Simple, Sedap & Cukup Rasa. Nasi Goreng Cina Ni Memang Padu!

Ads

Anak-anak minta bekal Nasi Goreng? Ni dia resipi mudah dan mudah. Dijamin si kecil anda makan bertambah. Selamat mencuba!

 

NASI GORENG CINA

 

BAHAN-BAHAN:

2 mangkuk nasi putih sejuk

1 biji telur

100gm isi ayam

1 mangkuk kecil sayur campur sejukbeku

2 ulas bawang putih – cincang halus

1 sudu besar merah – cincang halus

1 sudu kecil kicap cair

1/2 sudu kecil minyak bijan

1/4 sudu kecil lada sulah

1/4 sudu kecil garam

1/2 sudu kecil serbuk pati ayam

1 sudu besar minyak masak

Sedikit daun bawang – hiris halus

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, kemudian masukkan isi ayam. Masak sampai betul-betul masak.
  2. Masukkan bawang putih dan bawang merah. Tumis sampai wangi.
  3. Masukkan sayur campur. Tumis 1–2 minit.
  4. Tolak semua bahan ke tepi kuali. Pecahkan telur dan kacau sampai jadi ketulan kecil.
  5. Masukkan nasi sejuk dan gaul hingga nasi terlerai.
  6. Tambah kicap cair, minyak bijan, lada sulah, garam dan serbuk pati ayam.
  7. Goreng 2–3 minit hingga semuanya panas sekata.
  8. Akhir sekali masukkan daun bawang.Gaul sekejap dan angkat. Sedia untuk dihidang.

 

#resepi #resipi #recipe #majalahrasa #rasashare #minitekspress #bekal #ingatmakaningatrasa

Ads

Video Menarik

Video Seterusnya

Ads