Bau Daun Kesum Je Dah Buat Lapar! Asam Pedas Ikan Pari Paling Sedap
Asam Pedas Ikan Pari ni memang susah nak tolak. Kuahnya pekat berempah dengan rasa masam pedas yang cukup ‘kick’, ditambah pula isi ikan pari yang lembut dan juicy memang buat makan bertambah-tambah. Makan dengan nasi panas dan telur dadar pun dah cukup. Jom cuba!
ASAM PEDAS IKAN PARI
BAHAN-BAHAN:
1kg ikan pari
1 kuntum bunga Kantan
8 biji bendi
1 ikat daun kesum
2 biji tomato – belah
8 sudu makan pes cili – lebihkan jika suka pedas
1 mangkuk air asam jawa
3 batang serai – titik
Garam, gula dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
3 biji bawang merah besar – nak kuah pekat boleh guna lebih
5 ulas bawang putih
1 inci belacan
1 hiris halia
1 hiris lengkuas
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #resipi #resepi #ingatmakaningatrasa #resipirasa #asampedasikanpari #ResipiTradisional #MakananMalaysia
