Pada hari ini, ambil gambar menggunakan telefon bimbit adalah salah satu gaya hidup. Namun, teknik hendak dapatkan gambar yang cantik itulah yang bukan semua orang miliki.

Bagi Nor Khomariah Norrohman atau lebih mesra dikenali sebagai Mek Koyas, hobi mengambil gambar menjadikan dia kerap mengabadikan foto yang diambil dalam media sosial.

“Saya memang suka ambil gambar dan suka tengok gambar yang cantik. Saya tidak ada belajar di mana-mana kelas pun. Kebanyakannya saya explore di media sosial terutama Instagram. Fokus saya adalah gambar makanan,” cerita Mek Koyas.

Penggunaan pinggan mangkuk dan props pula memang nampak cantik di laman sosial milik Mek Koyas. Ditanya dari mana dia mendapatkan pinggan mangkuk tersebut, jawapannya adalah dari laman web e-dagang Shopee.

IKLAN

“Saya menggunakan telefon bimbit Pixel 3XL untuk mengambil gambar makanan yang saya sediakan. Telefon ini memberikan kepuasan kepada saya untuk mendapatkan gambar yang cantik,” kata Mek Koyas.

TIP GAMBAR MAKANAN LEBIH CANTIK

1) PINGGAN MANGKUK SESUAI DENGAN MAKANAN
Gunakan pinggan magkuk yang bersesuai dengan makanan. Contoh kalau lauk-pauk moden, guna pinggan mangkuk yang moden juga. Jika lauk-pauk klasik atau lauk kampung, guna pinggan mangkuk berkonsep klasik.

IKLAN

2) GUNAKAN CAHAYA SEMULA JADI
Ambil gambar dekat tempat yang ada cahaya terang. Mek Koyas tidak gunakan lampu tambahan atau lighting. Mek Koyas ambil gambar di tepi tingkap yang ada cahaya semula jadi sahaja.

IKLAN

3) MAKANAN KENA NAMPAK BANYAK
Gambar makanan lebih nampak cantik jika hidangannya penuh. Jadi, penuhkan pinggan anda dengan makanan yang hendak diambil gambarnya. Gerenti lebih menarik.

Bagi anda yang mahu mendapatkan gambar yang cantik apabila mengambil gambar makanan, bolehlah gunakan tip yang diberi ya.

JOM TENGOK KOLEKSI GAMBAR YANG TELAH MEK KOYAS AMBIL GUNA TELEFON BIMBIT

Wanita Ini Kongsi 3 Tip Ambil Gambar Makanan Yang Wow Hanya Guna Kamera Telefon Bimbit Saja
Konsep makanan kampung.
Wanita Ini Kongsi 3 Tip Ambil Gambar Makanan Yang Wow Hanya Guna Kamera Telefon Bimbit Saja
Pinggan dengan pelbagai bentuk.
Wanita Ini Kongsi 3 Tip Ambil Gambar Makanan Yang Wow Hanya Guna Kamera Telefon Bimbit Saja
Nampak menarik, kan?
Wanita Ini Kongsi 3 Tip Ambil Gambar Makanan Yang Wow Hanya Guna Kamera Telefon Bimbit Saja
Cantik betul!
Wanita Ini Kongsi 3 Tip Ambil Gambar Makanan Yang Wow Hanya Guna Kamera Telefon Bimbit Saja
Penggunaan pinggan bunga kangkung dengan tudung saji sangat melengkapi fotografi ni.
Wanita Ini Kongsi 3 Tip Ambil Gambar Makanan Yang Wow Hanya Guna Kamera Telefon Bimbit Saja
Klasik dan ada kelasnya yang tersendiri.
Wanita Ini Kongsi 3 Tip Ambil Gambar Makanan Yang Wow Hanya Guna Kamera Telefon Bimbit Saja
Pinggan mangkuk rona putih sesuai untu tema makanan yang banyak warna.
Wanita Ini Kongsi 3 Tip Ambil Gambar Makanan Yang Wow Hanya Guna Kamera Telefon Bimbit Saja
Hanya meletakkan kertas sudah menambah elemen wow dalam gambar ini walau hanya gunakan bekas plastik biasa.
Wanita Ini Kongsi 3 Tip Ambil Gambar Makanan Yang Wow Hanya Guna Kamera Telefon Bimbit Saja
Cantik.
Wanita Ini Kongsi 3 Tip Ambil Gambar Makanan Yang Wow Hanya Guna Kamera Telefon Bimbit Saja
Sangat menarik.

Kredit: facebook Nor Khomariah Norrohman (Mek Koyas)

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI