Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Roti Pintal Kurma | Dapur Rasa Live

Roti Pintal Kurma | Dapur Rasa Live

Kalau anda suka makan roti, jom cuba buat sendiri di rumah dengan hanya uli menggunakan tangan. Resipi perkongsian Dahlia Nazmi, pemilik Ajwa Bakery ini diharapkan dapat membantu anda untuk membuat roti yang sedap, gebu dan lembut. Selamat mencuba!

ROTI PINTAL KURMA

BAHAN DOH ROTI:

Campuran A:
160gm Tepung Protein Tinggi
25g gula kastor
15g tepung susu
1 biji telur
30g Butter unsalted/margerin unsalted
2g garam

Campuran B:
35ml air (suam 37-40 darjah celcius)
5g yis kering

BAHAN FILLING:
30gm butter
30gm gula perang
70gm kulit kayu manis
5-8 biji kurma-dicincang

BAHAN SOS KEJU:
50gm krim keju
200gm gula icing
20gm susu UHT
100gm mentega (salted)
2gm esen vanilla

CARA MEMBUAT:
1. Campurkan bahan campuran A dalam satu mangkuk.
2. Bancuh campuran B. Tuang ke dalam mangkuk yang berisi campuran A. Elakkan dari menuang ke atas telur. Gunakan sudip untuk mengacau campuran hingga sebati.
3. Keluarkan dari mangkuk bancuhan. Dan uli di atas meja. Gunakan tangan untuk meregang bancuhan (dalam bentuk V). Uli selama 15 minit.Sehingga bancuhan tidak melekit di meja menguli.
4. Peram selama 45-60 minit. Minyakkan mangkuk perapan dan tutup dengan cling wrap atau kain.
5. Bila bancuhan bersaiz 2 kali ganda, tumbuk untuk mengeluarkan angin.
6. Potong doh kepada dua. Guna rolling pin untuk mencanai doh menjadi segi empat.
7. Gunakan bahan bahan filling. Mula dengan menyapu butter, gula perang dan serbuk kayu manis ditabur rata. Taburkan buah kurma cincang
8. Gulung dari atas sehingga habis. Lakukan yang sama pada doh lagi satu.
9. Dendan doh dan bentukkan seperti cincin.
10. Letak di dalam acuan bulat atau dulang pembakar.
11. Perap sekali lagi selama 45-60minit. Sehingga doh 2 kali ganda.
12. Setelah diperap. Panaskan oven pada 180 darjah celcius. Sapu doh dengan campuran sebiji telur dan susu UHT 1 sudu kecil. Bakar selama 12-15 minit.
13. Sementara bakar boleh sediakan sos keju. Campurkan semua bancuhan dan kacau sebati. Boleh dicicah atau ditabur atas roti.

#majalahrasa #rasashare #rotipintalkurma #dapurrasa #fblive



Video Berkaitan