Wow! Sedapnya Sambal Sotong Tumis Berempah

Share

Sotong ada kat peti sejuk, apakata hujung minggu ni kita masak sambal sotong tapi ada rempah. Padulah rasanya

Sambal sotong yang sangat lazat dan mudah untuk dimasak. Aroma bahan rempah kari menambah rasa padu pada sambal. Pedas dan berempah memang enaklah

SAMBAL SOTONG TUMIS BEREMPAH

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm sotong
  • Serbuk Kunyit

CARA MEMASAK:

1. Cuci dan toskan.

2. Kemudian digaul dengan sedikit serbuk kunyit

3. Panaskan kuali, goreng sebentar sotong yang telah digaul serbuk kunyit tadi. Angkat dan ketepikan.

BAHAN MENUMIS:

  • 1 biji bawang besar – potong memanjang
  • 3 ulas bawang putih – diketuk
  • 1/2 inci halia – dimayang halus
  • 3 biji cili padi – dibelah 2 (boleh juga gunakan cili besar ye)
  • 2 pelepah daun kari
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar rempah kari ikan
  • Air
  • Garam
  • Gula

CARA MEMASAK:

1. Guna kuali yang sama goreng sotong tadi, masukkan minyak dan tumiskan bahan tumisan. Kecuali serbuk cili, rempah kari dan cili api.

2. Bila bahan tumisan sudah agak kekuningan, masukkan serbuk cili, rempah kari dan sedikit air. Kacau seketika sehingga rempah agak garing dan pecah minyak.

3. Kemudian masukkan sotong yang telah digoreng sebentar tadi. Kacau hingga sebati.

4. Akhir sekali bolehlah dimasukkan cili api, garam serta gula. Gaul mesra dan siap.

INFO:

  1. Jika tidak suka gunakan serbuk cili boleh tukar ke cili kisar.
  2. Boleh gunakan daun limau purut untuk bau yang harum.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Mim Nazihah

 

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

DAN RESIPI INI :

BOLEH JUGAK SEMAK VIDEO INI :

 

IKLAN