Pernah terfikir tak bahawa waktu letak garam pada masakan sama ada ketika awal memasak, selepas memasak atau perap masakan dengan garam sebenarnya ada kesan pada masakan.
Yang kita tahu akan ada rasa masin. Tapi sebenarnya ia memberi kesan rasa tersendiri kepada masakan. Ahli kimia Fatimah Salim menjelaskan perkara yang ramai tidak tahu selama ini.
Boleh letak bila-bila tapi…
Penambahan garam ke dalam masakan adalah TERPULANG ikut suka dan tujuan masing-masing. Ianya TIDAK akan berubah menjadi racun (kecuali lah sengaja diambil secara berlebihan).
Cuma ada beberapa perkara yang anda perlu tahu mengenai kesan garam dalam masakan.
Garam terdiri daripada kristal natrium klorida (NaCl). Dan rasa masin garam adalah disebabkan interaksi ion Na+ dengan reseptor masin pada lidah. Maksudnya garam apa pun yang anda guna, kemasinan adalah bergantung kepada jumlah ion natrium dalamnya.
Ads
Meletakkan garam pada bila-bila masa dalam masakan tidak akan mengubah kimianya. Ion natrium adalah sangat stabil dalam keadaannya. Kalaulah ianya berubah sifat, boleh meletup kuali anda.
Kalau letak awal masakan
Meletakkan garam pada awal masakan akan memberikan rasa masin yang sebati kerana keterlarutan dan cukup serapan dalam komponen masakan.
Ads
Letak selepas memasak beri rasa unik
Meletakkan garam selepas (makanan tanpa air) akan buat rasa makanan lebih unik disebabkan sensasi rasa kristal garam yang larut dalam air liur.
Letak garam awal pada masakan daging buat daging jadi keras
Meletakkan garam awal dalam masakan berprotein (terutamanya daging lembu) akan membuatkan isinya menjadi keras kerana garam berupaya mengeluarkan air (aka jus) daripada isi daging. Namun apabila dimasak lebih lama, daging akan empuk semula dan akan memberikan rasa kuah yang lebih sebati.
Ads
Kesan perap daging dengan garam lebih 40 minit
Memerap daging dengan garam lebih daripada 40 minit akan membuatkan daging menjadi lebih empuk apabila dimasak. Ini kerana apabila diberikan masa yang cukup, garam membantu dalam melemahkan ikatan dalam protein daging.
Untuk memanggang daging tanpa perapan, letakkan garam hanya apabila daging hendak dimasak terus saja. Perapan kurang daripada 40 minit akan menyebabkan isi daging menjadi keras (seperti kes di atas).
Siapa sangka di sebalik kecantikan bentuk yang membulat dan warna merah bak kristal, buah delima memiliki khasiat yang sangat luar biasa. Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat bukti yang menyatakan buah delima bagus untuk diamalkan.
Buah delima merupakan antara makanan kegemaran Rasulullah SAW. Buah delima kaya dengan pelbagai khasiat dan menjadi penawar kepada banyak jenis penyakit. Malah, kebaikan buah delima ini juga terlalu banyak untuk kesihatan dan kecantikan.
Firman Allah di dalam al Quran, yang bermaksud:
“Di dalam kedua-duanya (syurga) juga terdapat buah-buahan serta pohon kurma dan delima”. [Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebat penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga.
Buah delima diperkaya dengan pelbagai vitamin dan mineral yang membantu dalam menghasilkan kulit yang cantik. Sumber asid folat dan antioksidan pada buah delima dapat merangsang, membuang toksik dan meningkatkan kecantikan kulit secara semula jadi. Kandungan gula dalam buah delima pula mampu bertindak sebagai skrub untuk menyingkirkan sel kulit mati. Kekayaan antioksidan dalam buah delima adalah tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah, beri biru, kranberi, dan oren. Antioksidan ini berfungsi untuk melawan radikal bebas yang boleh merosakkan sel dalam tubuh.
Justeru, ia layak digelar ’superfruit’ kerana kandungan antioksidan yang diterajui oleh asid ellagik berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular.
Berikut antara khasiat tersembunyi buah delima:
Melambatkan proses penuaan
Pemakanan buah delima boleh mengelakkan anda daripada hyper pigmentation, bintik-bintik penuaan, bintik-bintik hitam, kedutan dan wrinkles yang biasanya disebabkan oleh pendedahan yang terlalu banyak kepada cahaya matahari.
Merawat masalah pada wajah
Sapukan perahan buah delima pada permukaan kulit yang terjejas boleh mengurangkan perbentukan serum dan mengawal perbentukan jerawat. Tambahan lagi, buah ini juga boleh mengurangkan kesan parut disebabkan jerawat.
Menyembuhkan Anemia
Buah delima terbukti mampu merawat penyakit sel darah merah rendah atau anemia. Nutrisinya mempunyai kadar zat besi yang tinggi yang mampu meningkatkan kandungan hemoglobin dalam darah serta meransang pembiakan sel darah merah.
Baik untuk sistem penghadaman
Buah delima membantu sistem badan mengeluarkan enzim dengan sifat anti-bakteria yang boleb membantu sistem penghadaman dan melawan pelbagai penyakit makanan yang dimakan. Buah delima juga boleh merawat sembelit.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud: “Makanlah delima dengan kulitnya kerana sesungguhnya buah delima baik untuk penghadaman perut (Diriwayatkan Ahmad, Baihaqi dan Ibnu Sunni)”
Amalan makan buah delima atau minum jus delima asli setiap hari akan mengurangkan risiko penyakit yang berbahaya. Pabila mengambil jus delima, pastikan tiada tambahan gula, pengawet, penstabil, pewarna dan perasa tiruan. Ketika memilih buah delima, pastikan memilih buah yang berat dan berkulit bersih. Jangan pilih jika kulit buah delima sudah merekah. Buah delima tahan sehingga enam bulan jika disimpan di dalam peti sejuk.
RESIPI
LAICI PANNA COTTA DENGAN DELIMA
BAHAN A
200ml minuman laici
1000ml susu segar penuh krim
200ml whipping cream/heavy cream
250gm gula
1 tin buah laici
1 paket serbuk agar-agar
BAHAN B
1 kotak besar minuman laici
2 biji buah delima
1 paket serbuk agar-agar
2 sudu makan gula
CARA MEMASAK
Kemudian kisar buah laici dengan minuman laici dan tapis.
Campurkan air tapisan laici tadi dengan susu segar penuh krim, whipping cream, gula dan serbuk agar-agar ke dalam kuali.
Kacau dan masak sehingga mendidih.
Biarkan suam sedikit dan tuangkan ke dalam bekas sehingga penuh. Ketepikan.
Campurkan semua bahan B dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
Biarkan suam sedikit dan tapis untuk asingkan biji delima.
Tuang sehingga separuh bekas yang anda gunakan. Biarkan sejuk.
Masukkan kembali panna cotta ke dalam peti ais dan biarkan sejuk.
Hias dengan buah delima.
Info chef: Jika tidak ada air kotak laici, anda boleh kisar laici dalam tin bersama airnya dan tapis. Saiz hidangan: 4-6 cawan
Tempoh memasak: 20 minit
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : kaya rasa delima dan laici
Cara memasak : Didih
Anggaran kos: RM25
MUFFIN DELIMA OATMEAL
BAHAN-BAHAN
1 3/4 cawan tepung serbaguna
3/4 cawan gula
1 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh kayu manis
3 biji telur gred A | dipukul perlahan
1/2 cawan minyak sayur-sayuran
1/3 cawan jus delima (seratus peratus)
1 cawan delima | asingkan isi
1/2 cawan oat
BAHAN TOPPING
2 sudu besar mentega | dicairkan
1/2 cawan light brown sugar
1/3 cawan tepung serbaguna
1 sudu teh kayu manis
1/4 cawan oat
1/4 cawan delima | asingkan isi
CARA MEMASAK
Panaskan ketuhar pada 350C.
Dalam mangkuk besar ayakkan tepung, gula, serbuk penaik, baking soda, garam dan kayu manis.
Masukkan telur, minyak sayuran dan jus buah delima. Kacau sehingga sebati.
Kemudian, masukkan buah delima dan oat. Kacau sebati.
Tuangkan 1/3 adunan ke dalam setiap bekas muffin.
CARA MEMBUAT TOPPING
Dalam mangkuk sederhana kacau mentega, gula perang, tepung, kayu manis, oat dan buah delima hingga rata.
Taburkan sedikit buah delima di atas permukaan muffin.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan selama 22 hingga 27 minit atau masak.
Sejuk di atas redai dan sedia dihidangkan.
Info chef: Jika anda mahu muffin yang lebih manis, boleh tambah sukatan gula dalam bahan.
Peralatan memasak seperti kuali, periuk dan cerek memang mudah kotor dan lekat kesan jelaga. Kadang kala cuci pakai pencuci pinggan biasa pun tak nak tanggal. Jadi apak kata anda cuba petua perkongsian saudari Dahriah Damsah ni. Hasilnya memang mengagumkan.
PETUA SENTAL PERIUK & KUALI AGAR SENTIASA NAMPAK BARU
BAHAN-BAHAN:
Sabun mandi ( buku)
Dawai besi
CARA-CARA:
1. Bersihkan kuali dan periuk anda menggunakan sabun mandi serta sental menggunakan dawai besi.
2. Basuh bersih dan hasilnya, peralatan dapur anda akan lebih mudah bersih dan kelihatan seperti baru.
Aduh buntu dibuatnya memikirkan cara untuk menghilangkan kesan minyak pada bekas-bekas plastik. Memang susah nak hilang. Berkali-kali cuci pun masih ada kesan minyak tersebut. Rupa-rupanya, kesan minyak ini boleh hilang dengan hanya menggunakan garam dan sabun pencuci pinggan. Petua ini dikogsi oleh Puan Hafiza Zanuddin. Menurut beliau, tip ini digunakan untuk menjimatkan penggunaan sabun pencuci pinggan. Tak sangka rupanya ia berkesan untuk menghilangkan kesan minyak yang susah untuk ditanggalkan.
TIP HILANGKAN KESAN MINYAK PADA BEKAS PLASTIK
1. Masukkan sedikit sabun pencuci pinggan dan tambahkan sesudu garam dalam bekas pencuci.
2. Inilah hasil campuran sabun pencuci pinggan dan garam.
3. Kemudian, cuci dengan span seperti biasa. Tak perlu rendam, memang sangat mudah kotoran tertanggal.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!