Wajik @ Pulut Kacau, Usah DiLupa Manisan Raya Warisan Berzaman

Share

Kuih tradisional yang popular turun temurun, resipi nenek moyang yang sangat berharga. Zaman dahulu wajik adalah kemestian di Hari Raya di samping dodol, tapi kini tak ramai yang tahu membuatnya.

Padahal ia mudah di buat dengan kaedah kukus ni, siap dinikmati bersama keluarga tersayang di samping mempopularkan kembali manisan warisan zaman berzaman ini.

RESIPI WAJIK  @ (PULUT KACAU)

BAHAN- BAHAN:

  • 1kg beras pulut
  • 1kg gula merah
  • 2 cawan gula putih
  • Santan secukup lemak
  • (selalu saya buat sukatan 1kg pulut, santan dalam 1/2kg lebih sikit)
  • Daun pandan

CARA MEMASAK:

  1. Beras pulut direndam 4-5jam
    Dan kukus spt biasa kemudian sejukkan
  2. Masak gula merah dan tapis dahulu
    kemudian masukkan gula putih
    Masukkan santan & daun pandan
  3. Masak sehingga agak-agak nak pekat (jgn pekat sgt) dan masukkan pulut yg dikukus asing tadi
  4. Kemudian kacau lagi sehingga agak2 pekat likat
    (mcm meletop2 gitu )
  5. Jgn terlalu pekat atau terlalu lembik
  6. Tutup api dan masukkan dalam bekas

Siap!

Kongsi resipi: Fyza Eky

 

 

IKLAN