Biskut viral! Warna sama seperti biskut lidah kucing tetapi tekniknya yang berbeza. Biskut paling mudah, sedap dan popular di musim perayaan, apa lagi serlahkan gaya kreatif kamu! Mesti jadi rebutan si kecil.
RESIPI BISKUT RAINBOW
BAHAN-BAHAN:
Ads
250g mentega
175g gula castor
100ml putih telur
200g tepung gandum
50g tepung jagung
1/4 sudu teh emplex
1 sudu esen vanila
Pewarna makanan
CARA MEMASAK:
Ads
Ads
Putar mentega & gula sampai putih
Masukkan putih telur putar hingga kembung
Campur kan tepung2 dan emplex dlm adunan kaup balik hingga sebati
Bahagikan 5-6 bahagian & warna kan
Piping dlm dulang ikut bentuk kesihatan
Bakar 150C 15-20min bgantung oven masing2
Kongsi resipi: izza howzin
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Rasa nak mengunyah tapi tak tahu nak masak apa? Jom buat Roti Pizza Ekstra Chezzy yang sangat sedap perkongsian Cikgu Afy Al Habibiini.
Resipi yang cukup mudah dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa oleh sesiapa sahaja. Orang dewasa mahupun kanak-kanak pasti suka. Cuma jika mahu pedas, olah sahaja mengikut selera masing-masing.
Buat macam ni, roti sandwich yang biasanya lambat nak habis, pasti tidak lagi membazir dengan adanay resipi ini. Masak pun hanya guna kuali je. Mudah kan? Jom cuba!
Kacang Tanah Salut Tepung antara kudapan menjadi kegemaran ramai terutamanya. Apabila tiba musim perayaan seperti Hari Raya, permintaannya menjadi tinggi sehingga kehabisan di pasaran. Pun begitu, ada juga sesetengah kacang yang dijual tidak ranggup, kadang lemau atau kurang sedap. Apa kata untuk rasa yang sedap, ranggup anda cuba buat sendiri berpandukan tip cara membuat Kacang Salut Tepung RASA kongsikan ini:-
Guna Kacang Tanah Yang Telah Dikupas:
Pilihan terbaik adalah kacang tanah yang telah dikupas kulit arinya. Selain memudahkan kerja, ia lebih sedap. Jika sukar cari kacang tanah yang telah dibuang kulit ari, beli sahaja kacang biasa kemudian rendam dalam air panas selama 10 minit kemudian kupas kulit ari hingga bersih.
Goreng Sangai ¾ Masak:
Goreng sangai (goreng tanpa minyak) kacang tanah supaya teksturnya lebih rangup dan bangkit aromanya. Semasa menggoreng sangai, anda perlu sentiasa mengacaunya supaya tidak hangus. Goreng ¾ masak sahaja kemudian sejukkannya.
Campurkan Kacang Tanah Dengan Telur Serta Ramuan Lain
Gaulkan kacang tanah yang telah digoreng sangai dengan campuran telur dan ramuan (bawang putih yang telah dikisar halus, sedikit gula halus dan garam). Pastikan semua kacang disaluti dengan campuran telur tadi.
Salut Kacang Tanah Dengan Tepung Gandum dan Tepung Ubi Kayu.
Keenakan Kacang Tanah Salut Tepung bergantung pada kerangupan lapisan tepung yang menyaluti kacang tanah. Untuk mendapatkan kerangupan itu anda perlu campurkan tepung gandum dengan tepung Ubi Kayu dengan nisbah 4:1. Pastikan salutan juga salutan itu nipis untuk memastikan kerangupannya. Caranya masukkan kacang tanah yang digaul rata dengan bahan perencah sedikit demi sedikit ke dalam aduanan tepung gaul dengan tangan supaya salutan tepung merata dengan elok Kemudian ambil kacang menggnakan penapis jarang dan ketuk-ketuk penapis untuk membuang lebihan tepung.
Goreng Dengan Api Sederhana kecil:
Akhir sekali panaskan minyak dan goreng kacang dengan api sederhana kecil. Pastikan menggunakan minyak yang banyak supaya kacang terendam sepenuhnya dalam minyak. Goreng hingga kulit luar kacang menjadi coklat muda. Segera angkat dan toskan, setelah sejuk kacang sedia disimpan dalam bekas kedap udara.
KACANG TANAH SALUT TEPUNG : BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK :
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Stok pisang masih ada di dapur. Bolehlah buat kuih untuk minum petang nanti. Buat apam pisang pun sedap ni. Selain dibakar sedap jika dikukus menggunakan acuan lompang. Lembut dan gebu. Buat dalam acuan kecil begini mudah nak makan.
Apam Pisang
Bahan-bahan:
Cara membuat:
1.Bahan kisar masukkan ke dalam bekas tepung.
2.Kacau sebati.
3.Perap 15 – 20 minit.
4.Hiris nipis pisang untuk hiasan, tak letak pun boleh.