Buntu Nak Buat Bekal Apa? Roti Sosej Keju Ni Mudah & Memang Sedap!

Ads

Roti lembut diisi dengan inti berperisa, ditambah keju meleleh bila dibakar. Buka bekas je terus rasa lapar! Bukan untuk anak sekolah je, mak ayah pun boleh bawa pergi kerja. Mudah disediakan, mengenyangkan dan paling penting, sedap! Simpan resipi ni untuk idea bekal bila buka sekolah nanti. Confirm anak-anak suka!

ROTI SOSEJ KEJU

BAHAN-BAHAN:
5 biji roti sosej
10 keping keju cheddar
1 mangkuk keju mozarella
Sedikit hirisan daun bawang

BAHAN INTI:
1 biji bawang holland potong dadu
1 mangkuk sayur campur sejukbeku
1 paket sosej – hiris
3 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dan tumis bawang holland hingga kekuningan.
2.Masukkan sayur campur sejukbeku dan soseg. Gaul lagi hingga sebati.
3.Masukkan sos cili dan sos tiram. Gaul rata.
4.Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya. Angkat.
5.Susun roti dalam loyang.
6.Letak kepingan keju dan tuang inti sosej dengan secukupnya.
7.Tabur keju mozarella.
8.Bakar pada suhu 200c selama 10-15 minit.
9.Sedia untuk dinikmati.

#resepi #resipi #recipe #majalahrasa #rasashare #minitekspress #ketangsmiley #menubekal #ingatmakaningatrasa

Ads

Video Menarik

Video Seterusnya

Ads