkan bawang besar hiris dan daun kari. Kacau rata sehingga bawang bertukar warna.
- Masukkan kacang marungai dan kacau selama lima minit. Kemudian masukkan udang yang diperap tadi. Kacau rata.
- Selepas lima minit, masukkan santan pekat, cili hijau, dan jus limau.
- Didihkan kari dan kacau selama lima minit. Tambah garam secukup rasa. Tutup api.
- Sedia dihidangkan bersama roti atau nasi putih.
2. PARPU TELUR
BAHAN-BAHAN:
- 100gm kacang thoor dal | rendam dalam air panas selama 10 minit
- 4 biji telur
- 1 biji kentang |dipotong
- 1 sudu makan serbuk kunyit
- 1 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar | hiris
- 1 tangkai daun kari
- ½ sudu teh biji sawi
- ½ sudu teh jintan putih
- 1 tangkai cili kering
- 100gm santan pekat
- 1 biji tomato |dipotong dadu
- 3sudu makan minyak masak
- Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
- Kacang thoor dal direbus bersama serbuk kunyit, bawang putih dan secubit garam sehingga empuk.
- Masukkan pula kentang yang dipotong dan masak sehingga kentang masak.
- Masukkan santan dan kacau selama 5minit. Kemudian masukkan telur satu persatu. Biar telur masak.
- Selepas telur masak, masukkan santan dan kacau perlahan. Selepas kuah mendidih, tutup api. Ketepikan.
- Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan biji sawi dan jintan putih. Selepas satu minit, masukkan bawang besar yang dihiris, cili kering dan daun kari. Kacau rata sehingga bawang merah bertukar warna.
- Masukkan tomato dan kacau selama 5minit. Tutup api.
- Tuang ke dalam campuran dal dan telur, kacau perlahan. Tambah garam secukup rasa.
- Sedia dihidangkan.
3. PESAMAH KAMBING
BAHAN- BAHAN:
- 500gm daging kambing | potong saiz kecil
- 1sudu makan tairu/yogurt
- 1sudu teh halia kisar
- 1sudu teh bawang putih kisar
- ½ sudu teh lada hitam kisar
- 2 kuntum bunga lawang
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga cengkih
- 1 labu bawang besar | dihiris
- 3 sudu makan serbuk kari daging
- 5 cawan air rebusan daging kambing
- 1 cawan santan pekat
- 100gm kerisik
- 5sudu makan minyak masak
- Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Perap daging kambing bersama tairu/yogurt, halia kisar, bawang putih kisar dan lada hitam kisar selama 2 jam. Ketepikan.
2. Rebus daging kambing yang telah diperap sehingga daging kambing empuk. Asingkan daging dan air rebusannya. Ketepikan.
3. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis dan bunga cengkih. Selepas satu minit, masukkan bawang besar yang telah dihiris. Tumis sehingga bawang bertukar warna.
4. Masukkan serbuk kari daging dan dua cawan air rebusan. Kacau rata. Masak sehingga pecah minyak.
5. Masukkan daging kambing dan kacau rata.
6. Masukkan santan, kerisik dan tiga cawan air rebusan. Kacau rata. Perlahankan api biar mereneh selama 5 minit.
7. Kacau sehingga kuah menjadi pekat. Perasakan garam secukup rasa. Tutup api.
8. Sedia dihidangkan bersama nasi beriani atau nasi putih.
Info chef: Daging kambing boleh dipotong kasar tetapi memerlukan masa memasak yang lebih lama.
4. SOTONG MASALA
BAHAN-BAHAN:
- 500gm sotong putih |bersihkan dan direbus sehingga ¾ masak
- 2 kuntum bunga lawang
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga cengkih
- 2 biji buah pelaga
- 1 labu bawang besar |dihiris
- 2 biji cili merah |dipotong memanjang
- 2 sudu teh halia kisar
- 1sudu teh bawang putih kisar
- 1 tangkai daun kari
- 1 labu bawang merah (dikisar)
- 2 1/2 sudu makan serbuk kari daging
- 1 sudu teh serbuk jintan putih
- 1sudu teh serbuk jintan manis
- 1sudu teh serbuk cili
- 50gm santan pekat
- 1 cawan air rebusan sotong
- 3 sudu makan minyak masak
- ½ sudu teh gula
- Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Selepas satu minit, masukkan bawang besar dan cili merah. Tumis sehingga bawang bertukar warna.
- Masukkan bawang putih kisar, halia kisar dan daun kari. Apabila bau harum, masukkan bawang kisar. Kacau sekata.
- Bila mendidih, masukkan serbuk kari daging, serbuk jintan putih, serbuk jintan manis dan serbuk cili.
- Tuang air rebusan sotong dan kacau rata. Masak sehingga kuah menjadi pekat sedikit.
- Masukkan santan dan tunggu sehingga mendidih.
- Masukkan sotong dan kacau rata selama empat minit.
- Masukkan gula dan garam secukup rasa. Tutup api. Sedia dihidangkan.
Info chef: Sotong boleh juga dipotong kecil, mengikut kesukaan masing-masing.
5. AYAM MADU MAMAK
BAHAN- BAHAN PERAPAN AYAM:
- 1kg ayam |dipotong dan dibersihkan
- 1sudu teh serbuk kunyit
- ½ sudu teh garam
- 1 cawan minyak masak (untuk goreng ayam)
BAHAN LAIN:
- 3 sudu makan minyak masak
- 2 kuntum bunga lawang
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga cengkih
- 2 biji buah pelaga
- 1 labu bawang besar |dihiris
- 1 tangkai daun kari
- 1sudu teh bawang merah kisar
- 2 sudu teh halia kisar
- 1sudu teh bawang putih kisar
- 1 labu bawang besar |dikisar
- ½ sudu makan serbuk kulit kayu manis
- ½ sudu makan serbuk jintan putih
- 1 sudu makan serbuk cili
- 200gm buah kurma |dibuang biji
- ½ cawan air
- 3 sudu makan madu
BAHAN UNTUK MENGGORENG GAJUS DAN KISMIS:
- 50gm kacang gajus
- 10gm buah kismis
- 1 sudu teh minyak sapi
CARA MEMASAK:
- Perap ayam bersama serbuk kunyit dan garam selama 30 minit.
- Kemudian goreng ayam sehingga 1/2 masak. Ketepikan.
- Setelah itu, panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Selepas satu minit, masukkan bawang merah dan daun kari. Tumis sehingga bawang bertukar warna.
- Masukkan bawang putih kisar, halia kisar dan bawang kisar. Kacau rata selama dua minit.
- Masukkan serbuk jintan putih, serbuk kulit kayu manis dan serbuk cili. Kacau rata.
- Kisar buah kurma bersama ½ cawan air. Tuang bahan kisar tersebut ke dalam kuali dan gaul rata. Masak seketika. Sekiranya kuah pekat, tambah air secukupnya.
- Masukkan ayam dan perasakan dengan garam secukupnya. Biarkan mendidih dan ayam masak sepenuhnya. Ketepikan.
- Di dalam kuali lain, masukkan minyak sapi dan goreng gajus bersama buah kismis menggunakan api perlahan. Tutup api.
- Tuang ke dalam kuah ayam dan kacau. Masukkan madu dan tutup api.
- Sedia dihidangkan bersama nasi panas.
Info chef: Tidak perlu tambah gula kerana hidangan sudah ada madu dan kurma yang memberikan rasa manis pada masakan.
Cara Buat Telur Masin Homemade Guna Telur Ayam.

Biasanya telur masin dibuat menggunakan telur itik. Ha..Jangan tak tahu, guna telur ayam pun boleh tau. Hasilnya memang sama macam yang menggunakan telur itik. Sedap! Tengoklah kuning telur masin tu. Berminyak je. Menurut empunya resipi iaitu saudara Are Peace, untuk 30 biji telur masin telur ayam gred B ni, kos yang digunakan hanyalah lebih kurang RM10. jimat! Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
TELUR AYAM MASIN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 30 biji telur ayam gred B – basuh bersih dan keringkan.
- 1kg garam kasar
- Air secukupnya (anggaran hingga telur tenggelam)
CARA-CARA:
1. Masukkan garam kasar dan air dalam periuk. Masak hingga garam larut.
2. Padamkan api dan biarkan air garam tadi sejuk sepenuhnya. Jangan guna air garam yang masih panas kerana ia hanya akan merosakkan telur.
3. Masukkan telur yang telah dibasuh bersih ke dalam bekas bersesuaian. Sebaiknya bekas plastik yang mempunyai penutup. Tuang air garam hingga paras menenggelamkan telur.
4. Tutup bekas dan biarkan telur masin anda di tempat gelap selama 14 hari.
5. Bila dah cukup tempoh, tukar air rendaman dengan air biasa. Ia bagi mengelakkan telur terlebih masin. Kemudian bolehlah disimpan dalam peti sejuk. Bila nak makan, baru keluarkan dan rebus seperti biasa.
INFO: Petua nak bagi telur kuning jadi warna oren. Masa peram pastikan simpan bekas telur di tempat yang gelap. Lagi gelap lagi bagus. Empunya resipi simpan dalam kabinet dapur.
Kredit resipi & foto: Are Peace
Nak cuba lebih banyak resipi makanan berjeruk yang boleh buat secara homemade? Klik disini.
Sambal Telur Hancur Makan Gitu Sedap, Boleh Jadi Perencah Nasi Goreng

Sambal telur biasa tetapi boleh makan dengan pelbagai makanan seperti nasi putih, lempeng, roti dan sebagai perencah nasi goreng.
SAMBAL TELUR HANCUR SEMPOI
BAHAN-BAHAN:
- 4 Biji Telur ( boleh gunakan telur ayam kampung atau telur biasa)
- 1 sudu bawang goreng ( optional )
- 1/2 kiub ikan bilis ( boleh juga terus guna ikan bilis yg di goreng dahulu)
- Minyak untuk menumis.
- Garam & Gula Ikut Citarasa ya
BAHAN KISAR:
- 10 tangkai cili kering.
- (gunting & rendam air panas )
- 3 biji bawang merah. ( shallot )
- 3 ulas bawang putih.
BAHAN TUMIS:
- 3 labu bawang merah ( mayang kasar)
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak.
- Tumis bawang merah sampai jernih dan wangi.
- Masukkan bahan kisar dan tumis sampai terbit minyak(garing). Gunakan api sederhana.
- Sambal sudah garing boleh masukkan kiub ikan bilis.
- Perasakn dengan garam dan gula.
- Kecilkan api bila sambal sudah terbit minyak. Tumis dalam 4 minit lagi.
- Bila sambal garing, masukkan telur. Kacau telur perlahan dengan api sederhana.
- Sudah masak boleh taburkan dengan bawang goreng.
INFO:
- Boleh juga campur tomato, basil, asparagus, terung pipit, kentang dan sebagainya ( ikut kreativiti anda)
- Jika sambal ada lebihan, esok campak dalam kuali dengan nasi dan ikan bilis garing, Sudah jadi NASI GORENG SEMPOI.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Sue M Shauhki
ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:
Semerbak Wangi Daun Kari Dengan Sambal Tumis Telur Goyang Perghhh! Cair Di Tengah Yang Menggoda