Uncategorized

Wantan Cendawan Enoki Goreng Tepung Rangup, Guna 3 Bahan Je

Share

Cendawan enoki, selain dimasukkan ke dalam sup sayur atau makan stimbot, sedap juga digoreng tepung bersama wantan. Rangup betul dalam setiap kunyahan. Anak-anak pasti suka.

Nak buatnya pun mudah sahaja. Cuma perlu tiga bahan. Ikuti resipi mudah perkongsian daripada Aishah Masri untuk membuat Wantan Cendawan Enoki Goreng Tepung. Sesuai dijadikan kudapan minum petang ataupun ketika sarapan.

BAHAN-BAHAN:

Cendawan enoki 

Kulit wantan – Boleh beli online di sini

Tepung goreng serbaguna Bestari – Boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:

Buangkan akar cendawan, cuci dan leraikannya.

Kemudian, toskan sehingga airnya kering.

Setelah itu, balut dengan kulit wantan seperti di dalam gambar. Lekatkan kulit wantan menggunakan air sahaja.

Kemudian, bedakkan dengan tepung Bestari. Tak perlu guna telur.

Apabila minyak dah panas, bolehlah goreng cendawan sehingga masak kekuningan.

Siap. Mudah sangat sangat membuatnya. Kruk kruk kruk. Rangup. Cicah pula dengan sos cili Thai. Sedap!

Selamat mencuba.

Kredit: Aishah Masri

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

IKLAN