Opor Daging | Gerenti Jadi EP19
Nampak sedap & memukau betul lah Opor Daging ni. Dapat pula makan dengan nasi panas-panas. Kalau agak macam dah tak ada idea nak masak apa, jom cuba resipi Opor Daging ni.
OPOR DAGING
Bahan-bahan A:
600gram daging – potong kecil
1 mangkuk kecil cili kisar
2 cawan santan pekat
1 mangkuk bawang goreng – boleh juga dikisar halus
1 cawan tomato puri
1 sudu makan kerisik
3 sudu makan minyak
2 biji tomato – potong dadu
1 labu bawang besar – mayang halus
Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan B (dikisar atau ditumbuk)
3 sudu makan biji ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
4 biji buah keras
8 ulas bawang merah
3sm halia
2sm lengkuas
Cara-cara:
- Gaulkan pes cili dan bahan-bahan B bersama daging.
- Perap selama sejam di dalam peti sejuk (jika suka) supaya bahan-bahan tersebut lebih sebati.
- Panaskan dua sudu makan minyak, tumis bawang hiris sehingga wangi.
- Masukkan daging yang telah diperap. Didihkan sehingga daging separuh empuk.
- Masukkan santan, tomato puri, tomato dadu, kerisik dan bawang goreng. Didihkan sehingga daging empuk dan semua bahan sebati.
- Masak sehingga kuah pekat dan agak kering.
- Sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
#MajalahRasa
#GerentiJadi