Selalunya pisang muda dijadikan campuran dalam kari kaki ayam atau kari daging. Tapi kali ni, kita cuba gunakan sotong pula. Nampak macam pelik, tapi rasanya sedap juga. Jom ikuti perkongsian resipi daripada Zurinah Isa di facebook.
KARI SOTONG PISANG MUDA
BAHAN-BAHAN
6 ulas bawang merah (ditumbuk halus)
2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
2 sudu besar rempah kari ikan
Minyak masak untuk menumis
2 ulas bawang merah (dihiris)
1 tangkai daun kari
6 biji pisang muda (siat kulit dan potong 2)
3 ekor sotong (potong bulat)
1 cawan santan pekat
Garam secukup rasa.
CARA MEMBUAT
1. Bawang merah dan bawang putih digaul dengan rempah kari. Jadikan pes.
2. Panaskan minyak masak.
3. Tumis hirisan bawang merah. Masukkan daun kari.
4. Kemudian masukkan pes bawang dan serbuk kari. Masak sehingga naik minyak.
5. Masukkan pisang dan sotong. Gaul sebati. Tuangkan sedikit air.
6. Masukkan santan biarkan mendidih.
7. Apabila sotong dan pisang sudah masak, masukkan garam. Boleh matikan api.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Tahukan anda dengan cara ini, kerja mengupas bawang putih jadi mudah dan senang.
Caranya ! Langkah pertama leraikan setiap ulas bawang putih. Caranya letakkan bawang di bawah mangkuk,kemudian tekannya supaya setiap ulas bawang putih lerai. Kemudian masukkan dalam bekas bertutup dan goncang beberapa kali, pasti kulit dan isi bawang putih akan terpisah.
Lepas makan terus tidur adalah tindakan yang kurang bijak. Pernah tak lepas makan, bila tidur perut rasa sebu dan anda tak boleh nak tidur nyenyak. Ini kerana makanan tu belum hadam.
Jika anda mahu lalui gaya hidup sihat, anda seharusnya ambil tahu bahawa ada beberapa makanan tertentu kena dielakkan apabila menghampiri waktu tidur malam. Terutamanya yang tinggi karbohidrat dan gula. Memakannya boleh menjejaskan kualiti tidur anda.
1. COKLAT DAN MAKANAN BERCOKLAT
Foto : paleoglutenfree.com
Selain kopi yang mengandungi kafein, coklat juga ada kandungan kafein. Seperti yang kita tahu kafein boleh menghilangkan rasa mengantuk. Jadi memakan coklat atau makanan yang mengandungi coklat atau koko seperti kek, muffin, brownies akan menyebabkan anda berjaga malam dan sukar tidur
2.KEKACANG DAN BIJIAN
Foto : what2eat.tv
Memakan kacang seperti pistachio, kacang tanah, kuaci sebagai kudapan tengah malam patut dielakkan. Ini kerana makanan ini memberikan tenaga, yang boleh menyebabkan anda rasa ingin terus berjaga malam dan tidak lena tidur.
3. KEREPEK
Foto ; recipes.sparkpeople.com
Sedikit kerepek makanan ringan okay aje.Tapi usah makan lebihm kerana ia kaya dengan lemak yang boleh menyebabkan anda terjaga malam. Ini kerana tubuh memerlukan masa eksta untuk menghadamkannya yang mungkin menyebabkan anda tak boleh tidur.
4. LOBAK MERAH
Foto : premierseedsdirect.com
Lobak merak adalah sayuran yang mengambil masa atau lambat hadam. Memakannya sebelum tidur boleh menyebabkan kesukaran tidur.
5. MAKANAN BERGORENG
Foto : shoutyourmouth.com
Ini termasuklah French fries, gegelang bawang, ikan goreng, nuggets,usah dimakan selepas jam 9 malam iaitu sewaktu hampir waktu tidur.Makanan berminyak ni tak sesuai dimakan sebelum tidur.
6.DAGING @ STEAK
Foto : delish.com
Sajian daging dan steak daging elokkan dielakkan ketika menghampiri waktu tidur Protein pada daging tidak mudah dihadamkan sehinggakan ia memerlukan waktu untuk mengurai yang memaksa sistem penghadaman untuk bekerja lebih masa
7. BROKOLI
Foto : bisnesukm.com
Kandungan fiber atau serat yang tinggi dalam brokoli boleh menyebabkan anda tak rasa mengantuk jika dimakan sejenak sebelum tidur. Makanlah di waktu siang , atau tidak menghampiri waktu tidur anda.
8. MAKANAN BERGULA
Foto : weekendnotes.com
Pelbagai makanan manis seperti bijirin, gula-gula, halwa, macaroon dan manisan lain tidak disarankan kerana ia boleh meningkatkan gula darah. Peningkatan gula darah ini boleh menyebabkan kualiti tidur terganggu.
Dapur, merupakan ruangan yang sentiasa digunakan dan paling penting dalam sesebuah rumah.
Dan apabila memasak, pastinya mak-mak di dapur perlu menggunakan barangan atau peralatan yang boleh memudahkan kerja.
Ini antara 20 barangan perlu ada bagi membantu menyenangkan wanita di dapur.
1. BOTOL PERASA DENGAN SUDU (CONDIMENT BOTTLE WITH SPOON)
Walaupun nampak kecil tapi fungsinya sangat membantu pada waktu kelam-kabut memasak di dapur. – beli online di sini
2. X-SHAPED MOP
Bila memasak, pastilah lantai dapur melekit dan berkecah kan. Jom gunakan mop yang sangat fleksibel ini. Tak kira ruang sempit atau tersorok, semuanya boleh masuk. – beli online di sini
3. MULTIPURPOSE SILICON WASH GLOVE
Walaupun sibuk di dapur, penjagaan tangan juga perlu dijaga. Bagi mereka yang ada masalah sensitif dengan sabun, bolehlah menggunakan sarung tangan ini. – beli online di sini
4. 12-IN-1 FOOD CHOPPER
Wah, ini memang sangat membantu! Semua jenis bentuk potongan ada. Tak perlu nak beli banyak jenis, hanya tukar mata sahaja. – beli online di sini
5. ASING TELUR (SEPARATE EGGS EASILY)
Paling leceh bila nak kena asingkan putih dan kuning telur. Anda boleh gunakan alat ini yang sangat membantu untuk kerja pengasingan. Dan kuning telur pun tak mudah pecah. – beli online di sini
6. SHRIMPS DEVEINER
Apabila nak masak lauk udang, pastinya yang paling tak suka nak buat ialah keluarkan saluran hitam yang halus di belakang badan udang. Nah, alat ini sangat berguna ye puan-puan. Nak tarik tanpa putus pun senang. – beli online di sini
7. BUTTER SPREADER STICK
Tak nak bagi tangan apabila menggunakan mentega untuk sapu pada roti? Anda boleh gunakan alat ini. Boleh dianggap seperti batang lipstick di dapur. Oh ya, alat ini pun kecil dan mudah disimpan dalam peti sejuk. – beli online di sini
8. WASHABLE TOWEL PAPER
Tak perlu lagi nak bazirkan beli banyak tisu dan membazir begitu saja. Tisu ini sangat berguna untuk membersihkan kotoran cairan yang susah nak dibersihkan. – beli online di sini
9. ELECTRONIC WEIGHING SPOON
Nah, lepas ni pastinya resipi kek atau kuih-muih menjadi. Apa taknya, dengan sudu sukatan elektronik ni, pasti anda tak salah menyukat bahan lagi. – beli online di sini
10. FOOD OIL ABSORBING PAPER
Lauk dah siap tapi alahai, kesan minyak banyak sangat di permukaan. Jangan risau, anda boleh gunakan kertas menyerap minyak makanan ini. Memang ada beza dan boleh makan tanpa was-was. – beli online di sini
11. MULTI-LAYER ROTATING KITCHEN RACK
Peralatan memasak seperti periuk, kuali mesti banyak di dapur tapi ruang penyimpanan pula tak membantu. Anda boleh gunakan rak multi-fungsi ini. – beli online di sini
12. DEFROST TRAY
Terlupa nak alihkan lauk basah dari tempat sejuk beku? Tambah pula nak kena siapkan masakan dengan cepat. Tak apa, anda boleh gunakan dulang nyah beku ini. Sekejap saja lauk basah yang beku tadi dah mencair. Jimat masa nak menunggu lama-lama. – beli online di sini
13. SAUCE PUMP
Bagi nak mengelakkan sos dituang terlalu banyak, bolehlah gunakan pam sos ini. Kalau ada anak-anak, lagi selamat tanpa perlu risau sos melimpah keluar. – beli online di sini
14. MULTI-FUNCTION FOOD TONGS
Elakkan tangan anda melecur apabila perlu mengambil atau mengalihkan makanan di dalam periuk mahupun kuali. – beli online di sini
15. EXPANDED KITCHEN ORGANISER
Jimatkan ruang penyimpanan dalam kabinet dapur. Malah pemandangan pun nampak kemas dan teratur kan. – beli online di sini
16. 2-in-1 EGG SLICER
Nak bagi telur yang dihiris atau dipotong nampak cantik dan sekata? Jom gunakan alat comel ini. Memang puas hati tengok bentuk hirisan yang sama saiz. – beli online di sini
17. LID & LADLE HOLDER
Jangan biarkan ruang tepi dapur memasak nampak semak dengan sudip, senduk diletak begitu saja. Gunakan alat pemegang ini bagi mengelakkan ia kotor. – beli online di sini
18. CABLE ORGANIZER
Pasti tak senang kan mata melihat wayar-wayar berselirat di dapur. Wayar periuk nasi, air fryer, microwave, peti sejuk dan lain-lain lagi pasti boleh membahayakan nyawa. Jadi, gunakan alat kemasan kabel ini. – beli online di sini
19. OIL FILTER LADLE SPOON
Nah, tak perlu risau lagi kalau nak ceduk sup tanpa minyak. – beli online di sini
20. FOLDABLE ANTI-OIL SPASH BOARD
Bila memasak sambal, pasti lepas tu nak kena lap bahagian dinding yang terkena percikan sambal. Selepas ini tak perlu lagi nak lap kerana anda boleh gunakan penghadang aluminium ini. – beli online di sini
21. MULTIFUNCTIONAL RICE FILTER SPOON
Lepas ni, bila basuh beras tu, anda tak perlu risau jika butiran beras jatuh. Anda boleh gunakan senduk ini dengan senang hati. – beli online di sini
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...