Wow! Chicken Cheese Potato Casserole. Resipi Mudah & Sedap Untuk Berbuka.

Share

Di hari cuti sebegini, kalau anda nak berbuka dengan menu istimewa memang sangat sesuai. Salah satu menu yang boleh dicuba ialah Chicken Cheese Potato Casserole ni. Sangat sedap & mengenyangkan! Cubalah. Anda pasti suka.

 

CHICKEN CHESSE POTATO CASSEROLE

BAHAN-BAHAN:

  • 50gm hash brown  sejuk beku
  • 60gm whipping cream
  • 20gm tepung gandum
  • 30gm mentega
  • 1/2 sudu teh serbuk paprika
  • 50gm  Shredded Cheddar Cheese / keju Cheddar parut
  • 70gm isi ayam kisar
  • 20gm lobak merah | dihiris halus
  • 20 gm bawang merah | dicincang halus
  • 30gm Japanese Breadcrumbs / serbuk roti Jepun
  • 1 biji telur
  • Garam ikut keperluan
  • Serbuk lada hitam ikut keperluan

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan ketuhar pada 180 C.
  2. Campurkan  ayam kisar, lobak merah, serbuk roti, garam, lada sulah. Gaul hingga sebati.
  3. Ambil aduan dan bentukkan bulat-bulat. Lakukan sampai habis adunan dan masukkan dalam peti sejuk selama 15 minit.
  4. Sementara itu,  sediakan  sos.
  5. Panaskan mentega dan campurkan tepung di dalam nya, kemudian tambah  serbuk paprika, cream cheese dan whipping cream. Kacau sebati dengan api sederhana sehingga pekat.
  6. Kemudian panaskan air dalam periuk, apabila mendidih masukkan bebola ayam lebih kurang lapan minit.
IKLAN