Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home BSOD666: Loh Mai Gai Halal Toyyiban & Bubur Bijan Hitam Manis

BSOD666: Loh Mai Gai Halal Toyyiban & Bubur Bijan Hitam Manis

Loh Mai Gai Halal Toyyiban

Bahan Perapan:
1 ketul Dada Ayam
8 biji Cendawan Kering (direndam)
1 sudu makan Minyak Bijan
1 sudu makan Jus Beni Shõga (Jeruk Halia)
1 sudu makan Kicap Lemak Masin Saji
1 sudu teh Tepung Jagung
1 sudu makan Sos Tiram
1 sudu teh Serbuk Halia
½ sudu teh Serbuk Lada Hitam
½ sudu teh Garam Gunung Saji

Bahan Pulut:
1 ½ cawan Beras Pulut Susu (direndam 4 jam)
2 ulas Bawang Putih (dicincang)
4 ulas Bawang Merah Kecil (dicincang)
1 sudu makan Kicap Lemak Masin Saji
³/⁴ sudu teh Serbuk Lima Rempah
½ cawan Air
½ sudu teh Garam Gunung Saji

Cara-caranya:
1. Potong ayam kepada 8 bahagian dan perap bersama bahan perapan selama 2 jam atau lebih.
2. Tumis bawang putih dan merah sehingga wangi.
3. Masukkan bahan-bahan pulut lain. Masak sehingga pulut melekit.
4. Kukus pulut selama 30 minit.
5. Masak ayam yang diperap selama 15 minit.
6. Susun cendawan dan ayam dalam acuan. Mampatkan pulut dan tutup dengan aluminum foil.
7. Kukus selama 15 minit.

Sos Bawang Putih
Bahan:
4 sudu makan Sos Cili Saji
3 ulas Bawang Putih
1 sudu teh Cuka
1 sudu teh Gula Perang
1 sudu teh Serbuk Limau Nipis

Cara-caranya:
1. Kisar semua bahan sehingga halus.

Bubur Bijan Hitam Manis
1 cawan Bijan Hitam (direndam semalaman)
1 sudu teh Bijan Putih (direndam semalaman)
1 sudu makan Beras Pulut Susu (direndam 4 jam)
1 cawan Air
4 sudu makan Gula Perang
2 sudu makan Susu Sejat Saji
2 sudu makan Santan Kelapa Saji

Cara-caranya:
1. Panggang bijan sehingga bijan putih keperangan.
2. Kisar bijan bersama beras pulut susu
3. Masak bahan tersebut sehingga mendidih dan pekat
4. Masukkan gula, Susu Sejat Saji dan Santan Kelapa Saji.

Selamat Mencuba☺️☺️

#sajianmisterixrasa
#sajianmisterirasa
#majalahrasa
@sajimalaysiaofficial
@majalahrasa



Video Berkaitan