Bahulu, antara kuih tradisi yang masih mendapat sambutan. Sama ada untuk makan ataupun dijadikan sebagai goodiespada majlis kahwin, bahulu memang sedap dimakan.
Tetapi untuk menghasilkan bahulu yang menjadi dengan cantik dan lembut, tidak semudah yang disangkakan.
Menerusi perkongsian daripada Sakinah Zulkefle ini, petuanya ialah menggunakan sukatan bahan yang betul. Malah bekas pun kena guna yang sama tau.
PETUA:
1. Pastikan guna tepung 1kg sahaja, bukan 850gm. Contoh tepung boleh refer di gambar. Saya guna cap kompang dan tank biru (1kg). Tank hijau 850gm TAK BOLEH guna ya, punca bahulu tak jadi. Boleh juga cuba tepung-tepung sekilo yang lain, bergantung pada harga di tempat masing-masing. 2. Gula pastikan TAK BASAH (kadang-kadang kan kita beli ada yang nampak lembab. Jadi punca bahulu bantat). Saya selesa guna gula prai/hijau. CSR boleh juga tapi pernah terbeli yang lembab, bahulu tak jadi.
BAHULU
Ads
BAHAN-BAHAN:
(pastikan semua mangkuk yang sama. Contoh kalau guna mangkuk taufufa, pastikan semua bahan gunakan sukatan mangkuk yang sama)
1 ½ mangkuk tepung gandum (saya TAK SANGAI, tapi kalau nak sangai pun boleh) – beli online di sini 1 mangkuk gula – beli online di sini 1 mangkuk telur saiz A @ B
1. Putar telur dan gula dalam seminit, agak-agak gula hancur. 2. Biarkan seketika dalam 2-3 minit kemudian putar semula sehingga gula dan telur kembang (anggaran 8-10 minit). 3. Panaskan acuan dalam tempoh yang sama ketika putar telur dan gula buat kali kedua (anggaran 8-10 minit juga/pastikan acuan dipanaskan dengan baik. Jika tidak nanti tepung melekat pada acuan).
4. Hentikan mixer untuk letak tepung. Kemudian putar semula tepung untuk sebatikan dengan gula dan telur sambil kacau dengan senduk. Tak perlu terlalu lama nanti adunan bantat. 5. Sapukan minyak pada acuan yang telah dipanaskan. Isi adunan tepung ke dalam acuan. 6. Bakar bahulu selama 8-10 minit atau ikut ketuhar masing-masing dengan menggunakan suhu 180°C dan api atas bawah.
7. Pastikan setiap kali nak letak adunan ke acuan, sapu minyak terlebih dahulu. Bukan sekali sapuan pada mula-mula sahaja. 8. Untuk basuhan acuan, pastikan acuan betul-betul sejuk baru diletakkan air atau terus basuh setelah acuan sejuk agar acuan tidak melekat untuk kegunaan masa hadapan.
Siapa di sini suka makan roti? Tak kisahlah jenis roti yang macam mana pun, sama ada kosong mahupun ada inti di dalamnya.
Plain buns ni guna resipi asas roti. Boleh bentukkan dan letak inti kegemaran.
Menerusi perkongsian resipi daripada Keroroyz Royz, plain bun ini kalau saiz kecil berat 40g-50g. Saiz bun besar 60-80g. Resipi ini menghasilkan 6 biji bun.
CARA BUAT PLAIN BUNS
BAHAN-BAHAN:
500g tepung roti | diayak – beli online di sini 250ml susu segar 75g mentega | dicairkan – beli online di sini 3 sudu besar gula kastor – beli online di sini 1 biji telur gred A | dipukul ringan 2 sudu teh yis segera – beli online di sini 1 sudu teh bread softener (BS) | optional – beli online di sini 1 sudu teh bread improver(BI) | optional – beli online di sini 1 sudu teh garam Sapuan – 1 biji telur + 2 sudu besar susu segar | whisk HIASAN – bijan hitam & putih
1. Masukkan kesemua bahan cecair iaitu susu, mentega dan telur ke dalam mangkuk pengadun. Diikuti dengan garam dan gula. 2. Kemudian masukkan tepung, BS & BI. Buatkan satu lubang kecil dengan jari di atas tepung lalu, masukkan yis. 3. Tekan setting doh (10) dan tunggu selama 1 jam 30 minit hingga selesai dan doh naik cantik.
5. Rounding dan susun di dalam loyang. Biarkan doh naik selama 40 minit atau hingga 1.5 – 2 kali ganda. Kemudian sapukan dengan bahan sapuan. 6. Bakar pada suhu 180C selama 20 minit. Keluarkan dari ketuhar. Selepas 5 minit, pindahkan ke atas rak dawai dan biarkan sejuk.
Sambal daging cili api ini sesuai untuk penggemar masakan pedas tapi ringkas. Lauk ini hidang dengan telur mata dan kicap saja pun sudah mencukupi.
Tapi awas ia hanya untuk yang berani makan hidangan pedas berapi saja. Bersama sedikit rasa manis dari sos dan kicap sambal daging ini boleh buat kita berair mata sambil makan. Namun pada masa yang sama tak mampu berhenti. Tak percaya cubalah masak!
Resipi sambal daging cili api pedas berapi
Bahan-bahan
1kg daging -dihiris nipis
15-20 ulas cili api merah
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
Bahan sos dan perasa
1-2 sudu besar sos tiram
4-5 sudu besar sos cili
1-2 sudu besar kicap pekat manis
Garam secukup rasa
Gula perang secukup rasa
Bahan dihiris
Bawang besar
Kacang panjang
Cili merah (belah dua)
Cara memasak sambal daging cili api
1. Daging yang dihiris kemudian digoreng 70 peratus masak (gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit). Ketepikan.
2. Kisar cili api merah dan bawang putih terlebih dulu sehingga halus, kemudian masukkan bawang besar, kisar sekejap sahaja supaya bawang besar tidak terlalu hancur.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan naik bau.
4. Tambahkan sos dan perasa iaitu garam, gula perang, kicap pekat manis, sos tiram, dan sos cili. Kacau rata dan biarkan seketika supaya semua bahan sebati dan rasa cukup seimbang.
5. Masukkan daging yang telah digoreng. Kacau rata dan biarkan seketika sehingga daging menyerap rasa sambal.
6. Akhir sekali, masukkan bahan hiris. Kacau rata dan masak sebentar supaya bahan hiris sedikit layu namun masih rangup.
Sedia untuk dihidangkan dengan nasi dan boleh terus makan.
TIP
-Jika mahu rasa ‘pedas berapi’ tambah cili api.
-Sesuaikan gula mengikut citarasa, terutama jika suka rasa manis pedas.
Lasagna kini bukan lagi sesuatu yang asing dalam menu masyarakat kita. Hidangan barat ini malah menjadi kegemaran ramai apabila citarasanya diberi suntikan tempatan. Ini salah satu resipi mudah untuk dicuba.
BAHAN-BAHAN:
300gm daging hancur | ditumis bersama bawang besar hingga empuk
1 biji cencangan bawang besar
200ml sos bolognaise
6 keping pasta lasagne | direndam air panas sehingga lembut
100ml sos bechamel
30gm keju Mozarella
10gm keju Parmesan
CARA MEMASAK:
1. Sediakan acuan seramik atau logam. Letakkan sekeping lasagne lalu ratakan sos bolognaise di atasnya.
2. Kemudian, taburkan daging hancur. Tuang pula sos bechamel dan ratakan. Ulang langkah yang sama sehingga selesai.
3. Seterusnya, taburkan kedua-dua keju di atasnya dan bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180˚C selama 20 minit.
4. Keluarkan, telangkupkan di atas pinggan dan terus dihidangkan panas bersama salad sega
INFO CHEF: Sos bechamel merupakan sos yang dihasilkan daripada susu, roux dan bawang. Dididihkan sehingga pekat menjadi sos yang kental.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nikmati Final Muzikal Lawak Superstar 2025 dengan tema “Clash of Empire”, gabungan komedi, muzik dan persembahan epik untuk tontonan keluarga. Jangan terlepas malam paling lucu musim ini!