Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home KEK PISANG 2 BENUA | Dapur Rasa Live Bersama Che Ila

KEK PISANG 2 BENUA | Dapur Rasa Live Bersama Che Ila

KEK PISANG 2 BENUA #CaraCikDyg
Bahan-bahan A:
3 biji telur gred A
180 gram minyak jagung
150 gram gula perang
1/4 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil esen pisang
300 gram pisang berangan
Bahan-bahan B:
150 gram tepung naik sendiri
1 sudu kecil soda bikarbonat
Bahan-bahan C:
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil coklat emulco
Hiasan:
Pisang
Coklat Callebaut
Guna:
Loyang: Saiz 8-9 inci
Bakar: Suhu 160c
Masa: 45 – 60 minit
Jualan RM40-Rm50
Cara Membuatnya:
1. Masukkan minyak, gula, garam, telur dan soda bikarbonat ke dalam pengisar. Kisar hingga sebati.
2. Kemudian, masukkan pisang dan kisar lagi sehingga lumat. Kisar dalam 30 saaat.
3. Masukkan esen pisang dan tepung naik Sendiri. Kisar sehingga tepung sebati dengan adunan lain.
4. Bahagikan kepada 2 bekas, 1 original dan 1 lagi tambahkan serbuk koko.
5. Tuangkan secara serentak adunan original dan coklat.
6. Hiaskan mengikut kesukaan anda.
7. Bakar selama 45 minit pada suhu 150-160.
8. Siap! Sedia untuk dimakan.


Video Berkaitan