Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home ZAFIRA : Tom Yam Kelapa Muda & Bandung Laici Special

ZAFIRA : Tom Yam Kelapa Muda & Bandung Laici Special

Kali ini Saya menyahut cabaran @ashhryyyyy untuk memasak bersama SAJI. Cuma bezanya @ashhryyyyy masak dengan kotak misteri SAJI tapi Saya macam treasure hunt SAJI pulak sebab PKPB ni jadi nak ke pasaraya Tak boleh sebab jauh. Macam2 kedai redah g Cari SAJI. Sib baik jumpa SantaN Kotak Dan susu Krimer Manis SAJI. Boleh laaa Kan 😁😁😁

TOMYAM KELAPA MUDA

Bahan2:
3/4 kotak Santan SAJI
3 batang serai
2 ” Lengkuas
3 ulas bawang putih
1 Biji Bawang Holland
3 Helai Daun Limau Purut
1 Pokok kecil Daun Ketumbar
500ml Air kelapa
1 cawan isi kelapa muda
2 ekor Udang Besar
3 ekor Sotong besar
1 ekor Ketam
1/2 Batang lobak merah
Bunga kobis
Kobis
3 sudu besar Paste Tomyam
1 biji Limau Nipis di ambil Jus

Cara2:
Didihkan air kelapa, masukkan paste Tomyam, Lengkuas,Serai, bawang putih dan lobak merah.
Masukkan ketam udang sotong dan Daun Limau Purut.
Masukkan kesemua Sayur²an serta bawang Holland.
Perasakan dengan garam gunung SAJI kemydian masukkan santan kotak SAJI.
Biarkan mendidih. Bila masak bole tutup api, masukkan isi kelapa muda dan boleh di hidangkan bersama Nasi Panas😍

BANDUNG LAICI SPECIAL

2 sudu besar Horlicks
3 sudu besar Krimer Manis Badung SAJI
Ais
Laici dalam tin

Cara2:
Bancuh Horlicks dan krimer manis BANDUNG SAJI bersama air panas.

Tuangkan kedalam gelas berisi ais dan letakkan laici diatasnya.

Masukkan juga air laici. Sedia dinikmati.

@sajimalaysiaofficial
@majalahrasa
#SajianMisterixRasa
#SajianMisteriRASA



Video Berkaitan