Zulin Aziz Kongsi Aneka Resipi Sedap & Mudah Cuba Di IG.

Share

Zulin Aziz; selebriti cantik, berbakat besar & terkenal dengan personaliti ‘gila-gila’ ini memang tak asing lagi. Selain menyerlah dalam bidang seni, beliau juga merupakan antara selebriti tanah air yang pandai dan suka memasak. S

ibuk dengan tugasan harian namun Zulin masih mempunyai masa untuk memasak dan berkongsi resipi bersama para peminatnya. Semuanya sedap-sedap dan buat rasa terliur.

Malah, beliau telah mewujudkan satu akaun Instagram khas @cikzulinkedapur untuk berkongsi aneka resipi dan video masak bersama para ‘followers’. Sehingga artikel ini ditulis, akaun IG ini telah mempunyai 114 ribu pengikut. Wow!

Jadi bagi anda yang ada ig tu, bolehlah ‘follow’. Ada macam-macam resipi yang boleh dicuba. Mana tau boleh dapat idea nak masak apa setiap hari kan. Jom lihat resipi-resipi yang Zulin share. Selamat mencuba!

Sumber: IG Zulin Aziz & cikzulinkedapur

IKLAN