Tak Perlu Uli Doh! Roti Bakar Piza Margherita Ni Mudah & Sedap
Nak sediakan bekal tapi pagi-pagi tak sempat nak masak yang renyah? Roti Bakar Piza Margherita ni boleh masuk dalam list! Sesuai untuk bekal sekolah, ke pejabat ataupun sarapan cepat. Simpan resipi ni, nanti tak pening dah nak fikir menu bekal anak ke sekolah.
ROTI BAKAR PIZA MARGHERITA
BAHAN-BAHAN:
3 keping roti
3 biji telur
Keju mozarella parut
Sos tomato
Tomato ceri
Daun selasih segar
CARA MEMASAK:
1.Pukul telur hingga sebati.
2.Celup kepingan roti ke dalam telur. Susun atas dulang pembakar.
3.Sapukan sos tomato di atas roti dengan secukupnya. Jika suka, boleh juga guna sos spageti.
4.Taburkan keju parut.
5.Susun hirisan tomato dan daun selasih segar di atasnya.
6.Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150°C selama 10 minit.
7.Apabila keju sudah cair dan permukaan sedikit keperangan, keluarkan dari ketuhar dan sedia untuk dihidangkan.
#MajalahRASA #RotiBakarPiza #PizzaMargherita #IdeaBekal #BekalSekolah #BekalAnak #ResipiMudah #MenuSarapan09:32 AM
