Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Macaron Teh Tarik

Macaron Teh Tarik

Buat anda yang suka makan manisan, boleh cuba buat Macaron Teh Tarik ni. Resipi istimewa ini dikongsi oleh Cik Ain dari Seminit Resepi. Semoga bermanfaat untuk anda.

MACARON TEH TARIK

BAHAN-BAHAN:
1 biji putih telur
35g gula kastor
35g serbuk badam
60g gula aising
Esen vanilla
Pewarna

BAHAN KRIM:
½ cawan susu segar
2 uncang teh
1 biji kuning telur
1 sudu besar kastad
60g unsalted butter
1 sudu teh gula aising
Esen vanila

CARA MEMBUAT:
1. Mula-mula ayakkan gula aising dan badam, setelah ketepikan.
2. Pukul putih telur dan gula kastor hingga bertanduk, kemudian masukkan esen vanila dan pewarna. Pukul sebati.
3. Setelah itu, masukkan bahan kering secara berperingkat. Seeloknya buat 3 peringkat.
4. Kacau adunan secara kaup balik hingga kecairan yang diperlukan. Sila rujuk video kecairan yang tepat.
5. Paipkan adunan ke atas loyang lalu keringkan sebelum bakar.
6. Bakar suhu 150c selama 10-15 minit.
7. Masak susu dan juga teh atau pun boleh juga menggunakan perasa teh tarik.
8. Untuk krim,satukan kuning telur dan tepung kastad. Lalu masak hingga pekat. Masukkan pula adunan susu tadi. Kacau hingga pekat. Sejukkan.
9. Pukul butter dan gula asing hingga kembang. Setelah itu, masukkan adunan susu kastad tadi. Pukul hingga kembang.
10. Paipkan krim ke atas macaron dan kapitkan.
11. Seeloknya sejukkan sebelum dihidang.

#majalahrasa #rasashare #fblive #macarontehtarik



Video Berkaitan