Resipi Pepes Tempe Tauhu Paling Sedap. Simple Je Tapi Padu!
Ads
Bosan asyik goreng tempe dan tauhu? Cuba buat Pepes pula! Pepes Tempe Tauhu ni memang sedap lain macam! Lauk ringkas, jimat dan sedap dimakan dengan nasi putih panas. Kalau tengah diet, sesuai makan ni. Selamat mencuba!
PEPES TEMPE TAUHU
BAHAN-BAHAN:
- 2 keping tempe
- 4 keping tauhu
- 1 genggam daun kemangi
- Daun pisang secukupnya – untuk membungkus
- Daun salam secukupnya
- 1 biji tomato – dihiris
- Lidi secukupnya – untuk menyemat daun pisang
BAHAN KISAR:
- 6 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 5 tangkai cili merah
- 6 biji cili padi merah
- 1 cm kunyit hidup
- 1 batang serai – dihiris
BAHAN PERASA:
- Garam secukup rasa
- Secubit gula
- Serbuk perasa secukupnya
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
#majalahrasa #resipi #resepi #ingatmakaningatrasa #pepestempetauhu
