SUP TULANG THAI POWER!
Padu, pedas, masam — memang kena dengan selera! 🤤
Nak resipi dia? Nah lengkap terus👇
🌿 Bahan-bahan:
• 1kg tulang lembu
• 2 biji bawang merah (#)
• 4 biji bawang putih (#)
• 2 inci halia (#)
• 2 biji buah keras (#)
• 1 biji bawang holland (hiris)
• 2 paket sup bunjut tulang
• 2 sudu besar rempah sup
• 1 sudu besar serbuk lada hitam
• 2 biji tomato besar (belah besar)
• Cili padi (ikut tahap pedas)
• Daun sup & daun bawang (hiris)
• Bawang goreng (untuk tabur)
🍲 Cara Memasak:
Rebus tulang lembu sehingga lembut dan simpan air rebusan
Tumbuk halus bahan bertanda #
Tumis bahan tumbuk bersama bawang holland, rempah sup, sup bunjut & lada hitam hingga naik bau
Masukkan tulang dan air rebusan. Biarkan menidih
Tambah tomato & cili padi
Masak sekejap sehingga menidih
Perasakan, tabur daun sup, daun bawang & bawang goreng
Siap untuk dihirup sampai licin! 😋
Nak makan dengan nasi panas pun padu, celup roti pun ngam! 🔥💯
#majalahrasa #rasashare #ingatmakaningatrasa #resipi #resepi #recipe #SupTulangThai #ResipiKaw #MasakanRumah #SedapGiler #DapurMelayu #ResipiMudah