Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Roti Wholemeal Walnut | Dapur Rasa Live

Roti Wholemeal Walnut | Dapur Rasa Live

Bersama Chef Ritzuwan Syde Rosmada, founder Ritz The Baker yang akan berkongsi resipi Roti Wholemeal Walnut. Bukan itu sahaja, beliau juga akan berkongsi teknik untuk buat roti yang gebu. Selamat mencuba!

BAHAN-BAHAN DOH:

BAHAN A:
220g tepung roti (Protein tinggi)
60g tepung wholemeal
40g madu
180g susu segar
4g garam
4g yis kering

BAHAN B:
15g minyak zaitun

BAHAN C:
20g walnuts (cincang)
10g biji kuaci (hijau)

CARA MEMBUAT:
1. Masukkan bahan kering ke dalam mixer dan gaul pada kelajuan perlahan.
2. Masukkan susu dan gaul sehingga menjadi doh.
3. Naikkan kelajuan mixer dan masukkan minyak zaitun.
4. Uli sehingga doh kalis. Lebih kurang 15-20 minit, bergantung kepada jenis mixer.
5. Akhir sekali masukkan walnuts dan biji kuaci ke dalam adunan dan uli sehingga sebati.
6. Bahagikan doh kepada 6 biji dan bulatkan. Pindah ke dalam loyang loaf.
7. Kembangkan doh sehingga 3/4 ketinggian loyang. Lebih kurang 45-60 minit. (Bergantung kepada persekitaran)
8. Sebelum bakar, sapu atas doh dengan ‘egg wash’ dan taburkan walnuts, oat dan kuaci hijau.
9. Bakar loaf pada suhu 180-200 darjah selsius selama 30-40 minit. (Bergantung kepada oven masing-masing. Perlu tahu dan mahir dengan suhu oven anda.)

#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #fblive #rotiwholemealwalnut



Video Berkaitan