Home Ayam Masak Bali, Enak & Membuka Selera

Ayam Masak Bali, Enak & Membuka Selera

Di Dapur Rasa Live minggu ini, jom kita belajar buat Ayam Masak Bali bersama Yazra Nadia Yahya, Pengasas Boom Cha Brew Kombucha.

AYAM MASAK BALI

BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam

BAHAN A (BAHAN KISAR)
20 tangkai cili kering
5 ulas bawang putih
1 biji bawang merah besar
1 ruas halia
2 batang serai
1 ruas lengkuas
Air (untuk kisar)

BAHAN B (BAHAN PERAP)
30-50ml BoomChaBrew Kombucha
½ gula Melaka
Garam secukup rasa
3 sudu besar kicap manis
3 sudu besar kicap pekat

BAHAN C (TUMIS)
Minyak masak
1 tangkai daun kari
1 batang serai – ketuk
2 tangkai lada hijau

CARA MEMASAK:
1. Sediakan bahan-bahan untuk kisar halus:Hiris kasar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai. Cili kering dipotong dan direbus dalam 5 minit.
2. Masuk semua bahan dalam blender, tambah sikit air, kemudian boleh kisar halus.
3. Ayam dibersihkan dengan tepung dan dibilas bersih. Gaul ayam dengan kesemua bahan kisar tadi. Gaul ayam dengan kesemua bahan perap.
4. Masukkan BoomChaBrew Kombucha sebagai pengganti cuka.
5. Panaskan minyak dan tumiskan dengan serai yang diketuk dan daun kari sehingga naik bau. Kemudian masukkan lada hijau yang dibelah tengah.
6. Masukkan ayam yang telah diperap ke dalam kuali. Sehingga ayam masak sekata, baru masukkan lebihan kuah.
7. Sambung masak lagi sampai sambal pecah minyak dan warna bertukar jadi sedikit gelap.Tutup dengan penutup sekejap supaya ayam cepat masak.Boleh tambah sedikit air kalau kering.Bila warna dah sekata, naik bau. Ayam dah masak. Boleh angkat dan siap untuk dihidang.

TIP:
Cuka boleh digantikan dengan asam jawa @ asam keping untuk mereka yang alah dengan tajam cuka. Tetapi rasa dia kurang kaw. Jika digantikan dengan BoomChaBrew kombucha, akan dapat rasa yang sama, lebih mesra kepada perut orang alah cuka.



Video Berkaitan