Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Ayam Goreng Berempah | Minit Ekspress Special Bersama MAGGI®️

Ayam Goreng Berempah | Minit Ekspress Special Bersama MAGGI®️

Dah tengok tak video resipi Nasi Minyak yang kami kongsikan tadi? Apa kata, gandingkan dengan Ayam Goreng Berempah ni, memang sesuai sangat makan untuk lunch. Sesuai untuk seisi keluarga. Menu yang simple, mudah dan yang penting, sedap.

BAHAN-BAHAN:
300g paha ayam
300g dada ayam
5 ulas bawang putih | dikisar
3 biji bawang merah | dikisar
1 inci halia | dikisar
4 batang serai | dikisar
2 inci lengkuas | dikisar
100ml air
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
3 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
3 tangkai daun kari
1 sudu besar MAGGI®️ Cukup Rasa
1/4 cawan MAGGI®️ Sos Tiram
1/2 sudu besar gula
1/4 cawan tepung beras
100ml minyak masak

Cara memasak boleh lihat di dalam video. Selamat mencuba!

Maggi & Rasa

#majalahrasa #rasashare #ayamgorengberempah #minitekspress

 



Video Berkaitan