Viral Pulak Maggi Lilit Atau Sate Maggi, Lagi Sedap & Syok Makan!

Share

Ada saja resipi pelik setiap hari di Malaysia ni, mula viral maggi lilit atau sate maggi. Sangat kreatif selain resipinya sangat mudah dan senang untuk disediakan. Selamat mencuba!

RESIPI MAGGI LILIT/SATE MAGGI

BAHAN-BAHAN:

  • Maggie perisa kari(Saya buat 2 bungkus.Nak guna jenama dan perisa lain pun boleh)
  • 2 atau 3 biji telur
  • Sedikit tepung jagung
  • Lidi sate

CARA MEMASAK:

  • Rebus maggie dan toskan

  • Bubuh perencah kari dan gaul sebati

 

  • Lilitkan maggie pada lidi sate.Kepal-kepal supaya kemas dan tak terburai


  • Pukul telur bersama sedikit tepung jagung

  • Celupkan maggie tadi dan goreng hingga keemasan
  • Hidangkan bersama sos cili
    Selamat mencuba

Kredit resipi: Puan Rusmiati Amini

Kredit : noraslinda bugal

 

IKLAN