Ads
Ads

AYAM BAKAR BUTTER LEMON! Confirm Licin Pinggan!

Ayam juicy diperap dengan bawang putih, mayonis dan lemon, dibakar sempurna dan disalut dengan sos butter lemon yang berkilat dan berlemak! Sekali rasa, asyik nak lagi! 😍

💡 Tips Chef: Perap semalaman untuk rasa yang lebih meresap. Sesuai gila dengan nasi mentega, salad atau pita!
💬 Tag geng masak-masak korang & save resipi ni sekarang! 👇

🧺 Bahan-Bahan
🐔 Untuk perapan ayam:
4 ketul chicken chop (buang tulang, potong dadu sederhana)
8 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
1 sudu makan serbuk oregano
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan serbuk cili
1/2 cawan mayonis
Garam secukup rasa
1/2 biji lemon (perah jusnya)
1/2 cawan minyak masak

🧈 Untuk sos lemon butter:
1 blok Anchor Salted Pure Butter
1 sudu makan daun parsley cincang (segar/kering)
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan serbuk cili
1/2 biji lemon (jus sahaja)

🍳 Cara Penyediaan

1. Perap Ayam
Potong ayam kepada saiz dadu sederhana.
Dalam mangkuk besar, gaulkan ayam dengan bawang putih, oregano, lada hitam, serbuk cili, mayonis, garam, jus lemon dan minyak masak.
Perap selama 30 minit minimum atau semalaman dalam peti sejuk.

2. Sediakan Sos Lemon Butter
Cairkan 1 blok butter dengan api perlahan.
Masukkan parsley, lada hitam, serbuk cili dan jus lemon.
Kacau rata dan ketepikan untuk salutan ayam.

3. Cucuk & Bakar
Cucuk ayam ke dalam lidi sate/skewer.
Bakar dalam oven pada suhu 200°C selama 20 minit.
Sapu sos lemon butter semasa proses membakar untuk rasa lebih mantap dan berkilat.

4. Hidangan Akhir
Setelah masak, sapu sekali lagi dengan sos lemon butter.
Tabur parsley dan perah sedikit jus lemon segar.
Hidang panas bersama nasi mentega, salad segar atau roti pita. Selamat mencuba! 😁

#majalahrasa #rasashare #minitekspress #resipi #resepi #recipe #ingatmakaningatrasa #ayambakar #masaksimple #butterlemonchicken

Video Seterusnya

Ads

Video Menarik

Ads
SeeNI ×