Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Murtabak Mi Berkeju | Minit Ekspress

Murtabak Mi Berkeju | Minit Ekspress

Terima kasih kepada anda semua yang sentiasa menjadi inspirasi kepada Rasa dan Perfect Italiano. Nikmati limpahan keju mewah bersama Perfect Italiano menerusi pelbagai resipi keju yang menambat selera dalam #RasaSayangPerfectItaliano. Tentunya lebih enak dimakan bersama insan tersayang.
 
Untuk video kali ini, anda perlu menonton hingga ke penghujung dan kira berapa kali perkataan RAYA disebut di dalam video ini. Seorang pemenang bertuah bakal menerima hadiah istimewa daripada Perfect Italiano.
 
Rangup di luar dan lembut di dalam, hidangan Murtabak Mi Berkeju ini ada kelazatan murtabak asli dengan gabungan rasa kari serta keju yang memikat selera. Yang penting, cara nak buatnya cukup mudah. Tentu menu ini menjadi hidangan yang unik di atas meja anda nanti.
 
Jangan lupa tambahkan Keju Perfect Italiano Perfect Pizza di dalam hidangan ini. Gabungan keju Mozzarella, Cheddar dan Parmesan memberi keseimbangan rasa yang sempurna serta regangan yang tidak berminyak. Memang best!
 
MURTABAK MI BERKEJU
 
BAHAN-BAHAN A:
3 paket mi – celur dan toskan
150gram Keju Perfect Italiano Perfect Pizza
5 biji telur
Anchor Butter Unsalted secukupnya
 
BAHAN-BAHAN B:
½ labu bawang holland – cincang halus
1 keping dada ayam – rebus & siat-siat
1 biji cili merah – cincang
3 paket perencah kari dari mi segera
½ batang lobak merah – parut halus
1 sudu makan cincangan daun ketumbar
Garam secukupnya
 
Cara membuat boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
#RasaSayangPerfectItaliano #PerfectItalianoMY #DairyliciousMY #murtabakmiberkeju #majalahrasa #rasashare #resipi #recipe
 
INSTAGRAM:
@fonterra.my
FACEBOOK:
Dairylicious Malaysia


Video Berkaitan