Wow Hanya 15 Minit Goreng Bihun Guna Pressure Cooker!

Share

Sekarang ini goreng bihun boleh guna pressure cooker. Jadi tidak perlu risau kalau goreng bihun terhangit atau terkembang sangat. Hanya pastikan jangan terlebih air, cukup setakat bihun terendam sedikit.

BIHUN GORENG  PRESSURE COOKER

BAHAN-BAHAN:

  • 1 bungkus bihun. (Bilas dan toskan. Tidak perlu di rendam)
  • Isi ayam, daging udang dan sebagainya
  • Sayur kobis atau sawi
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2-3 sudu besar cuka makan
  • Garam gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 1 ulas bawang besar
  • 10 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili kering (rebus dan kisar halus)

 

CARA MEMASAK:

  1. On pressure cooker, press chicken dan start. Masukkan sedikit minyak, biarkan panas dan masukkan ayam, daging atau udang. Goreng sebentar sampai kecut.
  2. Masukkan bahan kisar (cili, bawang merah dan putih), dan semua bahan sos dan kicap. Masak sekejap sehingga cili itu garing.
  3. Masukan garam, gula dan cuka. Masukkan bihun. Jika air kurang tambah sikit air agak bihun tu terendam je.
  4. Off dan cancel
    kan mode chicken tadi kat pressure cooker.
  5. Tutup pressure cooker, sekali lagi press chicken dan press start. Tunggu je lah sampai masa ditetapkan habis dan bolehlah release pressure.
  6. Lepas buka, Keep Warm
    dan masukkan sayur dan kacau rata. tutup penutup dan biar kan sekejap untuk layukan sayur tu. Siap.

 

Kredit resipi & foto :Eny Yusnizar Abdullah

 

Dekat rumah belum ada  PRESSURE COOKER? Pilih je DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik. 

Nak lebih banyak resipi best guna PRESSURE COOKER? Boleh cuba resipi di bawah ni:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN