Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Ketam Masak Cili Telur | Dapur Rasa Live Che Ila

Ketam Masak Cili Telur | Dapur Rasa Live Che Ila

KETAM MASAK CILI TELUR ALA RESTORAN TERKENAL
Resipi By: Yatie Kitchen

BAHAN-BAHAN:
4 ekor Ketam
5 ulas Bawang Kecil – tumbuk halus
5 ulas Bawang Putih – tumbuk halus
1 inci Halia
4 senduk Cili Kering (Cili Kisar)
1 sudu kecil Paste Asam Jawa
1/2 inci Brown Sugar
1 Sudu besar Sos Tiram
1 Sudu Besar Sos Tomato
2-3 Sudu Besar Sos Cili
Mushroom Seasoning secukup rasa
3 biji Telur ayam
CARA MEMASAK :
1.Gaulkan ketam dengan garam.Kemudian goreng ketam sehingga garing.Setelah kekuningan toskan ( jangan lama sangat )
2.Sediakan bawang kecil ,bawang putih dan halia.Tumbuk halus kesemua bahan itu.Masukkan bahan tumbuk dan tumis sehingga garing
3.Masukkan cili kisar.Kacaukan cili sehingga sebati.Masukkan paste asam jawa dan letakkan sedikit air hingga pecah minyak.masukkan sedikit air lagi – ulang langkah yg sama sebanyak 5 kali.
4.Letakkan brown sugar,sos tiram, sos tomato dan sos cili. Masukkan sedikit air lagi.
4.Kemudian ,masukkan mushroom seasoning dan masukkan sedikit air lagi
5.Masukkan 3 biji telur di dalam sambal dan gunakan hujung senduk untuk talikan telur perlahan lahan.
6.Masukkan ketam yang telah digoreng
Siap



Video Berkaitan