Wow! Sedapnya Paprik Udang Banjir Penuh Satu Kuali

Share

Masakan paprik cukup terkenal di kedai makan di seluruh Malaysia. Hidangan lengkap dengan isi ayam, udang, sotong, dan sayur-sayuran dengan rasa yang enak.

PAPRIK UDANG BANJIR

BAHAN-BAHAN:

  • Ayam/udang/sotong
  • Lobak merah,
  • bunga kubis,
  • jagung kecil,
  • tomato,
  • cendawan,
  • kacang panjang,
  • kacang buncis
  • Cili kering kisar satu senduk
  • 1 biji bawang holland-dihiris
  • 1 biji bawang merah-dihiris
  • 5 ulas bawang putih-dihiris
  • Halia-dihiris
  • Serai-diketuk
  • Daun limau purut
  • Bawang besar/holland potong bulat
  • 2 sudu sos cili
  • 2 sudu sos tomato
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu kicap manis
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • Air

 

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang putih, halia bawang merah, bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan dalam cili kering kisar dan tumis hingga garing.
  3. Masukkan sedikit air, sos cili, sos tiram, sos tomato dan serai.
  4. Selepas itu masukkan lobak merah, kubis bunga dan daun limau purut.
  5. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa ikut citarasa anda.
  6. Masukkan udang, cendawan, tomato, dan bawang holland. Akhir sekali masukkan kacang buncis atau kacang panjang.

 

INFO: Boleh tambah isi ayam, sotong atau daging. Boleh juga campurkan ikut citarasa anda.

KREDIT RESIPI & GAMBAR:  HasnorFadila Kadir

 

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

IKLAN