Masam, Pedas, Memang Buka Selera! Ikan Rebus Air Asam Wajib Cuba

Ads

Siapa kata ikan rebus tak boleh buat orang bertambah nasi? Cuba padankan dengan air asam yang masam, pedas dan cukup rasa. Fuh, memang membuka selera! Lauk kampung yang ringkas macam ni kadang-kadang lagi sedap daripada lauk mahal. Best kan? Jom kita masak!

IKAN REBUS AIR ASAM

BAHAN IKAN REBUS:
3 ekor ikan kembung
1 keping asam gelugur
Sedikit garam
Secukupnya air (untuk merebus)

BAHAN AIR ASAM:
5 biji cili padi hijau (hiris)
1/2 biji bawang besar (hiris)
1 biji tomato (hiris)
1 sudu besar kerisik
1/2 inci belacan
1 tangaki daun ketumbar (hiris)
Secukupnya garam
Sedikit gula
Sedikit air rebusan ikan (untuk kuah)

Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
#majalahrasa #resipi #dapurrasa #ingatmakaningatrasa #ikanrebusairasam

Ads

Video Menarik

Video Seterusnya

Ads