No video available
Medhu Vadai (Vadai Bebentuk Donut) l Dapur Rasa Live Bersama Chef Dave Vegan Journey
MEDHU VADAI/ULUNTHU VADAI
Bahan-bahan:
1 cawan kacang Ulunthu, direndam dan kisar
1 labu Bawang merah, dicincang
½ inci Halia, dicincang halus
1 biji Cili merah, dicincang halus
1 sudu teh Lada hitam, ditumbuk
1 tangkai Daun kari, dimayang
Garam secukup rasa
Minyak Masak, untuk menggoreng
Cara memasak:
1. Kisar kacang ulunthu yang telah direndam sekurang kurangnya 6 jam tanpa menggunakan air.
2. Pastikan kisar sehingga halus dan masukkan dalam satu bekas.
3. Kemudian masukkan semua bahan lain dan pukul dengan tangan sahaja sehingga sebati.
4. Panaskan minyak dan boleh mula menggoreng.
5. Sebelum menggoreng, celup tangan dalam air dan ambil sedikit doh bentukan menjadi bebola dengan satu tangan sahaja, gunakan ibu jari untuk membuat lubang ditengah sebelum dimasukkan ke dalam minyak.
6. Goreng sehingga kuning keemasan dan sedia dihidang.
RESEPI CHUTNEY KELAPA/ KUAH KELAPA
Bahan Kisar:
½ biji Kelapa parut
6 tangkai Cili kering
1 cawan Air
Bahan Tumis
4 sudu makan Minyak masak
1 sudu teh Halba campur
2 tangkai Cili kering, potong 2 inci
1 tangkai Daun kari
1 labu Bawang merah, dihiris
Garam secukup rasa
1 sudu teh Gula merah
Cara Memasak:
1. Kisar semua bahan kisar hingga sebati.
2. Panaskan minyak dan masukkan halba campur, daun kari dan cili kering.
3. Kemudian masukkan bawang merah dan tumis sampai wangi.
4. Akhirnya masukkan bahan kisar, gula dan garam secukup rasa.
5. Masak sehingga kuahnya cukup pekat dan boleh dihidangkan bersama vadai yang sudah siap goreng.
Masa Penyediaan: 25 minit
Masa Memasak: 30 minit
Jumlah Hidangan: 5 orang
Resipi oleh – ChefDave VeganJourney
Nota : Kacang ulunthu juga dikenali sebagai White Urad Dhal. Kacang ini berwarna putih dan kelihatan seakan-akan barli. Boleh didapati dikebanyakan pasaraya.